Wednesday, July 1, 2009

Hospital-Klinik-Hospital-Klinik-Hospital


Macam-macam berlaku kebelakangan ni yang membuatkan sia dengan hubby kerap ke klinik dan hospital. Mama kah yang bermasalah? Bukan… Mama dengan baby sihat jak Alhamdulillah…. Macam biasa kunjungan ke klinik untuk check up setiap minggu telah bermula :D Dan semuanya berjalan dengan lancar…

Jadi, kenapa pulak kami sibuk-sibuk ke klinik dan hospital ya?

Bermula dengan kes sepupu sia yang berumur 5 tahun jatuh dari flat tingkat 2 16hb hari tu. Kesian sepupu sia tu. Yang pasal ni, sia malas mau komen banyak-banyak.. Lain orang lain pendapat kan? Alhamdulillah…. Hujung minggu baru-baru ni sepupu sia sudah dipindahkan ke wad biasa. Dia sudah boleh senyum… Boleh berjalan, melompat… Cuma belum bercakap. Harap-harap dia akan bertambah sihat dan tiada masalah yang tidak diingini berlaku akibat kemalangan hari tuh…. Aminnn….

Lepas ni, bertambah susahlah bertemu dengan sepupu sia yang seorang ni.. Sebab, dia akan dihantar balik ke rumah neneknya di Kedah dan kemungkinan besar akan dibesarkan dan disekolahkan di sana… Mungkin itu yang terbaik buat dia…

Satu kes lagi, adik lelaki sia. Adik sia sekarang sedang bercuti semester. Jadi, bulan 5 hari tu, dia balik ke Tawau bercuti. Baru-baru ni, 20hb dia balik ke KL balik. Memandangkan semester baru akan bermula tengah bulan depan, jadinya, dia tinggal bersama sia dengan hubby di rumah. Baru duduk 3 hari di rumah, tiba-tiba adik sia demam 24hb tu. Macam biasa, kalau setakat demam biasa, sia bagilah adik sia makan uphamol atau paracetamol kan? Sekalinya, sampai Sabtu, macam ndak berapa ada perubahan. Badan masih panas lain macam, siap menggigil-gigil lagi. Apa lagi, risau lah sia dengan hubby.

Jadinya, hari sabtu pagi tu, sia dengan hubby terus bawak dia pigi klinik. Buat ujian darah bagai, doctor cakap ada jangkitan kuman. Bukan denggi. Alhamdulillah…. Doktor bagi ubat demam, antibiotic dengan ubat sakit badan. Terlalu risau dengan keadaan badan adik sia yang panas tuh, memanglah sia monitor sepanjang hujung minggu tuh, pastikan dia makan ubat ikut masa.

Alhamdulillah, Isnin pagi nampak macam ada perubahan. Syukur….

Sekali petang Isnin, adik sia cakap kepalanya pulak sakit berdenyut-denyut. Badan ndaklah berapa panas. Jadi, sia suruh jak abiskan dulu ubat yang ada. Tengok pulak hari besoknya.

Balik kerja kemarin, adik sia terbaring balik, ndak bermaya. Teruk betul keadaannya. Badan ndak panas, kepala jak. Jadi, lepas Mahgrib, sekali lagi sia dengan hubby bawak pigi klinik. Doktor tu check, dia suruh rujuk ke hospital terus. Aiyak!

Jam 9 malam lebih kami sampai di Hospital Ampang. Lepas buat ujian darah semua-semua, jumpa doctor jam 11 malam lebih. Alhamdulillah, demam biasa. Bukan denggi atau penyakit-penyakit yang sewaktu dengannya yang membimbangkan sia dengan hubby. Doktor bekalkan dengan paracetamol, vitamin C dan ubat kumur. Harap-harap adik sia akan sembuh sepenuhnya lepas makan ubat yang doctor bagi ni…. Parents sia akan sampai Sabtu depan nih... Takut pulak diorang risau kalau adik sia ndak sembuh-sembuh. Mintak-mintaklah sembuh cepat kan?

Hmmmm..... Akibat sampai lambat dari hospital malam tadi, hari ini sia rasa ada sedikit mengantuk daaaaa……. Perlu mancis untuk dijadikan tongkat menahan mata ni daripada Zzzzzzzzzzzzzzzzz………. Arggggghhhhh! Nasib baik Dexter tak dak :mrgreen:

0 orang pot pet on "Hospital-Klinik-Hospital-Klinik-Hospital"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery