Sudah terberanak kah? Belummmm….
Sikit sibuk ah kebelakangan ni. Lagipun, macam ndak ada mood mau update blog...
Perkembangan mama? Alhamdulillah… Selepas monitor BP selama 2 minggu, tiada sebarang masalah yang membimbangkan… BP normal… gerak baby ok… pertambahan berat badan ok… Jadi, kesimpulannya, rasa-rasanya, kepanasan di dalam pejabat ni lah yang menyebabkan sia pening sampai termuntah-muntah… Huh! Almaklumlah, hari tuh kan sia ada cakap yang sia sudah pindah bilik… Bilik yang sia duduk sekarang ni memang tiap-tiap pagi merupakan port utama terkena pancaran matahari pagi yang indah. Memang panas, ditambah pulak dengan halaan penghawa dingin yang tidak seberapa mengena. Memang sedikit meranalah HOT MAMA ni dibuatnya. Jadi, penyelesaiannya, tiap-tiap hari (terutamanya pagi), sia akan menumpang di meja kawan sepejabat sia untuk mendapatkan bekalan penghawa dingin… Ngeh ngeh ngeh.. Asyik berpindah-randah la mama yang kepanasan ni… Ndak kisahlah, yang penting, mama sekarang bertambah sihat dan bersemangat di pejabat! Yeeehuuuuuuu!!!!!!
Di rumah? Macam makin malas ah… Dapat jak peluang tidur hujung minggu, bantai sehabis-habisnya.. Terbongkang toksah cakaplah. Nasib baik ada hubby yang baik hati tolong setelkan kerja-kerja rumah… terima kasih Abang! Bini hargai sangat2 pertolongan Abang saat-saat bini terbongkang ni… (nota: hubby sudah warn lepas pantang dia akan keluarkan pekeliling Ayah supaya Mama tidak bermalas-malasan seperti sekarang. Sekarang bagi chance jak sebab sedang sarat.. Huhuuhuu.. Takutttttt!!!!!!! Harap2 dia lupa bila masa itu tiba.. :lol: ).
p/s:
1. Hot Mama sekarang sudah naik 13kg! Nanti akan di update gambar terkini pada entry yang akan datang k! Memang HOT! :cool:
2. Sume persediaan untuk bersalin telah setel termasuk beg untuk ke hospital. Alhamdulillah....
3. Nozie: akak tahu akak masih hutang 1 entry khas buat Nozie.. Dalam masa terdekat insya Allah k!
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 orang pot pet on "HOT MAMA!"
semoga selamat semuanya, mama dan baby...and of course papa nye sekali and the grannies...and the aunties...and the uncles...and the great grannies....
wah...dah nak jadi granny la saya ni....huhu
tq mak ana.. hah! siap2 fikir nak panggil apa :D
Ok x panggil camtu? Haha dah mcm NangNak pulak.
Mane ada Nang Nak.. ok lah tuh! (gaya saida AF :lol: )
hah! panggilan tuh blom ade org book :D
Post a Comment