Hari ini sia cuti.. Cuti yang ndak dirancang. Mungkin penat pigi majlis kawin Puan Czah kemarin ndak habis lagi. Macam hubby cakap “Biasalah, berbadan dua memanglah cepat penat”. Sia kalau ikutkan ndaklah rasa badan ni penat sangat. Tapi, ndak tahulah… Asyik rasa mau baring jak. Tidur pun bukannya lena sangat. Mungkin, internally badan penat. Jadinya, sia hari ini mengisyhtiharkan sia cuti kecemasan. Memang ndak larat yang amat. Sekali sudah petang baru ingat, Lupa mau SMS kasitau bos daaaa!!!!!!!!!!! Aiyak!!!! Pandai2 lah fikir alasan besok… Huh!
Jadi, apalah yang sia buat hari ini? Hanya 1 rasanya yang boleh dibanggakan. Setelkan bayaran bil-bil dan ansuran-ansuran bulanan yang patut dilangsaikan.
Sebagai akauntan yang tidak bertauliah, tiap-tiap bulan, inilah kerja sia yang telah diamanahkan oleh hubby. Hubby paling malas mau pening-pening kepala fikir pasal perkara-perkara seremeh ini. Bagi sia pulak, setakat hal macam ini, ndak ada masalah. Tapi, tiap-tiap bulan, kepala pening lah mau kasi akaun balance dan tidak ada short sana sini. Kalau kurang, kena top up, kalau lebih, boleh pow! :mrgreen: ngeh ngeh ngeh….. Halal ek Abang! Muahhhh!!!! :grin: Mesti pastikan akaun sentiasa tutup tepat-tepat, walaupun sesen! Fuh! Penin wooo bagi akauntan yang tidak bertauliah mau buat kerja macam ni. Tapi, lebih senang daripada kerja-kerja yang hubby rasa senang pada pandangannya lah… Patutlah Allah pertemukan manusia yang berbeza dan disatukan jadi suami isteri kan? :cool:
Oh! Ya, pasal majlis kawin Puan Czah, kerana semua tetamu yang datang excited lain macam tengok pengantin, semua orang lupa bawak kamera daaaa….. Puan Mastur ada bawak, habis bateri pulak. Sia? Tertinggal dalam kereta la pulak… Aduhai… Jawabnya, tunggu gambar daripada pengantin sendiri la gamaknya… Hmmmmm…
hapdet: ni gambar ihsan dpd puan mastur & cik anis
[caption id="attachment_2044" align="aligncenter" width="320" caption="cantik kan pengantin?"][/caption]
[caption id="attachment_2045" align="aligncenter" width="320" caption="pengantin baru yang sangat cute!"][/caption]
[caption id="attachment_2046" align="aligncenter" width="320" caption="tetamu melantak sambil tunggu pengantin :cool:"][/caption]
Tuesday, June 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang pot pet on "EL & Majlis Kawin PUan Czah"
Post a Comment