Sia kebelakangan ni ada rasa sikit penat… Mungkin sebab kelas SHO yang sia hadiri minggu ini asyik habis lambat… Sampai rumah mesti lepas Maghrib... Ditambah pulak dengan batuk-batuk yang sia alami daripada hari Sabtu hari tu (ni swimming punya penangan la ni).. Baru kemarin pigi ambik ubat di klinik.. Mintak-mintak dapatlah sembuh dalam masa terdekat ni... Ndak tahan bah... Malam jak, mengantuk cepat lepas makan ubat...
Cerita hari ini?
Hari ini kursus kami lebih menjurus kepada lawatan tapak... kami ke tapak bina sampai tengahari... Petang, kami bincangkan sedikit pasal hazad (hazards) yang kami tengok di tapak bina yanng kami lawat tadi... Banyak betul hazad di tapa-tapak bina di Malaysia ni yang sebenarnya sering berlaku dan diabaikan oleh kita-kita yang berkerja di tapak bina ni.. Jadi, bila sudah hampir khatam kursus ni, sia baru nampak kebaikan sia menghadiri kursus ni... Barulah betul-betul menghargai apa itu keselamatan, bukan sahaja di tempat kerja, tetapi jugak di mana-mana pun kita berada... Mungkin di Malaysia ni kita belum betul-betul didedahkan dengan pentingnya keselamatan secara meluas... tapi, bagi sia, setiap apa tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan adalah berfaedah untuk kita semua walaupun kita selalu rasa susah untuk menjalankannya atau melaksanakannya... Walau apa pun yang kita lakukan, ingat kata-kata hikmah ni UTAMAKAN KESELAMATAN!
Friday, November 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 orang pot pet on "Utamakan Keselamatan"
Truly when someone doesn't understand then its up to other people that they will assist, so here it takes place.
Here is my website ... jigsy.com
Post a Comment