berkali-kali sia cuba untuk post entri menggunakan telefon bimbit. tapi, asyik terpaksa dibatalkan disebabkan kejahilan si pengguna yang tidak mahir dalam menggunakan fungsi mini keyboard yang terdapat di telefon bimbitnya itu. tapi, akhirnya sia mengambil keputusan untuk meneruskan hasrat mengepost entri ini walaupun huruf-huruf yang tertera di sini caca-marba rupanya. sila abaikan ya kawan-kawan (telah dibetulkan pun).
sekarang ni jam sudahpun menunjukkan 1am. mata belum terasa mahu tidur, walaupun sebenarnya ianya terasa sangat-sangat mengantuk. baru tadi sia balik dari kantin di kolej lelaki semata-mata untuk menyimpan stok susu yang sia pam selepas balik kelas jam 12 malam tadi. ya! hanya kolej lelaki yang ada kantin untuk sia tumpang untuk menyimpan stok-stok susu aimee. walaupun tengah malam, sia tiada pilihan lain, walaupun sebenarnya dalam hati ini, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya sia untuk pergi berseorangan ke sana. kenapa tidak minta tolong siapa-siapa temankan? bukan tidak teringin, tapi memikirkan orang lain pun penat dan tidak sabar-sabar untuk melentokkan kepala di bantal masing-masing, sia batalkan hasrat tersebut dan beranikan diri sambil berdoa semoga tiada apa yang tidak diingini berlaku.
semuanya sia lakukan dengan harapan bekalan susu aimee tidak akan terputus walaupun mamanya pergi berkursus. kasihan aimee sebab tadi hubby beritahu yang dia terpaksa mencairkan susu yang sia bekalkan kerana susu yang sia bekalkan sebelum itu tidak cukup. kasihan kan? sia sebenarnya sangat sedih bila dengar cerita hubby. kasihan anak mama.
dalam bab penyusuan ibu, sia mengaku sia memang sangat-sangat serius dalam percubaan menyusukan aimee sepenuhnya dengan susu badan. jadi bila perkara seperti ini berlaku ataupun ada pihak-pihak yang cuba untuk mempertikaikan usaha sia, sia memang tertekan dan sukar untuk menerima, sangat sensitif. pada sia, sia akan berusaha sehabis yang baik untuk memberikan aimee yang terbaik semampunya, walaupun sia terpaksa bersusuah payah melalui bermacam-macam dugaan. sia cuba untuk bertahan. jadi, siapa-siapa yang kurang suka atau tidak setuju dengan prinsip atau pendirian sia, tolong jarakkan diri anda dengan sia! sia tidak mampu untuk berasa tertekan untuk berhadapan dengan golongan-golongan seperti ini. tidak berbaloi!
untuk anak busyuk kesayangan mama, sabar ya sayang. aimee jangan nakal-nakal. elok-elok. jangan buli siapa-siapa tau. berbuat baik kat onyang, nekma, atok, ayah, auntie-auntie dan semua orang. nanti hari isnin mama balik jumpa aimee ok! mama sayang aimee sangat-sangat!
kepada abang, mama hargai sangat-sangat usaha abang dalam menyokong percubaan mama, dan terima kasih jugak sebab sanggup datang setiap hari untuk mengambil susu aimee sepanjang mama berkursus di sini. mama hargai sangat-sangat! mama sayang ayah sangat-sangat!

2 orang pot pet on "rindunya pada si bebit!"
chaiyok weng!!! aku pun nak semangat cam ko nih..:p
chaiyok jgk utk ko nisa! Yang penting jangan putus asa....
Post a Comment