Hari ini, sia rasa bersalah yang amat… Kenapa? Nanti sia bagitau kenapa…. Sia mau berkongsi satu perkara yang sia rasa sering berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari…
Hal ni berkaitan dengan layanan anak-anak terhadap ibu-bapa.
Sia daripada dulu perasan pasal benda ni. Sia perasan, walau macam mana baik sekalipun layanan seorang manusia bernama kawan kepada kita, selalunya, mereka tidak begitu terhadap ibu bapa mereka. Apa yang sia maksudkan di sini adalah cara percakapan. Nada suara….
Sia tidak perlu namakan seorang demi seorang nama kawan-kawan sia, tapi, boleh sia katakan, hampir semua, dan termasuklah sia sendiri. Begitu juga dengan layanan terhadap adik-beradik. Jarang sekali nada suara berbunyi yang sedap untuk telinga mendengar. Tapi, sia tahu, jauh di sudut hati, sangat menyayangi keluarga sendiri… Sangat-sangat menyayangi hinggakan sia rasa semua sanggup berkorban apa sahaja demi mereka, wang ringgit, masa, tenaga dan sebagainya. Tapi, kenapa layanan dan nada suara perlu sebegitu kurang enak pada pendengaran?
Kenapa?
Setiap keluarga ada sejarah hidup masing-masing. Bagi sia, sia amat menyayangi mamak dan bapak sia, dan kedua orang adik sia. Sia sanggup berkorban apa sahaja yang sia ada demi untuk memberi kegembiraan kepada mereka, asalkan tidak berada di luar kemampuan sia (walaupun kadang-kadang berlaku jugak di luar kemampuan). Sia sanggup melupakan keinginan sendiri bila sampai kepada keperluan mereka. Lagipun, keluarga sia keluarga yang amat sederhana. Tidak kaya dan tidak terlalu miskin. Jadi, sebagai anak yang paling sulung, sia memang rasa bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan mereka seadanya. Dan sia bersyukur suami sia amat memahami. Asalkan sia berbincang setiap perkara dengannya. Malahan, kadang-kadang suami juga membantu.
Walaupun kami sentiasa berkasih sayang dengan cara kami sendiri, tapi, cara percakapan kami antara satu sama lain amatlah kurang menyenangkan. Intonasi mungkin nampak kasar pada pendengaran orang lain (ya! Lately pada pendengaran sia jugak), tapi itulah kami. Itulah cara kami. Kadang-kadang ada jugak terasa. Kadang-kadang tidak.
Kadang-kadang bila sia tengok keluarga yang ahlinya bercakap lemah lembut antara satu sama lain, sia cemburu. Tapi, itulah cara mereka. Tidak mungkin akan sama.
Berbalik kepada rasa serba salah sia tadi.
Kemarin, lebih kurang jam 3.30 petang, bapak sia sms “Bapak sampai Pudu jam 7 petang” Sia macam “Hah? Tiba-tiba?” (nota: bapak sia datang dari Gerik sebab sudah tiada kerja). Bapak ada telefon hari Sabtu mengatakan yang dia akan datang. Tapi, tidak jelas pada hari apa. Sia sentiasa mengingatkan bapak supaya menelefon dahulu sebelum datang atau sekurang-kurangnya sebelum membeli tiket bas. Takut tiada orang di rumah.
Bila keadaan secara tiba-tiba begini, sia memang terkejut (ini bukan kali pertama ok!). Sia mengaku, sia tidak suka kejutan semacam ini.
Jadi, bila dapat sms tu, sia memang rasa macam menangis. Gembira bercampur kecewa. “Kenapa bapak ndak telefon dulu? Kenapa hari ini? Kenapa jam 7 petang? Kenapa tiba-tiba?” Boleh bayangkan keadaan trafik di Puduraya jam 7 petang pada hari kerja? Ya! Jammed yang amat. Sia tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Lebih-lebih lagi dengan ketiadaan suami sia sekarang ni. Adik lelaki sia pulak belum ada lesen memandu. Tiba-tiba rasa penat menguasai diri. Terbayang keadaan jammed, terbayangkan kereta kecik sia yang manual tu… “Ya Allah!” dalam hati sia.
Tidak berlengah, jam 4.30 petang, sia meluru balik ke rumah. Sampai di rumah, adik lelaki sia pulak bersuara “Kak, adik kenak balik Uni la hari ni. Kelas rupanya sudah start hari ni. Jadual bertukar”. Sia sekali lagi macam “Hah? Malam ini? Ok! Kemas barang-barang, 6.30 petang kita gerak”
Sedang-sedang solat, tiba-tiba hujan…. Lebat pulak tu… Ya Allah! Dugaan betul rasanya hari ni. Sudahlah barang adik banyak yang perlu diangkat masuk dalam kereta. Memang troublesome.
Jam 6.30 petang, kami menuju ke Puduraya. Memang jammed sepanjang jalan! Disebabkan rasa kecewa yang masih ada dalam dada, sia tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan. Sia tidak tahu mahu salahkan siapa. Semua orang tidak bersalah dalam hal ni. Hanya… Sia terlalu penat dan tiada pilihan…. Bapak pun begitu…
Kami sampai di rumah semula dekat jam 8 malam. Lepas semua orang selesai solat Maghrib, kami menuju ke rumah mertua sia untuk makan malam since sudah berjanji untuk singgah daripada kemarin.
Lebih kurang jam 9.15 malam, kami gerak ke Bangi hantar adik sia. Alhamdulillah… Jam 10.30 malam kami sampai di rumah semula dalam keadaan yang terlalu penat. Solat Isya dan terus tidur.
Sia mengaku, sia memang terlalu tegas terhadap keluarga sia. Sia terlalu sensitive kadang-kadang. Lebih-lebih lagi bila terlalu penat. Tapi, sia bersyukur, keluarga sia sentiasa memahami, walaupun kadang-kadang ada jugak terasa hati. Tapi, inilah kami. Inilah keluarga sia yang tidak seberapa. Mungkin cara menunjukkan kasih sayang berbeza daripada keluarga lain. Yang penting, kami tahu yang kami amat menyayangi antara satu sama lain.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 orang pot pet on "Layanan terhadap keluarga?"
Saya pun amat menyayangi-mu!
Post a Comment