Macam-macam berlaku kebelakangan ni yang membuatkan sia buat-buat sibuk meng ‘update’ blog kesayangan sia ni… Ehehehhe….
4hb Julai hari tu, sia dengan hubby ke Hospital Pantai Ampang. Ada kelas antenatal percuma daripada jam 2.00 petang-6.30 petang. Ok jugak. Dia ajar berkaitan dengan keabnormalan kelahiran bayi, fasa-fasa kelahiran, diet-diet ibu mengandung, ubat penahan sakit untuk melahirkan dan penyusuan susu ibu. Selain itu, di akhir sesi, peserta dibawa bersiar-siar melihat kemudahan bersalin di Hospital Pantai Ampang. Dan tidak dilupakan, mestilah ada promosi berkaitan pakej sekiranya ingin melahirkan di hospital diorang kan? Sesi ceramah ni ditaja oleh Wyeth Nutrition. Memang best. Siap ada heavy hi-tea yang sedap dan free goodies lagi tau! Memang recommended la untuk dihadiri oleh para bakal-bakal ibu bapa yang 1st timer macam sia dengan hubby ni. Sangat informatif!
[caption id="attachment_2098" align="aligncenter" width="320" caption="Free goodies: Magazine, car sunscreen protector, towel, blink blink pouch bag, Lactacyd feminine hygiene & preggy T-shirt,"][/caption]
5hb Julai pulak, buat kali pertamanya sepanjang sia mengandung ni, sia ajak hubby pigi melantak durian di tepi jalan. Selama ni, menahan diri sebab takut kesan kepanasan di malam hari. Takut mengganggu tidur malam yang indah itu.. Tapi, itu hari sudah tidka boleh tahan lah.. Mana-mana pigi asyik nampak durian jak.. Aish! Ndak boleh jadik ni! Port yang menjadi pilihan adalah gerai durian berdekatan Jusco Setiawangsa. Puas hati mak buyung dapat makan durian di petang hari. Lepak jam 3 petang pulak tuh! Nasib baik cuaca ala-ala mendung ndak mendung, panas ndak panas. Just nice untuk membolehkan kami melantak dengan sepuasnya.. Hehhehe….
[caption id="attachment_2099" align="aligncenter" width="320" caption="durian itu membuatkanku lupa dunia sekejap :cool:"][/caption]
Pada hari yang sama jugak, sia dapat sepupu lelaki baru… Ini bermakna, anak yang sia lahirkan nanti akan mendapat pakcik yang sebaya… Hehehhe… Keluarga sia memang macam ni… Pakcik-pakcik sia pun memang sebaya-sebaya dengan sia adik-beradik jak pun. Bapak kepada sepupu sia yang baru lahir ni pun muda setahun daripada sia…. Jawabnya, keluarga kami akan berterusan lah ada pakcik makcik dan anak kemanakan (anak saudara) yang lebih kurang sebaya sampai bila-bila….
[caption id="attachment_2101" align="aligncenter" width="320" caption="bangunlah sayang wei!"][/caption]
Malam hari pulak, kami ke Satay Station yang terletak di Ampang. PIL sia belanja makan satay… Memang sedap dan lain daripada satay-satay yang biasa dimakan. Tang kuah dengan satay dagingnyalah yang paling istimewa berbanding satay-satay di tempat lain. Kuah kacang sedap dan pekat. Satay daging lembut yang amat… Sedapppppp! Harus dicuba!
[caption id="attachment_2102" align="aligncenter" width="320" caption="Mak buyung yang kekenyangan.. BRpppp! Alhamdulillah...."][/caption]
9hb Julai pulak, adik lelaki sia ndak balik rumah sampai lewat malam. Sia punyalah risau sebab telefon pun dia ndak angkat. Sekali tengah malam kawannya telefon bagitau dia ndak balik. Sia punya risau jangan cakaplah kan. Panas hati jugak dibuatnya. Bila sia balik petang Jumaat tu, baru sia tau rupa-rupanya dia kemalangan motor malam tu. Nasib baik ndak teruk. Kesian dia. Sedih pun ada kakaknya yang sensitif ni. Bila ditanya, dia cuma cakap ndak mau kasi tau malam tu sebab takut menyusahkan hati kakaknya yang sedang sarat mengandung ni. Memanglah sia tau adik sia ni survivor jugak orangnya. Tapi, hati kakak mana yang ndak risau lagi-lagi kalau diorang di bawah jagaan kita kan? Ndak apalah, benda sudah jadi pun... Sekurang-kurangnya lepas ni, adik sia akan beringat kan? Lelaki bah! Mestilah mau kuat! Minum ubat gamat gerenti cepat sembuh! Kan adik kan? :mrgreen:
Hari sabtu malam Ahad, parents sia dengan adik perempuan sia sampai dari Tawau. Yeeehooooo! Tengah-tengah malam tu jugak sia menjamu diri sendiri dan keluarga sia dengan kek coklat yang sia beli daripada liza. Memang sedap! Ditambah pulak dengan taburan strawberi segar di atas kek tuh. Fuh! Memang terangkat! Sampai sembelitlah mak buyung ni makan kek coklat tu… Tapi, puas hati! Sampai hari ni kesan sembelit tuh ndak hilang-hilang lagi…. Hahhahahaha… Memang padan muka mak buyung!
[caption id="attachment_2103" align="aligncenter" width="400" caption="Memang yummy siot kek nih!"][/caption]
Oh ya! Kek ni sebenarnya sempena birthday sia pada 8hb tu.. hehehhe… Tapi, memandangkan terlupa order awal-awal, lambatlah dapatnya… Janji dapat merasa sebelum berpantang kan? Terima kasih Liza sebab berusaha jugak buatkan. Lain kali boleh cuba kek lain pulak ;)
Cakap pasal kek birthday, di pejabat sia hari tu, budak satu opis sia pun ada beli kek coklat strawberi jugak. Saja-saja beli lah. Lepas tu, memandangkan masa tu birthday sia pun hampir-hampir dekat dan takut ndak sempat celebrate sebab dekat-dekat jugak dengan due, minah ni bagilah peluang potong kek ni... Birthday in advance la konon.. Hahahhaha.... Kek ni pun sedap.. Thank you Eykin!
[caption id="attachment_2104" align="aligncenter" width="320" caption="Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! Happy Birthday to me! :cool:"][/caption]
Pasal pregnancy pulak, nampak ndak di column sebelah kanan blog sia ni? Patut lagi 1 hari sia due….. Huhuhuuhu… Tapi, sia dengan galaknya masih datang berkerja.. Sebab, baby kesayangan sia ni masih berbahagia mengikut mamanya berjalan-jalan dalam perut… Hehhehehe…. Ndak kisahlah, sia akan berjuang sehingga ke akhirnya… Ecececcecece…. Hubby asyik cakap mungkin baby mau keluar 16hb (sama dengan tarikh lahir ayahlah konon), bulan Julai, sama dengan bulan kelahiran mamanya.. Kita tunggu dan lihat jaklah ya…. Chaiyok mama and baby!
Tuesday, July 14, 2009
1 hari lagiiiiii.............
ditulis oleh
mama glam at Tuesday, July 14, 2009
Labels: events, Info for sharing, my daily life stories, our baby
Labels: events, Info for sharing, my daily life stories, our baby
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 orang pot pet on "1 hari lagiiiiii............."
baru la nmpk muke akak dh sembab mcm sy..
sedap kan mkn time nie..durian sy dh mkn laaaaaameeeeee dh..x thn sungguh bile nengok orgjual durian depan umah..
1 days to go...chaiyok2!!!
oooo...iyer. cimane nk g antenatal class kat hosp. pantai tue?
hehehhee... comel kan? :mrgreen:
akak durian berani makan siang jek. Malam x beraniiiiiii... konpem x boleh titon wooooo..... sedap kan?
nozie cuba call no ni: 03-42892828. Tanya dia bila lagi ada free antenatal class tuh.. Hari tuh person in charge nama Mala. Peramah orangnye... Cubalah call eik!
Kak.. bukan time sarat takle mkn durian ka??nnt diabetis or cepat teberanak?? heshhh...beranii amat! dah le kek tu makk aiii... strawberry yg tak tahannn tuh.. bile liza tu nak buat kek lagik? nanti akak ajak faez ye.. huhuhu... selamat berjuang ye kak.... Pasni bole join kak nini lunch kat nursery... yezzo..
Aweng?? Ko pregnant? cemana aku xtau nih? congrats.. aiseh.. aku jugak yang tidak terkahwin2.. kuang..
Yeah! Kita doakan segalanya akan berjalan lancar,Anak u mesti sanGat comel macam aunty jacko.
Faez: huhuhuu... tarak boleh tahan maaaa :lol:
Epa: Tq! tq! menunggu hari jak ni epa...
Jac: Hehehhe.. tq Jac!
Post a Comment