Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua umat Islam!
Tahun ini pagi raya pertama kami kurang meriah, sebab mamak sia masih ndak sihat. Kesian beliau. Memang teruk kali ini mamak sia demam.
Jadi, hanya sia, hubby, adik-adik dan bapak sia pigi sembahyang raya di masjid.
Memang terasa betul.
Lepas balik sembahyang raya, sia dengan hubby cepat-cepat tukar baju dan bergegas ke pasar beli bahan-bahan mentah untuk masak hidangan untuk kenduri kecil-kecilan hari raya.
Selepas bersilat lebih kurang 5 jam, sia berjaya memasak rendang daging, ayam masak kari dan sayur campur. Memang kelam kabut betul. nasib baik ada adik perempuan dan hubby sia menolong. Kalau ndak, memang la sia ndak bolhe bayangkan macam mana keadaan sia. Memang penat banget.
Jam 4 petang macam tuh, siap semuanya. Dapatlah buat kenduri 3 talam berlaukkan rendang daging, ayam masak merah, ayam masak kari, sayur campur dan ayam masak lengkuas.
Yang panjang-panjang (dibungkus dengan daun pisang) dekat dengan buah oren tuh la namanya tumbuk. yang lebar-lebar tuh pulak namanya buras. Ala-ala ketupat la kalau di semenanjung.
Pakcik makcik dan nenek dan atuk sia pun ada datang petang tuh untuk merayakan hari raya pertama bersama-sama. Diorang datang menaiki van sewa lagi. Ramaiiiii….. 19 orang semua sekali termasuk 6 orang budak kecil (sepupu-sepupu cilik sia). Alhamdulillah.
Sia sempat ambil gambar sepupu-sepupu sia jak. Lupa pulak ambil gambar keluarga tahun ni. memang kelam kabut.
Yasmin
Hakim
Yusrina
Aina
Raihana
Akil
Malam, kami pigi beraya ke rumah makcik Ecce pulak. Makan soto. Sedap!
Dekat jam 10 malam macam tuh, semua orang sudah kepenatan. Pakcik makcik dan atuk nenek sia balik selepas lepak beramai-ramai sambil bercerita-cerita. Lama betul kami ndak berkumpul ramai-ramai macam ni. Insya Allah kami akan rancang lagi pada tahun-tahun akan datang reunion keluarga macam ni pada raya-raya akan datang. Mungkin 2 tahun sekali memandangkan kebanyakan daripada kami sudah berkeluarga. Sia betul-betul gembira raya tahun ini!
Thursday, October 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 orang pot pet on "Selamat Hari Raya 2008"
wah..meriahnya raya kat sana..mesti seronok kan weng dapat gather2 ngan sedara mara.. aku wlpun raya kt umah mentua pun rasa cam meriah gak bila ramai keluarga berkumpul.wlpun family laki aku..huhu.
meriah nisa.. memang meriah....
penat jugak lah tapi seronot! :D
Post a Comment