Wednesday, April 8, 2009

Penat yang amat!


Sibuk? Memang sibuk.. Ka buat2 sibuk? kah kah kah… Betul lah sibuk... ngeeeee.... Kejap lagi sia akan bertolak ke Bukit Tinggi. Ada bengkel lagi sampai hari Jumaat. Jadi, sedikit update pasal aktiviti hujung minggu hari tu.

Jumaat ndak ada aktiviti istimewa. Cuma, hubby sia telah membawa sia berjalan-jalan sampai ke Putrajaya (jalan-jalan dalam kereta jak) melalui lebuhraya Mex. Tau ka mana lebuhraya ni? Sia pun baru tahu. Sekurang-kurangnya, taulah jalan alternative sekiranya perlu ke Putrajaya dan ndak mau ikut MRR2 yang bapak jammed tuh kan?

Hari Sabtu hari paling sibuk sedunia buat sia dengan hubby. Daripada pagi, kami keluar cari barang-barang untuk bakal bayi kami. Daripada Midvalley, ke Manjaku di Wangsa Maju sampailah ke KLCC. Akhirnya, kami berjaya membeli, boleh dikatakan hampir lengkaplah misi kami kali ini. Mana tidaknya, daripada jam 11 pagi sampai jam 8 malam tuh baru sampai rumah. Cubalah bayangkan kalau ndak dapat banyak barang, memanglah ndak berbaloi kan? RM pun sudah banyaklah dilaburkan… Tapi, kami berpuas hati… Alhamdulillah…

Sampai-sampai jak rumah malam Sabtu tuh, kami cepat-cepat bersiap sebab perlu bergegas ke rumah mertua sia pulak… Sebabbbbbbb…. Malam tuh, keluarga bakal tunang adik ipar sia datang merisik! Hehehhehe… akhirnya, adik iparku akan bertunang jugak setelah macam-macam dugaan…. Hari Ahad minggu ni majlis pertunangan akan berlangsung.. Nanti sia update gambar k!

Malam tuh, tengah malam jugaklah sia dengan hubby sampai rumah. Sampai-sampai jak, apa lagi? Zzzzzzz lah…

Hari Ahad, hari berehat sedunia pulak. Hubby macam biasa main badminton dengan kawan-kawan sekolah. Sia pulak, mintak hubby drop di rumah cik Suhai. Lama betul ndak jumpa minah nih. Jadinya, kami berdua pun pigilah melepak makan-makan di Bangi Kopitiam di taman Melawati. Ingatkan akan terserempak dengan kak Aishah dengan twins dia.. ndak ada la pulak... Macam-macam story la kami borakkan. Lama jugak kami di situ. Sampai jam 1 petang jugaklah. Melepas rinduuuu.. Heeeeee....

Balik-balik jak, sia terus membongkang… hahahhahaha….. Sampai petang wei! Memang pitam habis ah….. Dasat ndak dasat lah kepenatan tuh kan… Habis semua plan gosok baju, lipat baju semua punah….. Keh keh keh…. Pelan-pelan kayuh Cik Amisah… Bukan ada apa pun yang mau dikejar….

Eh! Sudahlah, geng yang mau ditumpang ke Bukit Tinggi sudah gerak. Jadik, sampai sini dulu… Lain kali sia update lagi ok!

Tata titi tutu…..

8 orang pot pet on "Penat yang amat!"

nozie yusof on April 8, 2009 at 6:53 PM said...

ape lg,

updet la checklist yg akak dh buat aritue

nge he he

mast on April 8, 2009 at 7:00 PM said...

sekarang boleh aa shopping dari 11am sampai 8pm.. tunggu sikit hari lagi.. hahahahaha

bila dah bertiga lagi laaaaa

Nisa on April 8, 2009 at 10:28 PM said...

aweng, bila dah bertiga nanti bukan setakat penat bershopping je, penat bersilat dgn anak tu yg lebih! ye tak mast? so, shopping ler puas2 skrg.. :)

aishah on April 9, 2009 at 4:26 PM said...

shopping la puas². :P nanti dah ada anak, max shopping sejam je. tu pun bertuah kaalu dapat.

ps ; akak lepak bangi kopitiam last saturday after balik ziarah pusara arwah amin.

JAcq on April 11, 2009 at 2:00 AM said...

Amisah..I miss you very much. Hang on there ya. Mama Amisah

amisah said...

nozie: insya Allah nanti akak update bila ada masa k!

mast/nisa/kak aishah: memang iya....

Jacq: Miss you too Jacq!

Nisa on April 14, 2009 at 4:55 PM said...

aweng..miss your writing already! mast pun sama gak dah lama tak update blog.

amisah said...

BZ sket lah Nisa lately ni. nanti ada masa aku update k Nisa! TQ sebab jadi pembaca setia blog aku yang x seberapa ni :D

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery