Fuh! Setelah memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyelesaikan semua kerja-kerja rumah yang telah tertunda selama lebih kurang 2 minggu, akhirnya sia berjaya menyiapkannya pada petang kemarin (nota: ikutkan, kalau ndak siap jugak hujung minggu ni, mau hantar dobi atau upah orang jak untuk gosok 8) ) Banyak tu...... Makan masa 2 hari jugaklah baru disiapkan. Padahal melipat baju dengan gosok baju jak pun. Tapi, bila sudah disimpan sampai 2 minggu, bolehlah bayangkan betapa banyaknya kan?
Nasib baik kesihatan sia pun sudah beransur pulih berbanding pada awal minggu hari itu. Kira berkesan jugaklah ubat tahan muntah yang doktor tu bagi. Walaupun ndak seratus peratus dihapuskan, sekurang-kurangnya dikurangkan bilangannya daripada 5-6 kali sehari kepada 1-2 kali sehari.. Alhamdulillah....
Bercakap pasal kerja rumah, kemarin hubby sia bagi idea yang selama ni sia langsung ndak terpikir. Bukan apa, kemarin walaupun sia larat mau menggosok baju, tapi sia ndak berdaya terlalu banyak bangun dan duduk semasa buat kerja tu. Nanti boleh jadi pining... Jadi, kenaklah mintak pertolongan hubby untuk tolong gantungkan baju-baju yang sudah digosok dan ambilkan baju-baju yang mahu digosok. Memandangkan dia pun ada kerja lain yang mahu dibuat, dia pun cari alternatif macam mana dia boleh menolong bini dia ni memudahkan kerja-kerja tuh tanpa perlu berdiri langsung....
Ini dia caranya....
Hubby tolong ambil terus penggantung baju yang di sebelah kiri sia tu, rendahkan sikit ketinggiannya ke tahap yang paling sesuai untuk dicapai, dan letakkan satu lagi kerusi di sebelah kanan sia untuk letakkan baju-baju yang belum digosok. Jadi, sia memang langsung ndak perlu bangun atau bergerak kemana-mana sepanjang proses menggosok baju ni... Hmmm. ndak sangka brilliant jugak idea hubby ni rupanya... Ndak pernah terfikir langsung... Walaupun nampak macam senang kan? Terima kasih abang! Bijak.... Bijak.... :lol:
Sunday, December 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 orang pot pet on "Selesai sudah kerja rumah tertunda"
bagus la idea ni...mmg senang. blh la anis praktikkan kt rmh...hehe
praktik jgn x praktik anis..
memang berkesan mengurangkan sakit belakang dan sakit betis dek banyak berdiri...
Post a Comment