Friday, October 10, 2008

Hari berehat di rumah

0 orang pot pet
Hari berehat di rumah bagi sia dengan hubby hari ini. Oleh itu, sia telah menghabiskan banyak masa yang terluang dengan menge’post’ semua entry yang telah sia gendalakan sepanjang masa sibuk sia selama ini.

Kami memang langsung ndak ke mana-mana. Tinggal di rumah jak. Hubby jak keluar sekejap petang, itupun sebab pigi beli rokok. Heh!

Petang, mamak sia buat karipap berintikan ubi rambat (ubi keledek). Sia tolong masukkan inti dengan goreng jak. Sedap!

Thursday, October 9, 2008

Hadiah Tambahan

0 orang pot pet
Sebenarnya, kemarin, waktu bayar harga rantai tangan tu (entry kemarin), sia tiba-tiba ternampak rantai leher yang sama fesyen dengan rantai tangan tuh. Tapi, memandangkan sudah lewat petang dan kedai pun sudah mau tutup, ditambah lagi memang ndak sempat mau pigi korek duit lagik, hubby sia janji mau pigi beli hari ini balik… hehhehehe…



Dan, another mission accomplished! Tima kasih Abang! Suka! Suka! Rasa macam ndak mau berenti senyum jak :-)

Wednesday, October 8, 2008

Hadiah hari Raya

0 orang pot pet
Hari ini, sia dengan hubby keluar ke bandar lambat sikit. Plan asal mau keluar awal, tapi sebab rasa malas yang menggila, kami keluar ke Bandar lepas Zuhur.

Tapi, ndak apa, ada hasil jugak. Ngeh ngeh ngeh… Selain dapat makan ABC yang sedap di tepi laut yang panas, sia dapat ini…



hehehhhe…. Mission accomplished! Terima kasih Abang!

Tuesday, October 7, 2008

Innalillahi wa inna ialihi rojiun

2 orang pot pet
Kemarin (semalam) pagi sia ada terima panggilan daripada kawan sia menyampaikan berita yang kawan baik sia meniinggal sebab kemalangan kereta dalam perjalanan balik ke KK. Sia memang terkejut dan kalau boleh, macam ndak mau percaya.

Tapi, hari ini sia memang kenak jugak terima kenyataan yang berita tuh memang betul, sebab sia sendiri saksikan pengkebumian jenazah kawan baik sia tuh di kubur pagi ini.

Pilu betul hati sia. Memang sedih yang amat.

Yang paling sedih, sia langsung ndak sempat jumpa arwah sebelum arwah balik ke KK. Padahal, sebelum sia balik Tawau, sia sempat bertelefon dengan arwah dan janji mau jumpa arwah raya tahun ni sebab tahun lepas sia ndak balik. Arwah siap sempat bagi komen lagi di blog sia ni sebelum sia balik Tawau hari tu (arwah guna nick Nur). Tapi, ndak sangka pulak sia akan jumpa arwah dengan keadaan macam ni. Memang ralat betul rasanya. Yang paling buat sia sedih, malam arwah kemalangan, sia ada telefon HP arwah. Ndak dapat. Rupa-rupanya, waktu tuh, arwah sudah ndak ada, baru lepas kemalangan. Sedih betulllll…….

Ya Allah Ya Tuhanku. AKu Redha. Engkau lebih menyayangi arwah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Mu.

Kepada rakan-rakan Bloggers semua, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Nurkhairiah binti Singka.

Al-Fatihah……

Semoga roh arwah dicucuri Rahmat. Aminnnnn…….

______________________________________________________________________________________

Petang, sia dengan hubby dengan 1 lagi kawan baik sia, si Jaban pigi ke rumah kawan sia yang baru menikah hari Ahad hari tu. Kesian dia kami ndak sempat datang sebab masing-masing sibuk dengan hal keluarga. Jadik, sebagai ganti, kami datanglah melawat ke rumahnya hari ini. Ok la jugak kan?

Malam pulak, sia dengan hubby kawankan (temankan) bapak dengan mamak sia pigi beraya di rumah mandur (bos) bapak sia. Lama jugaklah. Nama pun mengkawankan kan? Sampai mengantuk-ngantuk jugaklah…. Tapi, sia dengan hubby boleh lagilah control cun dan macho sampai diorang habis bercerita.. baik kan? :-)

Monday, October 6, 2008

Berpulangan sessi 2

0 orang pot pet
Hari ini hari yang paling sunyi buat nenek dengan atuk sia.

Semua makcik pakcik sia habis berpulangan hari ini.

Pagi, cik Noi dengan cik Mala balik. Lepas tuh, petang, Ayah bari sekeluarga pulak. Memang betul-betul sunyi terus rumah nenek sia. Kesian diorang. Mesti diorang terasa sedih yang amat…

Sunday, October 5, 2008

Berpulangan sesi 1

0 orang pot pet
Rumah nenek sia mulai sunyi hari ini. Satu sessi berpulangan makcik pakcik sia sudah bermula hari ini.

6 orang pakcik makcik sia dengan 3 orang sepupu sia balik ke KL, penerbangan jam 10.30 pagi. Terasa kurang riuh rumah nenek sia walaupun masih ada sepupu sia yang lagi 3 orang. Cepat betul rasanya masa berlalu :-(

Saturday, October 4, 2008

Kenduri Bercerak

0 orang pot pet
Pagi lagi kami bangun siap-siap untuk ballik ke Tawau.


Bergambar di depan rumah pakcik sia di Lahad Datu.
dari kiri: makcik, mamak, bapak, sia, hubby, abang sepupu, adik sepupu, pakcik (satu-satunya abang bapak sia)

Lepas makan pagi, kami beraya di rumah sepupu bapak sia sebelum bertolak balik ke Tawau.

Jam 8.30 pagi kami bertolak balik ke Tawau. Jam 11.15 pagi kami sampai di rumah nenek sia. Kami singgah sebab pakcik sia buat bercerak (kenduri cukul jambul) anaknya, Akil.

Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ndak ramai tetamu yang dapat dijemput. Bukan apa, rumah nenek sia kan istana di tengah hutan. Susah sikit mau jemput orang datang. Masalah pengangkutan…Ndak apalah. kami sekeluarga pun memang sudah ramai kan? :-) meriah lah jugak… Bingit dengan suara sepupu-sepupu sia dengan pakcik makcik sia bersilat di dapur. Hangat betul!

Sia, hubby dengan mamak bapak sia tidur di rumah nenek sia. Bergelimpangan semua orang.

Lupa ambil gambar bercerak pulak. Penat teramat!

Friday, October 3, 2008

Beraya di Lahad Datu

0 orang pot pet
Hari ini sia, hubby dengan mamak bapak sia pigi beraya ke Lahad Datu, rumah abang bapak sia.

Kami bertolak dari Tawau lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di rumah pakcik sia jam 3 petang. Dalam perjalanan tu, kami adalah singgah di Bandar Lahad Datu. Saja jak kasi hubby sia tengok Bandar Lahad Datu. Jadi, kalau orang cerita, dia adalah jugak idea macam mana keadaan Bandar Lahad Datu kan :-)


muka orang 1st time jejak lahad datu :-)

Lepas berehat-rehat dan solat Asar, kami pigi menziarahi kubur arwah atuk sebelah bapak sia. Lepas tuh, pigi jalan-jalan cari daging payau (rusa) dan udang sungai di jambatan Kinabatangan. Tapi, ndak ada dijual la pulak. Bukan rezeki. Ndak apalah. Sekurang-kurangnya hubby sampai jugak di Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah.


sg. kinbatangan (diambil dari dalam kereta jak)

Malam pulak, lepas Isya’ kami pigi beraya di rumah jiran pakcik sia. Lama jugak lepak di sana. Sampai mengantuk-ngantuk lah… Memang beraya sakan!

Thursday, October 2, 2008

Selamat Hari Raya 2008

2 orang pot pet
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam!

Tahun ini pagi raya pertama kami kurang meriah, sebab mamak sia masih ndak sihat. Kesian beliau. Memang teruk kali ini mamak sia demam.

Jadi, hanya sia, hubby, adik-adik dan bapak sia pigi sembahyang raya di masjid.

Memang terasa betul.

Lepas balik sembahyang raya, sia dengan hubby cepat-cepat tukar baju dan bergegas ke pasar beli bahan-bahan mentah untuk masak hidangan untuk kenduri kecil-kecilan hari raya.

Selepas bersilat lebih kurang 5 jam, sia berjaya memasak rendang daging, ayam masak kari dan sayur campur. Memang kelam kabut betul. nasib baik ada adik perempuan dan hubby sia menolong. Kalau ndak, memang la sia ndak bolhe bayangkan macam mana keadaan sia. Memang penat banget.

Jam 4 petang macam tuh, siap semuanya. Dapatlah buat kenduri 3 talam berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, ayam masak kari, sayur campur dan ayam masak lengkuas.




Yang panjang-panjang (dibungkus dengan daun pisang) dekat dengan buah oren tuh la namanya tumbuk. yang lebar-lebar tuh pulak namanya buras. Ala-ala ketupat la kalau di semenanjung.

Pakcik makcik dan nenek dan atuk sia pun ada datang petang tuh untuk merayakan hari raya pertama bersama-sama. Diorang datang menaiki van sewa lagi. Ramaiiiii….. 19 orang semua sekali termasuk 6 orang budak kecil (sepupu-sepupu cilik sia). Alhamdulillah.

Sia sempat ambil gambar sepupu-sepupu sia jak. Lupa pulak ambil gambar keluarga tahun ni. memang kelam kabut.


Yasmin


Hakim


Yusrina


Aina


Raihana


Akil

Malam, kami pigi beraya ke rumah makcik Ecce pulak. Makan soto. Sedap!

Dekat jam 10 malam macam tuh, semua orang sudah kepenatan. Pakcik makcik dan atuk nenek sia balik selepas lepak beramai-ramai sambil bercerita-cerita. Lama betul kami ndak berkumpul ramai-ramai macam ni. Insya Allah kami akan rancang lagi pada tahun-tahun akan datang reunion keluarga macam ni pada raya-raya akan datang. Mungkin 2 tahun sekali memandangkan kebanyakan daripada kami sudah berkeluarga. Sia betul-betul gembira raya tahun ini!

Tuesday, September 30, 2008

Ramadhan ke-30

0 orang pot pet
Hari ini hari terakhir puasa. Giliran mamak sia hantar makanan ke masjid untuk buka puasa.

Memandangkan mamak sia sudah ndak sihat selama 3 hari, sia dengan adik perempuan sia telah mengambil alih tugas untuk menyediakan hidangan berbuka tersebut. Dengan bantuan kawan baik mamak, makcik Ecce dan jugak nenek saudara sia. Nasib baik. Kalau ndak, memang sia ndak tahu macam mana lah keadaan hidangan tuh. Sia mengaku, sia memang langsung ndak yakin untuk memasak banyak-banyak macam ni, sebab sia memang bukan pandai betul bab masak-memasak ni. Musti ada pembantu (buku resepi) baru boleh jadi. Itupun kadang-kadang ndak menjadi… hehehhehe…

Kami hantar mi goreng berlauk telur rebus goreng dan air teh. Makcik ecce masak mi goreng tu. Memang sedap banget! Banyak tuh. Dapat lebih kurang dekat 100 tapau gitu! itupun ada lebih lagi.. Iyalah, 3 beskom (besen) bah tuh.

Selain itu, sia dengan adik sia sempat jugak masak ayam masak lengkuas untuk hidangan hari raya besok. Hidangan ni merupakan hidangan wajib keluarga kami setiap kali hari raya. Ala-ala rendang ayam la lebih kurang, Cuma bezanya guna lengkuas.

Jam 4 petang begitu, sia dengan hubby keluar pigi hantar makcik pakcik sia balik ke rumah nenek sia dan bergegas balik ke rumah untuk buka puasa.

Jadi, hidangan buka puasa kami yang terakhir adalah mi goreng berlauk sambal telur rebus, ayam masak lengkuas, kuih karipap dan kuih popia (home made oleh jiran). Memang sedap sehingga menjilat jari!

Malam, kami bersilat lagi di dapur sediakan hidangan untuk kenduri besok.

adik perempuan dengan bapak sia sibuk membuat tumbuk. Ini pun merupakan hidangan wajib keluarga kami setiap kali hari raya. Hidangan ni lebih kurang macam lemang la tapi, bezanya ndak guna buluh dan tidak dibakar. Cuma dibungkus dengan daun pisang dan direbus.

Sia pulak ambil alih tugas buat ayam masak merah. Kali pertama ni seumur hidup si buat ayam masak merah ni sendiri. Hasilnya, not bad jugak untuk 1st timer! :-)

Mintak maaf banyak-banyak sebab ndak ada gambar hidangan yang lezat-lezat ini… Sangat-sangat sibuk yang amat sampai terlupa! Tahun-tahun adakan datang ok :-)

Monday, September 29, 2008

Balik kampung! Hohoho balik kampung!

0 orang pot pet
27 sep 2008

Hari ini sia balik tawau dengan hubby. 1st time hubby balik kampung sia ni... Hhehehehe... paling best, dapat tiket free :-)

Flight patut jam 9.10am, tapi sebab ada masalah dengan MAS Airline punya sistem, flight sia terpaksa ditunda ke jam 9.50am. memang kelam kabut jugaklah perjalanan sia balik kampung kali ini. Di airport kl, airport kk. sabar jaklah...


Tension tunggu pas masuk

Ah! ndak kisahlah. asalkan dapat balik kampung. Kan? Kan? Kan?

Jam 3.45pm, kami sampai di tawau dengan selamat. Alhamdulillah..

Perjalanan kami memang asyik transit jak. Sampai jak di tawau, ndak terus balik rumah. Kami singgah di rumah nenek sia sampai malam. Sebab, ambil pakcik sia sekeluarga pulak di airport pada malamnya.


istana di tengah hutan


hasil tanaman atuk sia

Lebih kurang jam 11 malam baru kami sampai di rumah mamak sia. Alhamdulillah….

28 sep 2008

Pagi lagi kami sudah sibuk pigi airport. ambil pakcik makcik sia yang lagi 1 rombongan.

hari ini kami berbuka dengan menu:

begedil jagung


dan

sayur bunga papaya


Malam, sia dengan hubby pigi hospital. sebab mamak sia ndak sihat. asma dan demam. jadi, kami bawak pigi hospital untuk pam. kesian mamak sia...

Friday, September 26, 2008

Hectic days

2 orang pot pet
I had a dreadfully exhausting day for the past 2 days. At work and house as well.

At work, as usual ought to be report and report and other non-engineering stuffs. Today also will be another busying day for me at work, as I’m going for on leave for 2 weeks for this Raya season. After came back from holiday, I’m going to attend NIOSH course at Bangi for 6 days, starting from 13-18 October. So, I guess you could imagine how busy I am, to make sure every single unsettled works been passed to other colleagues, so that it won’t heap on my table once I came back to the office.

For the housework, the heat of raya has started as early as on Wednesday night. My hubby was busy with his laundry work, while I busy with my folding work and the monthly budgeting. I had paid the car’s installment, our telephone bills, water & electricity bills, our broadband, transfer anything needed and some other necessary stuffs. At 12am, I have to stop all the businesses since all the online banking had stop their services for 2 hours which I don’t think I had the strength to wait. So, I left my credit card bills to be settled off by today.

On Thursday, continuing the busyness at house with my ironing and folding works. My hubby also has done with his laundry works (yes, another laundry. And another one waits him by today as he doesn’t want to leave any unwashed laundry before we go for balik kampong this Saturday). Then, he started playing games, reading news online then only started with his duit raya budgeting stuffs. Its really annoys me. Why? Don’t want to elaborate more in here. Welll…. it is part of ups and downs of marriage life. I better keep it in myself. Huh!

Due to the last night's melancholy, I woke up very early in the morning. So, I’m now in office earlier than I should be in. That’s why I got some ample time to type this entry.

Ok guys, have to stop and starts my office work. Till then… Wassalam….

Wednesday, September 24, 2008

Cookies and Candies

6 orang pot pet
I had completed my raya cookies project today. This afternoon, I bought 3 more containers of cookies at pasar tani. One for myself, one for my mom and another one for my MIL. Fair enough. So, all together, this year, I have jam tart, choc chips, almond London and this new biscuit (seriously I don’t know what was the name of this cookies. The only thing that I know, the taste was really nice! Worth it for RM15/50pcs)





Hmmm… now, am thinking of how I am going to carry these cookies (6 containers all together) into the flight on this Saturday? Now only I realize how greedy I am in bringing back all these cookies. No! No! No! I should reflect back myself, I am not greedy.. It’s my duty as a daughter and daughter in law to help my mom and MIL in their raya preparation. Isn’t it? I couldn’t help them much. But, this is the only contribution that I can give them, especially my MIL (since I’m going to take her son back to Tawau for 2 weeks to celebrate raya this year). Pity to her and my hubby. Because….. This year will be their first time celebrating raya far from each other. What to do? That’s what marriage all about. Sharing, sacrificing, caring and a lot of maturity stuffs to be face off.

I feel so grateful to have a very understanding hubby and in laws when come to this kind of issues. Hopefully I wouldn’t and never hurt their feelings for the entire cycle of my marriage though it might be impossible to achieve as we are only a normal human being. We can’t predict what will happen in our future. Still, will try my best to be fair to both, my in laws and my family side. I love all of them… To be honest, actually my in laws were more sporting in many aspects compared to my own mom and dad. Seriously! Yet, I still love all of them as much as they love me! :-)

Ok, we stop with my raya cookies story.

This afternoon, I flipped through a STAr newspaper (which rarely happens as I don’t like reading). Suddenly, I came across on one of the article about some of avoiding dairy products (as you all know was a hot issue in any newspaper lately). What makes me feel so sad is the photo on top of the article. The photo shows one of my childhood favourite sweets. It called “White Rabbit Creamy Candy”.



The sweets was among items now banned by the Health Ministry, after Singaporean’s Agri-Food and Veterinary Authority found that the sweets contained melamine, a chemical substance normally used to make plastic. Plastic? Adush! Hai yeeee….. I like this sweet so much last time. It tastes so good, creamy creamy and got very thin layer of which I also don’t know what that thing was called. So sad….. Am wondering if there is any other dairy based sweet, contained this melamine? I’m concerning because most of my favourite sweets usually made from milk, which is dairy product. Hmmm… meaning I have to be very careful next time in choosing any sweets to be eaten, especially those which contain milk. Or, I better stop taking any of it, since lately the newspaper has revealed a lot of shocking issues regarding this candy sweetie’s thing. Better avoiding then curing right? No harm for us.... And could also avoid us from having diabetic problem in future.... Pray hard! Bye bye to “White Rabbit Creamy Candy” :-(

Tuesday, September 23, 2008

Hai senangnya dalam hati!

2 orang pot pet
I like to be in Monday! in Tuesday! in Wednesday and in any days this week…. (macam iklan celcom... ecececce.... im a digian lah.. tumpang sekejap)

Best betul berada pada hari isnin minggu nih… Monday blues pun, Monday blues lah… sebenarnya, hari ini sia tiba-tiba dapat pay slip, yang membawa maksud, besok akaun bank sia akan menunjukkan angka yang lebih baik lah.. ehehhehe…. Sia macam ndak percaya jak bila dapat pay slip tuh, sebab, jadual pembayaran gaji yang sia ada menunjukkan patutnya gaji masuk 25hb.. terkejut bercampur gumbira pun ada.. hai Senangnya dalam hati!

Yang membuatkan hari isnin sia lebih ceria lagi, sia dapat imbuhan tahunan! Yeah! Memang sungguh gmbira.. rasa macam berbaloinya kesabaran sia dengan kerja selama ni… sangatlah membantu lagi-lagi dengan kedatangan syawal ni kan.. bolehlah sia plan untuk semua extra extra perbelanjaan dengan lebih baik… servis kereta cutee sia, credit card, duit raya, kenduri kesyukuran, kuih raya.. dan banyak lagi perbelanjaan yang akan disenaraikan kemudian… Hmmm… mungkin sia patut plan buat kuih raya lagi… ehehhehe…. Macam sempat jak kan sebelum sia ballik hari sabtu ni… cita-cita besar betul…

Tengahari pulak, biskut almond London yang sia pesan sudah sampai :-) sia order 200biji utk sia, mamak sia dengan MIL. Ok lah tuh.. siap satu lagi projek kuih raya… ngeh ngeh ngeh… express one… last year sia ada buat jugak, tapi lecceh ah… sama leceh macam buat jem tart. Jadik tahun ni sia decide malas mau buat sebab senang mau dapat yang sedap di luar sana tuh… so, buat apa mau susah-susah buat kan?





Malam, sia jadi pigi lepak di rumah cik Czah.. tapi, projek buat biskut diorang belum mula lagi.. memang agak sudah pun.. biasalah kawan sia cik suhai ni memang kojeng.. ehehhehe.. sayang cik suhai! Cik czah pulak pigi round jalan tar sampai penat gilak… tapi, sia sempat jugaklah lepak-lepak dengan diorang… banyak jugak cerita sampai mengantuk-ngantuk la sia.. jam 11.40pm macam tuh, hubby sia yang sangat sporting (bodek so lain kali dapat green light lagi untuk lepaking... sayang abang!) datang jemput sia balik untuk titon… ngantuk beb mengumpat dengan kawan baik sia dua orang ni… ehehehhe.. astaghfirullahalazim… taubat!

Ok kamurang, kenak tidur sudah… mau mimpi indah-indah sebab mood baik hari ini… wassalammmm….

Monday, September 22, 2008

Missed the meeting

0 orang pot pet
After completed with my raya cookies project for the past 1 week, I started busy with my normal house works.

Last night I’ve done with my ironing project. Fuh! The entire 2 weeks job was done in about 3.5 hours… Could you imagine how tired I am? Luckily I got my TV and my beloved hubby to accompany me until I finished all of them at about 2.15am.

And then, this morning I continued with my shirt’s folding works. I took almost 2 hours to finish the works. Alhamdulillah… Then, I lepaking with my hubby watching MELODI until 1.30pm.

Actually, I rushed to finish all the works by afternoon because I had planned to hang out with cik Suhai and cik Czah at Taman melati (cik Czah’s house). So, I called up cik Suhai this moring, and she promised to call me once she reached cik Czah’s house. I waited for her call until 5pm, and guess what? She forgot to call me… She thought I had called cik Czah and didn’t manage to turn up. Because, she saw cik Czah talked to the phone with her friends (which she thought was me!) Uwaaaa!!!! How could she? Never mind, if I got time tomorrow’s nite, I might be joining them for another raya cookies project… hehhhehe… Actually, I just wanted to meet them before I go back to my hometown for Raya on this coming weekend. It’s been a while since our very last meeting in KLCC. So, hopefully I will have time to meet them tomorrow.

Ok you all have to go to get some sleep…. Really need a rest before I start with the Monday blues tomorrow :-( So, Chiow everybody!

Sunday, September 21, 2008

Projek Jem Tat yang huRu HarA

8 orang pot pet
“Kalau penat, berehatlah. Jangan paksa diri” itulah nasihat mamak sia setiap kali dia telefon. Dan tiap kali tuh jugaklah sia akan jawab “Ok mak. Mamak jangan risau ok!”

Tapi, kemarin sia ndak mendengar nasihat mamak sia. Macam sia cakap dalam entry sia yang sebelum ni, siap terlampau penat hari Jumaat tu. Tapi, sebab sudah dalam perancangan, sia teruskan jugak projek membuat jem tat sia malam tadi. Hubby pun ada nasihat supaya buat jak hari sabtu. Tapi, sebab takut ndak sempat siap, sia tetap jugak dengan pendirian sia. Dan akhirnya, sia telah merosakkan program membuat jem tat sia tahun ini.

Kenapa? Sedang sia campurkan mentega dengan tepung dalam besen kecil, tiba-tiba sia terlupa pulak berapa banyak sudah tepung yang sia masukkan. Sia betul-betul lupa.. Mau patah balik kira, ndak boleh la pulak, sebab tepung dengan mentega tu sudah bercampur. Adui lah..Adui lah… “Ala, hentam jaklah” dalam hati sia.

Lepas habis meramas mentega dengan tepung dan minyak sapi tu, baru pulak sia perasan tepung ndak cukup! Tuh la, tamak betul. Biasanya sia buat 2 resepi jak. Tapi, sebab waktu keluarkan mentega tuh ternampak lagi ada mentega lain lebih, sia buatlah semuanya, ada lebih kurang 2.8 resepilah maksudnya. Adui… Putus asa betul lah… melihatkan sia yag sangat kecewa tu, hubby sia pun offer tolong sia pigi belikan tepung lagi. Sia dengan berat hati “Ok.. Boleh la… Thanks abang!” (sebab sebenarnya ndak mau sambung sudah patutnya). Terima kasih Abang!

Selepas 2 hiccups ni, satu lagi masalah timbul. Macam sia cakap dalam entry sia sebelum ni, sia kan rancang mau guna jem tart presser kali ini. Tahu apa jadik? Ndak berjaya. Doh tu asyik melekat jak di presser tu.. Bengang betul. Kali ini, sia betul-betul macam mau buang jak doh-doh tuh ke dalam tong sampah! Betul-betul putus asa. Sebab sia memang ndak bersedia dengan barang-barang in case sia kena kembali ke bentuk tradisional (sebab sia langsung ndak bulat-bulatkan jem dan langsung ndak beli any paper cup pun). Tapi, sekali lagi hubby sia jadi penyelamat sebab memujuk sia supaya teruskan jugak dengan plan sia tu…

Sia pun dengan berat hati mulakan lah proses membulat-bulatkan doh dan isikan inti jem sampailah jam 4.30pagi.. Masa ni sia betul-betul macam orang mengigau. Mana ndaknya, mengantuk bah sudah ni… bercakap pun macam orang apa jak… Boleh imagine ndak? Sia pandang hubby sia “Abang, saya betul-betul mengantuk dan tak larat dah ni”. Macam biasa, hubby sia pun jawab “tak apalah. Sambung esok jer lah.” Fuh! Sia pun apa lagi, cepat-cepatlah kemas-kemas apa yang patut dan pigi tidur sampailah pagi…

Jam 10 pagi, sia sambuung balik isi inti jem tu. Sekalinya, satu masalah lagi timbul… jem ndak cukup la pulak! Apa pasal la tahun ni huru-hara betul daa… Malas mau kasi bangun hubby sia yang nyenyak tidur, sia guna jak jem biasa yang guna untuk makan roti tuh.. Hahahhaha.. Punyalah susah mau bungkus. Lepas habis semua proses membungkus, sia bakar semua tat sampai jam 4.30 petang. Alhamdulillah…..

Di bawah ni ada gambar-gambar projek sia yang ndak berapa menjadi nih:

MEMBUAT JEM TAT


Mengadun doh, ndak terlalu keras atau terlalu lembut (lembut tetapi tidak melekat di mangkuk)


Doh yang telah dibulat-bulatkan


leperkan doh yang telah dibulat-bulatkan


Sudukan inti ke dalam


Bulatkan semula doh yang telah diisi inti sehingga menjadi seperti di bawah ini



Lepas tu, guntingkan sikit di permukaan atas jem tat tu dan sapukan kuning telur. Kemudian, bakar sampai masak.

Hasilnya,









Lepas siap projek sia yang huru-hara kali ini, sia ada lesson to learn yang mahu sia kongsi bersama:
1. Kalau merancang mau buat seorang diri, janganlah sekali-kali tamak sampai mau buat banyak resipi sekaligus. Sebab, proses mau buat jem tat ni bukan senang wei! Tedious dan memerlukan kesabaran, lagi-lagi tang membungkus jem tuh.. Memang makan masa!
2. Jangan sekali-kali gunakan jem biasa, sebab bila bakar tat tuh, teruk tat tuh akan penyek sebab jem yang cair tu akan mengalir keluar. Sia sudah buang semua tat yang sia isi dengan jem biasa tu. Langsung ndak menjadi!
3. Gunakan paper cup untuk membakar tat ni. Sebab, tat ni sangatlah lembut sampai, ianya akan melekat di jari dan talam pembakar walaupun sudah masak. Jadi sangat susah mau memindahkannya daripada talam pembakar ke talam penyejuk dan ke dalam balang. Jelek betul rupa tat tu nanti. Percayalah.
4. Ndak payah mimpi mau gunakan jam tart presser untuk bentukkan tat ni, sebab memang ndak sesuai sebab dohnya terlalu lembut. Kamurang akan end up dengan tension sebab doh asyik lekat pada acuan atau akan end up dengan hasil tat yang sangat teruk (terlalu keras atau langsung ndak sedap).
5. Jangan sekali-kali gunakan putih telur sebagai ganti kuning telur untuk disapukan di atas tat ni, sebab lepas bakar, kuning tat tu akan jadik ndak cantik, sebab ndak berkilat.. Sia terpaksa gunakan putih telur kali ni sebab telur di rumah sia pulak habis…. Adui lah… banyak betul masalah… Ni contoh tat yang ndak berapa berkilat sebab sia gunakan putih telur yang dititiskan pewarna kuning (tat yang bahagian tengah tuh yang ndak berapa berkilat).


6. Gunakan cawan biasa untuk mengukur tepung (sekirannya kamurang ndak ada penyukat). nasihat ni sebagai panduan kepada puan Mastur yang telah menanyak sia pasal sukatan tepung menggunakan cawan ni. Contoh cawannya ada di bawah ni.


7. Dan yang terakhir sekali, jangan sekali-kali buat projek tat ni bila terlalu penat. Ia hanya akan membawa banyak masalah dan menyusahkan diri sendiri (macam sia sekarang nil ah.. Ndak ada feel!).

Jadi, sia ucapkan good luck kepada kawan-kawan yang belum mulakan projek ni... Belajar daripada kesilapan kan....

Saturday, September 20, 2008

Minah Tukang Membersih

0 orang pot pet
Penat betul otak hari ini… tapi, kerja ndak siap jugak.. Manalah sempat.. Jadi, bila punch clock ofis berbunyik, sia terus off computer, angkat handbag dan balik ke rumah… Sebab, kalau sia tinggal sampai jam berapa pun, ndak mungkinlah siap… Banyak tu….

Sampai-sampai jak di rumah, sia nampak hubby sedang bersihkan atap di luar beranda rumah kami. Bukan apa, adalah sampah-sampah dari rumah atas yang sedang buat renovation tu… sakit la mata hubby sia tengok.. Tapi, kesian hubby sia, rake yang dia guna ndak cukup panjang untuk tolak sampah-sampah tu. Jadik, untuk tolong hubby, sia cadangkan bagus kalau sia sendiri turun bersihkan. Hubby sia risau jugak.. Tapi, iyalah, itu jak pilihan yang ada. Mau hubby turun, takut pulak… Hubby sia kan besar orangnya.. Takut pulak kalau atap tu ndak tertampung beratnya… ehehehhe.. sayang abang! Yang paling lucu tu, masa bersihkan tu sia belum tukar baju lagi… Berbaju kurunglah sia atas atap tu… hahhahahaha… sambil-sambil tu, sia pandanglah jugak kiri-kanan, manalah tahu ada orang yang ternampak.. Malu wei! Nasib baik berjaya dan selamat naik ke beranda balik…Fuh!

Ok lah kamurang, sia mau buat tat nenas nih… nanti sia update cerita membuat kuih tat ni k!

Friday, September 19, 2008

Buzzing

2 orang pot pet
Yesterday was a really tiring day for me.

Morning.
I attended a very long meeting from morning till afternoon. I hate to be in that meeting. It wasted my whole morning precious time. The most important issue here is the chairman also doesn’t know what he was talking about, unqualified (I really meant it!) for the meeting. The output that I got from the meeting is, just do what you wanted to do, we have no time to ask anymore. What kind of management that could do this to their staff? I got annoyance to think about the matter that discussed in that meeting. #%^%&^*(&)(* Arghhhhhh!!!!!!

Evening.
I’m trying so hard to comprehend the work that I hated so much. I keep staring at the table given and trying to figure out on what should I put inside there, so that I can come out with the presentation slide compulsory to be submitted this Friday. Aiyak! It was so bleaaakkkkkssss!

Night.
I was dead to the world as early as 9pm. This was due to my bad menstrual pain that I had last night. Or, because of my little brain was too tired thinking of the densely work in office? Hmmmm…. Pretty sure must be the 2nd one….

Today, am continuing with the yesterday’s work. Had discussion with my one up and 2nd up supervisor until lunch time. After lunch time, I thought I would have time to continue with the presentation preparation. Unluckily of me, I was wrong! My 2nd up supervisor suddenly called me and ask me to attend another meeting because this meeting also will discuss again the same topic that discussed in yesterday’s meeting. Am I making you all confuse? Hahahhaha.. Actually, I also don’t know what I’m talking about… I’m vomiting…. Yeaaaaks! huh! I hate what I am doing rite now! But, I also don’t have choice not to do it…. Oh God! What I’m supposed to do then? I’m blank! I’m empty! Unclear etc!!!!!

Huh! I think, I whining too much already. I better stop before Raqib and Atid also getting confuse to note down my good deeds and my sins.

Ok you all, I really need a rest as my head are aching badly right now … till my next entry…

Wassalammm…..

Wednesday, September 17, 2008

Resepi Tat Nenas

10 orang pot pet
Mula-mula ingat mau bagi resepi lepas tat siap. Tapi, memandangkan ramai yang excited mau resepi, di sini sia bagi dulu demi kawan-kawan yang disayangi :-)

Bahan-bahan doh:
1 biji butter (250gm)
4 cawan tepung super fine (goreng dahulu)
3 s/b minyak sapi QBB


Bahan-bahan Jem nenas:
2 biji nenas sederhana besar.
1 cawan gula

cara buat jem nenas
Kupas nenas dan buang mata. Blend (campur air sikit, cukup-cukup supaya blender bole pusing jak). Masakkan nenas yang telah di blend dalam periuk sampai kering (sebaik-baiknya gunakan periuk non-stick supaya ndak payah selalu kenak tunggu depan dapur, dan gunakan api kecil). Kacau sekali-sekala supaya ndak hangus. Bila paste sudah kering, masukkan gula dan kacau sampai kering lagi. Sejukkan.

Cara membuat tat:
ramaskan butter dan tepung hingga sebati. Masukkan minyak sapi dan ramas sebati lagi. Lepas tu, bentukkanlah ikut idea masing-masing. Bakar hingga masak.

Selalunya, untuk resepi ni, baik bentukkan tat tradisional (bentuk nenas) atau tat yang menggunakan jem tart presser sebab doh tersangatlah lembut.

Cara bentukkan Tart tradisional:
bulat-bulatkan jem sebesar duit 5 sen. Doh pun sama. Bungkuskan jem dengan doh yang telah dibulat-bulatkan. lepas tu, gentel bentuk lonjong sikit, letak dalam paper cup, gunting bahagian atas tat sikit (ala-ala kulit nenas la konon). Sapu dengan kuning telur. Bakar

Selamat mencuba!

p/s: credited to kak Azyantie (my ex-colleague) for her recipes.

cHoc ChiPs

11 orang pot pet
I got a lot of things to share with you all yesterday. However, for today’s entry I will only share about my choc chip’s making last nite.

After sungkai, my hubby out of the blue proposes to me to make my choc chips tonight.

Im like, what?! Hmmmm…. “I don’t think we have enough time to finish all the 2 recipes Abang” I told him. Then, he kept saying “sempat sayang. Cubalah dulu.” All the way from my in law’s house to our house, I keep thinking about how Im gonna tackle all the unprepared things before I could start making the cookies. I haven’t clean my oven, haven’t take out my butter from the fridge, I haven’t wash my weighing etc…

So, when we reached home, to make things easier, my hubby helps me to clean the oven. Ok, settle one issue. For my part, I took out my butter, wash all the cooking utensils needed etc etc… tried my best and pray hard that we will have enough time to finish all the cookies tonight.

FYI, due to all the sudden, first time ever in my life I battered the butter when it still in cold and hard condition. Hahahaha… So funny and desperate! Hopefully it won’t affect my cookie’s recipe later.

Hehehhehe… after all the hard works, I managed to finish all the processes at about 12am in the morning, including cleaning my kitchen. Alhamdulillah…. And the choc chips also turn out very well compared to my last year’s one. Ngeh ngeh ngeh…

So, below are some photos related to the choc chip’s making:


before baking


after baking


My very traditional oven (could you see the "batu lesung" on top of the oven? usually we use it to weight down the oven)


looking inside my traditional oven


The output


We managed to get about 300pcs of choc chips cookies for 2 recipes :-)

I got the recipe from hanieliza fotopages and modify a bit (I didnt use the white choc chips).

Ingredients A:
250gm butter
160gm fine sugar
1 egg yolk
1 t/s vanillah essence

Ingredients B (combine all together):
230gm super fine flour
20gm cocoa powder
100gm choc chips
50gm white choc chips
50gm roasted almond strips
50gm nestum

batter the butter and fine sugar until creamy. Then, add in yolk and the vanilla essence. Batter well again. Stir in ingredient B. Drop by rounded tablespoon onto ungreased baking pan. bake for 25 mins at 180 degree celcius (my oven doesnt have timer neither the temperature control. So, I have to monitor it manually. Really old school and kampung style... hahahaha)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery