Saturday, December 6, 2008

Check up kali pertama


Pagi ni merupakan kali pertama sia pigi buat check up ke Klinik Ibu & Anak.

Kepada kawan-kawan sia yang kenal sia masa sekolah dan uni, mesti tahu sia ni seorang yang takut darah atau mabuk darah yang teruk jugak

Jadi, mau dijadikan cerita, masa pigi check up pagi tadi, langsung ndak terpikir akan ada prosedur ambil darah untuk check up ni… ingatkan ambil darah yang cucuk di jari tu jak… ehehehhe…. Nasib baik waktu nurse yang entertain sia sedang isi buku merah sia, sia ternampak prosedur tuh di meja depan. Sekali nurse yang sedang buat prosedur tu bersuara “takpa, turn awak akan sampai jugak nanti” zurrrp! 8O Mula-mula macam gerun jugak… tapi, sedapkan hati sengih-sengih jaklah pada nurse tu. Akhirnya, alhamdulillah.. Sia berjaya melalui prosedur tu dengan tenang. Sebab tu sia selalu tanamkan dalam diri, semua yang Allah tentukan untuk kita ada hikmahnya. Sampai tadi ada jugak terlintas dalam hati “berangkali kalau dulu-dulu aku kenak buat prosedur ni mungkin akan pengsan sebab ketakutan”. Sampai macam tuh sekali tuh terpikir.

Dan Alhamdulillah, setakat hari ini semua ujian yang perlu dilakukan lepas dengan jayanya… :lol: ehehhe… Tahap kesihatan sia pun agak memuaskan. Daripada ujian darah, keadaaan payudara, berat, tekanan darah, dan kesihatan gigi… Alhamdulillah…..

Terima kasih ya Allah sebab bagi aku kekuatan setakat penghidupan aku pada hari ini. Kami sentiasa mengharapkannya dari-Mu untuk kami menempuh penghidupan kami pada masa-masa akan datang. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan Maha Pemberi dan Maha Mengasihani hamba-hambaMu. Kami syukur ya Allah! Kami sangat bersyukur!

2 orang pot pet on "Check up kali pertama"

ninieZUERYANNIE on December 9, 2008 at 7:21 PM said...

TAHNIAH kerana b'jaye mengatasi ketakutan itu.. kihkih... (skemanye!!!!!! auw! xtahan..)

amisah said...

ehehehhe.... tuh la pasal.. kagum sendiri wooo...
kuasa Allah kan? Alhamdulillah...

bestnyee dengar berita terbaru daripada ninie tengahari tadi. terlebih excited plak kita 2 orang ni eh :)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery