Wednesday, November 23, 2011

Pengalaman bersalinkan Akeel bin Muzamil Azwal


Seperti yang dijanjikan, sia akan story mory pasal pengalaman bersalin anak kedua ni..

Pada 10hb Ogos 2011, sia pigi check up di KKIA Pasar Moden. Masa tu memang langsung tidak ada rasa tanda-tanda bersalin lagi (ceh! Padahal masa tu masih tidak tahu macam mana tanda-tanda mahu bersalin pun)… Jadinya, sia diberikan lagi temujanji pada 18hb Ogos 2011 sekiranya sia tidak jugak bersalin pada 15hb Ogos 2011 (EDD).

15hb Ogos 2011, baby tidak keluar-keluar jugak. Jadinya, pada 18 Ogos 2011, sia pigi check up kali yang terakhir. Hari tu, misi di klinik terus bagi surat untuk rujuk ke hospital sekiranya pada hari ketujuh lewat bersalin (22hb Ogos 2011) baby tidak keluar-keluar jugak.

22hb Ogos 2011, baby tidak keluar jugak.. Huhuhuhuhu… Jadi, mahu tidak mahu, terpaksalah jugak serah diri ke Hospital Ampang. Sampai-sampai di sana, misi-misi macam tidak mahu ambil kes sebab diorang cakap selalunya diorang hanya akan layan kalau pregnancy yang lewat 9 hari. Tapi, sebab sia sudah datang, diorang buat jugak CTG dan periksa jalan dan scan. Lepas scan semua2, doktor cakap, baby ok. Jadi, diorang suruh sia pilih samada mahu terus admit atau mahu pulang ke rumah dulu dan datang semula pada 24hb Ogos 2011 sekiranya tidak jugak bersalin. Dan sudah semestinyalah sia pilih untuk pulang ke rumah kan? Hehehehhe… Dapat aku mc 2 hari! Yeeehuuuu!!!

Maka berseronok2 lah sia duduk di rumah pada 22hb dan 23hb tu… Dalam hati dok mengomel “Ni kena induce macam Aimee jugaklah ni nampak gayanya.. Nasib lah…”

24hb Ogos 2011 – Masa bangun sahur, sia rasa sangat tidak selesa.. Pinggang rasa sakit macam senggugut.. Asyik terasa macam mau membuang air besar.. Masuk tandas, tidak pun membuang… Sebenarnya, sia perasan, daripada jam 2 pagi lagi sia tidur tidak selesa. Asyik terbangun sebab pinggang rasa senggugut tu… Masa tu rasa macam tiap 2 jam terbangun sebab rasa sakit-sakit pinggang.

Jadi, masa sahur tu, makan pun macam tidak lalu… Asyik pegang-pegang pinggang menahan rasa tidak selesa… Sakit makin kerap dalam 7-8 minit. Bila mamak tengok, terus mamak cakap “Mau bersalin lah sudah tu”… Mendengarkan mamak cakap macam tu, En. Suami pulak yang gabra.. Hahhaha… Dan-dan dia suruh terus ke hospital. Tapi, sebab sia sendiri tidak tahu macam mana rasa sakit bersalin, sia macam tidak yakin yang sia akan bersalin pada hari tu. Jadi, sia cuba tahan sakit dan siap-siap mandi dan solat dan suruh En. Suami pergi ke pejabat dulu punch card baru hantar sia ke hospital.

Jam 7.30 pagi sampai di hospital, terus ke kaunter pendaftaran, tapi tutup la pulak. Jadi, sia terus ke kecemasan dan terus dirujuk ke dewan bersalin. Dup dap dup dap jugak rasa. Huhuhuu… sampai-sampai, macam biasa diorang terus buat CTG dan check jalan.. Masa tu bukaan dalam 3cm, sakit dalam setiap 5 minit.. Doktor siap cakap “lambat lagi ni..” Jadi, doktor suruh masuk wad dulu dan tunggu sampai sakit makin kerap dalam setiap 3 minit.

Jam 8.30 pagi sampai wad terus mintak En. Suami belikan makanan sebelum dia beransur pulang ke pejabat. Tinggallah sia keseorangan menahan sakit.. HUhuhuhu…

Masa dalam wad tu memang tidak bercakap langsung dengan rakan-rakan sebilik. Sakit yang datang tiap-tiap kali tidak mengizinkan sia yang sangat peramah ni untuk beramah mesra.. Hehhehe…. Tapi, sia adalah jugak senyum walaupun tawar… Lepas tu, siap psycho budak-budak dalam bilik tu dengar bunyi aaaahhhh… uhhhhh… ahhhhh…. Sepanjang-panjang tuh lah bunyi macam tu menahan sakit yang datang…

Jam 10.30 pagi macam tu, rasa sakit makin sakit… Bangun pun tidak larat… Nasib baik rakan sebilik katil depan tu faham dan terus panggilkan misi. Misi datang check jalan terus cakap bukaan 8cm. Sia sendiri pun terkejut. Dan dan diorang terus tolak masuk bilik bersalin. Masa tu memang sakit sampai rasa macam tidak mampu angkat tangan langsung…

Dalam bilik bersalin, misi check jalan.. Tapi, diorang cakap bukaan baru dalam 5, 6, 7cm. Pulak dahhhh… Sia yang mendengar berserah jaklah… Sakit sudah makin kerap… Dalam hati memang “ahhhh… suka hati kamurang lah mau buat apa pun…” Tapi, tidaklah pulak sia mintak injection ataupun entonoks. Takut lalok dan tidak mampu teran…

Lepas tukar baju bersalin, sia rasa sakit yang amat dan rasa mau meneran sangat-sangat, tapi takut jugak sebab misi cakap bukaan belum full. Tapi, tiba-tiba misi cakap “takpe kalau rasa nak teran, teran je” Erkkk! Pelik pulak sia.. Tapi, disebabkan rasa sakit yang tidak tertahan, sia pun mulalah terannnnn…. Susah jugak… Barangkali sebab sia sudah penat menahan sakit daripada tengah malam tadi… Lepas teran 3-4 kali, keluarlah seorang baby boy yang sangat bam-bam (3.86kg) pada jam 11.24 pagi. Alhamdulillah….. Hilang semua rasa penat masa tu melihatkan baby yang dok meraung kelaparan tu.

Bersalin yang kali kedua ni En. Suami tidak ada di sisi. Tidak ada rezeki untuk lihat anaknya dilahirkan sebab tidak sangka akan bersalin secepat itu… Huhuhuhu… Tidak apalah.. Janji dua-dua mama dan baby sihat… Baby pun tidak banyak ragam kecuali bila laparkan susu.

Dan besok, genaplah 3 bulan usia baby boy yang kami namakan Akeel bin Muzamil Azwal. Alhamdulillah setakat ini adik beradik 2 orang itu nampak boleh ngam. Si kakak sayang si adik, dan si adik tidak banyak ragam bila kakaknya cerewet… Si adik pulak cepat rasa sedih bila kakaknya dimarahi.. Macam paham-paham pulak si kecik tu.. Huhuhuhu….

Alhamdulillah, sia rasa sangat bersyukur dengan hadirnya 2 orang anak pinjaman Allah ini. Semoga sia dengan suami diberi kesabaran dalam kami membesarkan mereka agar menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah… Aminnnn…

0 orang pot pet on "Pengalaman bersalinkan Akeel bin Muzamil Azwal"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery