Friday, February 25, 2011

Aku pernah kreatif?

0 orang pot pet
Pagi ni, entahkan kenapa, sia tiba-tiba terfikirkan pasal baby carrier. Teringat baby carrier yang kami beli untuk Aimee sebelum dia lahir dulu. Dan.. dan dan itu jugak teringat kisah lucu, lawak, bodoh macam mana kami hampir2 terbuang baby carrier tersebut. Hahhahahahhaa… Tidak perlu diceritakan di sini...

Ok, ok berbalik pada cerita baby carrier, sia ni seorang yang sangat tidak arif pasal jenis-jenis baby carrier yang ada. Jadinya, masa sebelum Aimee lahir dulu, bila orang cakap pasal baby carrier, sia hanya akan terbayangkan baby carrier yang tipikal yang menggunakan buckle dan zip. Jadinya, baby carrier yang kami belikan Aimee memanglah rupanya hampir-hampir sama dengan gambar yang di bawah ini. Berwarna hitam dan diperbuat daripada polyester barangkali...

*pics googled


Tapi, entahkan kenapa, tadi gatal-gatal tangan pulak pigi google pasal baby carrier, dan terjumpalah macam-macam jenis carrier yang digunakan oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil. Dan masa tu jugaklah, muncung menjadi panjang kerana berkata Oooooooooooo…….. Rupanya ada pelbagai jenis baby carrier selain daripada yang tipikal itu…. Dan dan jugak teringat kawan-kawan dulu dok sibuk bercakap pasal Mei Tai.. Sekarang sia sudah tau apa itu Mei Tai. Salah satu jenis baby carrier jugak, yang menggunakan kain dan dijahit menjadi seperti tipikal baby carrier…

*pics googled


Selain daripada Mei Tai, terdapat jugak Pouch Sling, Ring sling dan pelbagai lagi jenis baby carrier yang diperbuat daripada kain yang menurut ramai ibu-ibu adalah lebih menyelesakan bayi-bayi berbanding dengan tipikal baby carrier yang menggunakan polyester dll. Comelnyaaaaaa!!!!!!!!

Sling Pouch (*pics googled)


Sling Ring (*pics googled)


Semakin berminat dengan jenis baby carrier yang juga dipanggil babywearing, sia pun melawatlah ke banyakkkkk website yang berkaitan dengan babywearing ni. Dan dalam-dalam membaca berkenaan dengan dengan babywearing ni, sia terjumpa satu blog yang sia rasa sangat kagum dengan penulisnya yang merupakan ibu kepada 2 orang anak kecil yang sangat-sangat obsessed dengan babywearing ni, My Babies

Bila berminat dengan satu-satu blog tu, sia yang BukanlahSeorangYangSukaMembacaTetapiSukaMembacaBlog ini belek-beleklah blog minah Aida ni. Semakin belek, semakin bangga sia dengan Aida ni. Dia pandai menjahit wooooo! Macam-macam dia jahit ok! Sia yang hanya pandai menjahit menggunakan tangan dan takut untuk menggunakan mesin jahit memang sangat-sangat vangga dengan orang yang macam ini ok! Dan, sia rasa, dia boleh come out dengan hasil-hasil yang pada sia sangat-sangat cute tu pun, sebab dia adalah seorang yang kreatif! Kalau sialah, erk! Maybe susah kottttt… I’m seriously not as creative as her! Tapi….. sia snagat suka melihat hasil-hasil kerja tangannya! Adakah sia mampu menjadi sepertinya…. Huhuhuhuhuhu, mungkin tidakkkkk… Hmmmm…

Tiba-tiba teringat, betapalah sia masa kecil sangat suka menjahit dan membuat kraftangan (seperti gelang, rantai etc).. Tapi, kenapa bila ku sudah dewasa ku tidak lagi seperti itu? Ah! Ku sendiri tiada jawapan! Mungkinkah sia akan fikirkan semula untuk kembali menjadi seperti masa sia kecil-kecil dulu dan come out dengan hasil kerja tangan sendiri yang boleh sekurang-kurangnya dibanggakan oleh diri sendiri? Hew hew... Apakah?


p/s: Kalau korang berminat nak beli babywearing buatan Malaysia, jenguk-jenguklah blog Big Eye Shop ni. Harga dia boleh tahan murah dan design-designnya pun boleh tahan cantik jugak.



Thursday, February 24, 2011

Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 2)

9 orang pot pet
~ sambungan dari entry lepas


Lepas korek sana sini dan selesai semua perjanjian pinjaman perumahan, bermulalah pula pembayaran interest bank yang pada mulanya hanyalah setakat RM200++ yang kemudiannya semakin bertambah dan bertambah dan bertambah.....

Sambil-sambil menunggu rumah siap, kami suami isteri menabunglah jugak memandangkan ikut perkiraan, kami akan perlukan lebih kurang RM100k apabila rumah baru itu siap kelak (anggaran kalau mahu rumah yang sempurna lah.. Target dulu walaupun bunyik macam mustahil untuk dicapai.. hahhahahaha) ~Bila cakap pasal ni, teringat dulu ada kawan sia yang mempertikaikan perkiraan kami yang kononnya melampau-lampau. Tapi bila sendiri sudah pindah sekarang ni, memang tidak syak lagi! Sia memang bijaksana membuat perkiraan. Memang itulah anggaran yang diperlukan sekiranya kamu-kamu mahukan pindah ke rumah baru, dengan semua-semua barangan di dalamnya itu baru, siap pula dengan segala cabinet mak nenek yang melengkapkan lagi penstoran rumah barumu itu, ditambah pulak dengan deko-deko yang baru dan moden yang bersesuaian dengan konsep rumah baru kamu itu~

Dan sambil-sambil menyimpan itu, kami dikejutkan dengan berita gembira, iaitu rezeki anak yang kami tunggu-tunggu selama ini. Makanya, antara simpanan-simpanan tersebut, haruslah diketepikan untuk membeli barang keperluan menyambut kelahiran cahaya mata kami yang pertama. Pada yang pernah menyambut kelahiran cahaya mata, tahulah berapa banyak duit yang diperlukan… Meletop jugak akaun simpanan kami. Itupun nasib baik keluarga ada contribute di sana sini. Kalau tidak.... Tapi, anak punya pasal, mulalah keluar ayat-ayat “Duit boleh dicari….” Makanya, menyusutlah simpanan kami yang tidak seberapanya itu.

Oh! ya, masa kami tandatangani perjanjian pinjaman rumah, kami sedar yang apabila rumah tersebut siap, kami akan dibebani dengan ansuran bulanan yang boleh tahan tinggi jugalah. Pada masa tu pulak, kami ni memang sudah dibebani dengan hutang ansuran bulanan pinjaman kereta sebanyak lebih kurang RM1600 untuk 3 bijik kereta buatan tempatan…. Jadi tolak campur bahagi, kami jangkakan masa rumah tu siap, salah satu daripada kereta yang kami beli itu akan hampir habis ansuran bulanannya. Jadi, dengan sepakat bahawa kami mungkin akan sedikit susah apabila rumah itu siap sebab terpaksa menanggung hutang-hutang pinjaman kereta dan rumah dalam satu masa, kami bersetuju yang kami sanggup menerima risikonya.

Disebabkan itu, sepanjang menunggu rumah tersebut siap, kami suami isteri memang sangat-sangat berpada-pada dalam membelanjai duit gaji kami yang tidaklah seberapanya itu… Kadang-kadang kedengaran jugak suara-suara sumbang mengatakan kami ni terlalu berjimat a.k.a kedekut. Tapi, pada kami, orang boleh cakap apa yang diorang inginkan. Tapi, kami yang tahu kedudukan kewangan kami, kami tahu apa yang kami buat. Janji kami tidak ada hutang dengan along, kami tidak ada hutang dengan kawan-kawan, keluarga dan kami tidak ada hutang kad kredit sampai terpaksa mintak bantuan AKPK. Kami punya duit, cumanya kami berjimat sebab kami ada keperluan lain yang lebih penting untuk dibelanjakan.

Disebabkan itu, banyak kali kami merancang percutian, tapi selalu tidak menjadi disebabkan kami rasa lebih penting untuk kami simpan duit kami itu untuk persiapan pindah rumah baru. Banyak kali ada barangan yang ingin kami beli kami tunda disebabkan kami rasa lebih baik jika kami simpan duit tersebut untuk rumah baru. Jangan cakap percutian dan barangan, sambutan dan hadiah ulangtahun perkahwinan dan harijadi kami suami isteri pun selalunya kami tukarkan kepada simpanan semata-mata sayangkan duit demi untuk persiapan ke rumah baru kelak.

Wah! Bila baca betapa berjimatnya kami suami isteri ni, tentu kamu-kamu ingat kami ni punya duit simpanan yang sangat banyak kan? Jangan silap arrrrr! Kami ni bukannya pekerja yang bergaji besar seperti kawan-kawan kami yang lain. Makanya, kami perlu sedar diri. Untuk memiliki harta yang pada orang adalah biasa-biasa saja, kami perlu bertungkus lumus berjimat cermat. Kami bukan macam orang lain tiap-tiap tahun dapat bonus sampai berbulan-bulan. Kalau dapat duit lebih RM500 setahun pun sudah cukup bersyukur. Makanya, gaji bulanan yang tidak seberapa itu haruslah kami uruskan dengan baik untuk membolehkan kami hidup selesa dan tidak sampai menyusahkan orang lain. Bagi kami, itu sudah lebih daripada mencukupi.

Berbalik kepada cerita rumah baru tadi, lebih kurang dalam pertengahan tahun lepas, rumah tersebut akhirnya siap. Makanya, bermulalah cerita urusan bayaran deposit api air lah, deposit maintenance rumah lah, bayaran itu lah, bayaran inilah… Adalah dekat-dekat RM2k dikeluarkan untuk urusan penerimaan kunci rumah. Belum lagi cerita pasang lampu, kipas, langsir, grill rumah… Gedebak gedebuk, kami kira-kira lebih RM10k dihabiskan untuk itu saja. Itupun bukan yang high spect punya ok. Takdak plaster ceiling, takdak kitchen cabinet, takdak wrought iron untuk grill, takdak aircond…. Memang yang basic semata-mata saja… Itupun, phew! Lebur duit!

Akhirnya, kami pun pindahlah ke rumah baru kami pada awal Julai tahun lepas. Memandangkan tidak ada bajet lebih, maka kami usunglah segala mak nenek yang kami ada dari rumah lama ke rumah baru kami yang nampak macam gah itu (bluwekkkk!). Nasib baik tidak runtuh segala perabot-perabot lama kami masa pindah-pindah barang hari tu. Kalau tidak, habislah terpaksa dileburkan lagi duit yang ala-ala nyawa ikan itu….

Dan dengan berbekalkan duit yang ala-ala nyawa ikan itu juga, mampulah jugak kami mengadakan open house a.k.a house warming selepas hari raya tahun lepas. Ingin berjimat punya pasal, sia plan lah masak sendiri semua hidangan untuk majlis tersebut, walaupun semua orang tahu yang sia ni bukanlah seorang yang suka memasak. Hahahhahahhaha. Tapi, alhamdulillah… Agaknya berkat keikhlasan kami untuk menjamu tetamu-tetamu kami, semuanya berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh ahli keluarga kami…. Makanya, semua orang dapatlah melihat rumah kami yang tidak seberapa itu… Dapatlah merasa kesedapan makanan yang sia masak yang hanya dapat dirasa setahun sekali itu (Bluwekkk lagi skali!)… Hahahhahahha….

Selepas hampir berhabisan duit untuk pindah rumah baru tahun lepas, maka berdikitlah kami menyimpan duit semula untuk perancangan membuat kitchen cabinet dan membeli perabot-perabot baru. Dan untuk pengetahuan kamu-kamu semua, sehingga ke hari ini, sia dengan En. Suami masih belum mampu sekaligus menukar semua perabot-perabot baru di rumah kami itu.. huhuhuhuhu… Setakat sehingga ke hari ini, kami hanya mampu merancang untuk membuat kitchen cabinet di dapur kami dulu. Itupun sebab kami sudah "terbeli" appliances untuk dipasang pada kitchen cabinet masa sale gila-gila hujung tahun lepas. Kalau tidak, mahu kami tunggu anak kedua lahir baru kami resume perancangan membina kitchen cabinet tu.. Huhuhuhuhu….

Kalau ikutkan hati kami yang tidak seberapa kreatif ni, mahu saja kami upah ID untuk design deko-deko di rumah kami tu. Tapi, memandangkan fulusnya tidak mengizinkan, nampak gayanya entah tahun bilalah baru kami dapat rumah yang kelihatan sempurna di mata tetamu-tetamu kami… Mak laki bini tangan kerassssss noks!

Jadinya kamurang, pada sialah, apabila merancang untuk membeli rumah, kita kena ukur badan di baju sendiri. Sekiranya masih tidak mampu tapi mahu jugak untuk memiliki sebuah rumah yang di luar kemampuan, maka, mungkin ada perancangan lain yang boleh di potong di sana sini untuk membolehkan kamu memilikinya. Contoh seperti kami, kami mahukan rumah itu, tapi bila kira-kira, bajet kami cukup-cukup saja, makanya kami perlulah korbankan benda-benda lain seperti percutian tahunan keluarga, sambutan anniversary dan harijadi, tiada baju-baju berjenama, batalkan niat untuk menukar kereta baru… Senang cerita, spend our money within our means sahaja. Lantak apa orang di luar mahu cakap apa “laki bini kerja professional, tapi hidup tidaklah se gah mana” Ah! Persetankan kata-kata seperti itu. Kita lebih tahu kedudukan kewangan kita. Dan, jangan sekali-kali disebabkan ingin bergaya, ingin menunjuk yang kita mampu, hutang kad kredit keliling pinggang! Simpang malaikat 44!


Wednesday, February 23, 2011

Bagaimana hamba sahaya mampu membeli rumah di ibu kota? (Part 1)

3 orang pot pet
Dulu-dulu (hmmm.. sekarang-sekarang pun ada jugak), selalu terbaca di blog, di status FB, orang bercakap/komplen pasal harga rumah terlalu tinggi dan tidak mampu untuk membelinya. Dan kadang-kadang, ada jugak suara-suara yang berani bertanyakan kami suami isteri akan bagaimana kami mampu membeli rumah yang kami ada sekarang (welll… kami ni kan setakat kuli hamba sahaya…)…

Beginilah, biar sia bongkarkan rahsia (ececcececece) bagaimana kami yang setakat hamba sahaya ni mampu membeli rumah yang tidaklah seberapa gahnya itu.

Pada kami suami isteri, kami sedar kemampuan kami sampai di mana. Kami tahu apa kriteria-kriteria yang telah kami tetapkan perlu ada pada rumah yang bakal kami beli. Jadi, semua itu, kami senaraikan dan sambil-sambil itu, kami jenguk-jenguklah jugak duit simpanan yang tidaklah seberapa itu, tanggungan bulanan kami dsb nya…


Kalau ikut kriteria, kami telah tetapkan:

1. Rumah tersebut mestilah dekat dengan rumah mertua sia. Knowing my En. Suami. He is one kind of family man to his family. Dia jenis yang kalau boleh, tiap-tiap hari kena singgah di rumah in law sia. Sebagai isteri, tang tu sia kena paham. Pada sia, itu tidak menjadi masalah. Jadi, kami sama-sama setuju untuk kriteria yang ini.

2. Apabila kriteria pertama telah mengambil kira belah En. Suami, kriteria kedua haruslah mengambilkira keperluan si isteri kan? Kami ni kunun-kununnya ada cita-cita untuk membawa mak pak sia tinggal bersama, jadinya, kalau sudah ada perancangan yang sebegitu, haruslah rumah itu besar sedikittttt… Bukanlah banglo ya!

3. Apabila telah menetapkan harus berdekatan dengan rumah in law sia, haruslah rumah itu di sekitar ibu kota ya puan-puan… Bila bercakap pasal ibu kota dan mahukan rumah yang besar sedikittttt, sendiri mahu ingatlah harganya kan puan-puan? Jadi, kami telah membayangkan bahawa rumah itu mungkin akan berharga sekitar RM200-300k.

4. Kami juga inginkan rumah kami itu hanya setingkat sahaja. Bermaksud, kami tidak mahukan ada tangga di rumah kami.. Hehhehehe… Manyak cekadak betul!

5. Jadi bila sudah disenaraikan 4 kriteria di atas tu, kami rasa kami tidak banyak pilihan untuk membeli rumah yang bagaimana. Setelah di tinjau-tinjau harga pasaran rumah pada tahun kami membeli (tahun 2008), kami mungkin hanya mampu membeli samada kondo ataupun rumah teres 1 tingkat 2nd hand di sekitar Taman Melawati.

6. Dan setelah difikir-fikir dan ditimbang-timbang, kami tidak prefer rumah 2nd hand sebab malas mahu memikirkan hal-hal berkaitan dengan renovation untuk membaikpulih setelah membelinya kelak. Duit lagi tuh!

Setelah menyenaraikan kriteria-kriteria yang di atas ni, kami pun mulalah survey rumah-rumah di sekitar ibu kota…. Survey punya survey, seorang daripada rakan kami cadangkan kami melihat-lihat rumah yang telah kami beli sekarang ni. Masa kami survey tu, kami ni antara pembeli yang last-last lah jugak. Jadinya, harga pun ada sedikit mahal berbanding masa projek tu mula-mula launch. Tapi, memandangkan banyak kriteria yang kami tetapkan dipenuhi, kami tidak berlengah dan terus duduk berbincang bagaimana untuk mendapatkan duit untuk membayar deposit, berkira-kira akan bayaran bulanan yang perlu kami bayar sekiranya kami jadi membeli rumah tersebut dan memerah otak memikirkan samada kami yang hamba sahaya ini mampu hidup apabila sudah perlu mula membayar ansuran bulanan rumah tersebut.

Maka bermulalah proses mengeluarkan duit yang tidak sebanyak mana itu. Dimulakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM1k. Kemudian, mencari-cari bank yang menawarkan interest pinjaman perumahan yang paling rendah, skim terbaik dsb nya. Menjenguk-jenguk akaun ASB, ASW, Tabung Haji, KWSP… Habislah semua dijenguk dan dikorek untuk membayar deposit 10%. Habis hampir papa kedana jugaklah kami masa membayar deposit tu…. Huhuhuhu…..


Macam sudah terlalu panjang jak entry ni.. Samb next entry k!




Tuesday, February 22, 2011

Lunch bersama di hari bekerja?

2 orang pot pet
Teringat dulu-dulu, kalau MC, badan ini masih larat untuk menjaga budak cenonet a.k.a minah kenit si Aimee tuh. Tapi, semenjak mengandung yang kedua ni, ya Rabbi! Tiap kali MC, tiap kali tu jugaklah si Aimee pun akan dihantar jugak ke rumah in law sia untuk dijaga oleh pengasuhnya. Entahkan kenapa, kali ni sia memang sangat-sangat lembik bila datangnya muntah-muntah yang sangat dasat yang sampai boleh buat terkencing-kencing itu.

Dijadikan cerita, kemarin sia telah MC sebab malamnya sia telah mengalami muntah-muntah yang seperti sia cakapkan di atas. Sampai terkencing-kencing ko! Sudahlah waktu tu baru sangat-sangat sampai di rumah mertua sia. Apa lagi, dan dan lepas muntah, sia terus ajaklah En. Suami balik. Seluar semua habis basah lencun ok! Ada hati lagi mau tunggu? Mahu tunggu sampai orang terbau ala-ala hancin? Sudah tentu tidak!!!! MOh kita balik dengan segera!

Sebagai En. Suami yang baik hati, tengahari pasti dia akan telefon bertanyakan apa yang si orang sakit mahu menikmati untuk makan tengahari (breakfast x dapeklah, brunch trus!). Semalam pulak, sia tidak terasa-rasa mahu makan apa-apa, jadinya sia ajak ke Taman Tasik Titiwangsa untuk beli buah-buahan potong saja. Dapatlah mangga 2 bungkus, nenas sebungkus, tembikai sebungkus dan betik sebungkus. Walla! Sia memang sukalah buah-buahan potong di Taman Tasik Titiwangsa ni, bubuh kicap sedap, bubuh serbuk asam pon sodap!

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba sia terdetik ~Ish! Kalau aku tidak makan sekarang, petang kalau lapar macam mana? En. Drebar takdak, macam mana mau cari makan?”~ Jadinya, sia pun berbunyik “Hmmm.. bolehlah bang, kita pegi Pizza Hut lah” Lepas tu En. Suami pulak berbunyik Mahu bawak Aimee sekali?” Dalam hati tiba-tiba teringat rasa bersalah dengan budak kenit kumari tu “Cuba call pah dulu, kot-kot Aimee tengah tido. Kalau dia jaga, bolehlah bawak dia skali”. Kesian budak kecik tu… Mama dia ada di rumah, tapi dia tetap dihantar ke rumah onyangnya. Kalau dulu-dulu, walaupun mamanya MC, pasti mamanya akan jaga dia di rumah saja. Masih mampu layan dan mandikan dia. Kesian anak mama.

Mudah-mudahan Aimee faham ya sayang… Mama kali ni memang tidak larat sangat-sangat… Sebagai denda, jom mama belanja makan Pizza ok!

Bukan main happy budak kecik tu dapat lepak dengan mama dengan ayahnya di Pizza Hut tengahari kemarin. Sampaikan masa mama sedang-sedang meng ‘order”, dia pun sama naik meng ‘order’. Siap pandang ke waitress tu sambil tunjuk ke gambar pizza Ring of Fortune tu sambil cakap “Aimee suka ni. Aimee nak ni! Aimee nak ni!” Si mama dengan ayah pun terkejut! Sejak bila pulak minah kumari ni pernah makan pizza Ring of Fortune ni? Tapi, memandangkan hanya si mama yang akan makan (si ayah dengan si minah kumari sudah siap sedia santap sebelum tu), maka kami order pizza personal dalam Hut’s Power Meal saja, ditambah dengan Garlic bread dengan Extra Large Criss Cut Fries dan air milo ais seperti biasa!

Dan seperti yang dijangkakan, hanya si mama seorang yang makan pizza tu. Si ayah tolonglah makan sekeping. Si minah kumari yang dok sibuk order Ring of Fortune? Heh! Dia makan fries saja. Itu pun alahai, sikit bebenor… Celah gigi! Nasib baik kami tidak order (dasar mama dengan ayah kedeks!).

Apa-apa pun, kami anak-beranak happy dapat lunch bersama kemarin. Lepas lunch, kami hantar Aimee balik ke rumah onyangnya, mama balik rehat di rumah dan si ayah kembali ke pejabat menyambung kerjanya.

Dan malam tadi, patutnya si ayah pergi bermain badminton, sekali lagi dibatalkan sebab rancangan yang tidak dirancang mengemas rumah secara besar-besaran telah berlangsung malam tadi. Dan sekali lagi, kami anak-beranak bertungkus lumus mengemas dan mengangkat barang-barang bersama-sama. Si minah cenonet tu sudah besar rupanya! Dia sudah sangat boleh diharap ok! Dia pun sama sibuk mahu menulung mama dengan ayahnya. Haiii anak mama nak seorang ni. Sudah besar rupanya!

Lepas penat berkemas bagai, mandi, makan baki pizza tengahari tadi, tengok TV bersama-sama dalam bilik (wah! TV dalam bilik ko!) dan tidurrrrrr (mama tidur dulu sebab itu anak beranak 2 orang masih bertenaga menonton TV bersama-sama..huhuhuhu)…. Sia sangat gembira dengan hari kami anak-beranak kemarin! I love both my hubby & my lovely daughter! Muahhks!

Layan gambar kami di Pizza Hut tengahari tadi...




Thursday, February 17, 2011

Senarai kedai baju ibu mengandung (list of maternity shops)

36 orang pot pet

2 hari lepas selamatlah sudah pencarian baju bajan baru untuk si mak buyung… Selesai semuanya daripada baju, seluar, kasut, yang dalam2 tu, guna yang lama punya, sudah! Hahahahhahaha…

Teringat dulu-dulu masa kali pertama mengandung, penat jalan pusing-pusing mall untuk cari baju bajan yang sesuai, selesa dan ngam dan sedap mata sendiri memandang. Puaslah tawaf semua kedai untuk cari baju bajan sampai letih-letihlah mak buyung… Ke Niichi la, ke Modermum la, ke MotherClub la… Makan masa jugaklah untuk dapatkan semua barang-barang baju bajan tu.

Tapi, orang cakap, pengalaman mendewasakan kan? Jadi, bila mengandung kali kedua ni, mudahlah sikit proses mencari baju bajannya… Tidaklah perlu ditawaf semua kedai kecuali untuk cari seluar, sebab kununnya mahu mencari yang lebih selesa lahh…. Tapi, akhirnya ku berpaling semula juga ke Jusco setelah kuciwa setelah pencarian ke kedai-kedai lain gagal!

Jadinya, memandangkan ilmu pasal kedai-kedai yang jual baju bajan ibu mengandung telah ada (sikit laaaaa), teringin lah dikongsikan dengan pembaca-pembaca tersayang.. Manalah tau ada yang kali pertama mengandung. Tapi, ini ikut si mama glam punya preference la ya.

Ok, kita mula dengan senarai kedai-kedai yang menjual barangan ibu-ibu mengandung dulu ya (list of maternity shops), lepas ni sia cerita pasal kedai-kedai preference sia pulak:

1. Miki Mom
Sepanjang penglibatan sia dalam pencarian baju ibu-ibu mengandung, sia hanya tahu branch yang di Isetan KLCC (2nd Floor) saja. Branch lain, kurang pasti la pulaknya.

update 29.04.2011: Ada jugak branch di PDI IKano

update 24.02.2012: Ada jugak branch di PDI JUsco Bukit Tinggi

Kalau di sini, sia suka design baju-baju dan seluar jeansnya. Kadang-kadang kalau bernasib baik, dapat jugak seluar-seluar kerja yang cantik designnya.

Dari segi harga, agak mahallah. Macam baju, biasanya harga standard RM99 sehelai. Seluar pulak, dalam RM139 dan ke atas. Tapi, kalau dapat beli masa sale dan potongan sampai 70%, memang masyuk lah!


2. Modermum
Baju bajan mengandung jenama ni ada banyak branch merata KL ni. Tapi, yang paling sia suka pergi adalah branch KLCC, sebabnya, dekat dengan kedai yang No.1 di atas tu.. Duduknya pun di Floor dan wing yang sama.. hehehhehe… Branch lain yang biasa sia pergi selain KLCC adalah Midvalley dan Ampang Point.

Kasut adalah barang yang paling sia suka untuk dibeli di sini. Baju bajan, kurenggggg… Tidak menepati citarasa sialah…

Harga baju bajan di sini, lebih kurang macam harga di Miki Mom, dan ada jugak yang lebih mahal lagi. Kalau tang kasut pulak, harganya adalah lebih kurang RM139 dan ke atas. Pada sia yang sangat mementingkan keselesaan, berbaloilah! Cuma 1 saja yang sia tidak berapa berpuas hati dengan kasutnya, tapak dan tumitnya memang senang haus. Jadinya, mungkin selepas memakainya selama 2-3 bulan, perlulah dihantar ke tukang kasut untuk ditampal/ditukar baru tapak dan tumitnya. Itu tidak kisahlah, yang penting dalaman kasut tu memang selesa habis! Sampai perut hampir-hampir meletop pun memang selesa dipakai!

*Credit pada kak Aishah yang recommend kasut jenama ni. Memang tidak kucari jenama lain sudah! Tq k aishah!


3. MotherClub
Jenama ni pulak ada banyak jugak branch merata di KL ni. KLCC ada, Midvalley ada, Metrojaya Bukit Bintang ada…

Kedai ni menjual baju bajan mengandung dan baju untuk ibu-ibu yang menyusukan badan anaknya.

Dari segi harga, lebih kurang lah jugak dengan jenama yang dua-dua di atas ni.

*Berapa kali pusing kedai ni, selalunya sia akan keluar dengan tangan kosong, sebab, designnya pada sia kurenggggg..


4. V-Mum Maternity Concept
Yang kedai ni pulak, sia baru tahu masa mengandungkan anak yang kedua ni. Bila search di internet, rupanya ada banyakkkkkkkkkkkk branch. One Utama ada, IOI Puchong ada, Sungai Wang, Sunway Pyramid dan banyak lagi.

Hari tu sia pergilah jugak round branch yang di One Utama. Banyakkkkk jual baju, tapi, kebanyakkannya yang tiada lengan. Yang berlengan pendek kurang banyak, makanya yang lengan panjang sudah tentulah amat sedikit bilangannya. Jadinya pada orang-orang yang tidak berapa suka memakai 2 pieces baju, bukanlah kedai kegemaran jawabnya. Tapi, dari segi design, boleh tahanlah. Tang seluar pulak, hmmmmm.. kurengggg…

Bila bercakap pasal harga, ala-ala ketiga-tiga kedai di atas itu jugaklah… Jadinya, kunjungan sia ke kedai tersebut, memang tidak ada membuahkan hasil…


5. 9 Months
Ni dulu kedai kegemaran sia dengan Ninie dan Ainul masa minah 2 orang tu mengandungkan anak pertama.. Masa tu sia ni sekadar peneman kepada 2 orang mak buyung tersebut, kah Puan Driver untuk dua orang mak buyung tu ya? Pikir sekejap… Ya! Ya! Masa tu sia menjadi driver merangkap teman bershopingan…

Di kedai ini kebanyakkan baju bajannya (kah boleh sia katakana hampir semua?) diperbuat daripada cotton jersey yang sangat selesa. Jadi, bagi yang mementingkan keselesaan baju yang lembut dan sejuk, ini memanglah kedai yang paling bersesuaian! Sia ingat lagi masa sia teman mak buyung yang 2 orang tu, sia sendiri keluar dengan baju bajan mengandung walaupun masa itu sia belum mengandung lagi. Wooooow! Melampau kan? Tapi, sebenarnya, baju-baju yang dijual di sini boleh jugak dipakai oleh orang yang tidak mengandung, serius selesa. Bagi yang suka seluar yang diperbuat daripada cotton jersey, ada jugak dijual di sini ya!

Dari segi harga, sama jugaklah macam keempat-empat kedai yang sia senaraikan di atas. Mungkin ada yang rasa tidak berbaloi? Hmmmm, kalau sia pun, sia datang beli masa diorang buat sale, barulah berbaloi! Hehehhehehe….


6. Jusco Maternity
Yang ini memang paling mudah untuk dicari. Pergilah mana-mana outlet Jusco, mesti ada bahagian maternity ni. Tapi, banyak-banyak outlet, sia paling suka pergi outlet Jusco Wangsa Maju. Kedainya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Barang-barang pun banyak. Pada yang rajin berjalan banyak, bolehlah cuba outlet Jusco One Utama atau Jusco Bukit Tinggi. Besar gilos! Tidak laratlah sia mau round sebesar itu!

Jusco Maternity ni, sia paling suka beli seluar kerja. Pada sia designnya ok berbanding kedai-kedai lain yang sia senaraikan. Tapi tang seluar jeans, kurenggg. Tang baju pulak, kalau bernasib baik, ada jugak yang cantik.

Bab harga pulak, pada sia sangat berpatutan la kalau mahu dibandingkan dengan kualiti barangannya, dan memang jauh lebih murah kalau mahu dibandingkan dengan jenama-jenama yang disenaraikan di atas tu. Bolehlah dapat dari semurah RM39.90. Paling mahal pun rasanya dalam RM59.90. Berbaloi-baloi kan?


Ok, keenam-enam kedai di atas ni adalah antara kedai yang pernah sia kunjungi untuk mencari baju bajan mengandung. Lain daripada di atas, sia kurang pasti.

Jadi, selepas pengalaman kali kedua mengandung, sia buat kesimpulan di bawah ni:

1. Untuk kasut, sia memang selesa dengan jenama Modermum. Jadi, kali pertama dan kedua ni, memang hanya jenama ini sajalah yang sia pakai sepanjang mengandung, sampailah habis pantang (al-maklumlah, masa pantang kan kaki mungkin masih bengkak lagi)

Bawah ni kasut yang sia pakai masa mengandungkan Aimee dulu:



Dan yang bawah ni pulak, kasut yang sia baru beli hari Ahad hari tu untuk dipakai masa mengandung pada kali ini. Ala-ala peep toe kan? Tapi, version rendah... hehhehehe:


2. Untuk baju kerja, sia pilih jenama Miki Mom walaupun harganya agak membebankan. Designnya pada sia lebih korporat berbanding jenama-jenama lain. Lagi 1 yang sia suka, baju-bajunya juga boleh dipakai walaupun selepas bersalin. Designnya tidak terlalu tipikal seperti baju-baju ibu mengandung jenama-jenama yang lain.

Selain daripada itu, sia juga cadangkan kamu-kamu menjengah ke butik Niichi yang kedainya juga ada merata-rata di KL ni. Walaupun butik ini tidak menjual baju-baju ibu mengandung, tapi banyak baju-bajunya yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang mengandung. Harganya pun ok dalam range RM49.90 ke atas. Lokasi kedai? Sia suka pergi branch di Maju Junction, Jusco Bukit Tinggi atau Midvalley.

3. Bagi seluar kerja, sia pilih Jusco Maternity brand Scarlet. Pada sia jenama ni berkualiti dan harganya pun berpatutan. Lagipun, sia tidak suka pakai seluar slack (yang jenis kain lembut tu), sia lebih prefer pakai seluar yang kainnya ala-ala khakis macam tu. Jadi, di Jusco ni, memang ada banyak pilihanlah kalau bagi yang suka jenis kain ala-ala khakis ni.

4. Bagi baju untuk berjalan-jalan, sia pilih jenama 9 months. Bajunya selesa. Tapi, pada yang tidak suka baju jenis melekat ke badan, jenama ni kurang sesuailah. Jadi, boleh pilih Niichi dan Miki Mom atau V-Mum (kalau kamu-kamu rajin pakai baju 2 pieces la).

5. Untuk baju berjalan-jalan, sia paling suka jenama Miki Mom untuk jeans. Kalau untuk jenis yang kain lembut, sia prefer jenama 9 months. Jenama yang lain, terus terang sia cakap, sia kurang berkenan dengan designnya. Sangat tipikal fesyen-fesyen ibu mengandung.


Jadinya, itu sajalah rasanya yang boleh sia kongsi dengan kamurang pasal ilmu baju bajan ibu mengandung. Kalau ada yang sudi tokok tambah, silakan ya! Sharing kan is for caring….




Monday, February 14, 2011

Pakaian ibu mengandung & kereta mainan baru untuk si minah kumari

4 orang pot pet
Bila perut makin membesar, mulalah kepala memikirkan baju bajan yang lebih menyelesakan dan bersesuaian dengan saiz perut dan badan yang membesar.. Lagilah bila mengandung anak kedua, tahu tahu sajalah, perut memang sangat cepat membesar berbanding masa mengandungkan anak pertama dolu-dolu… Kalau masa Aimee dulu, masa empat bulan, baru nampak sikittt perut tu… Kiranya, masa perut 5 bulan macam tu, barulah rasa sangat-sangat tidak selesa berbaju kurung.. Masa anak kedua ni, peut ni baru 3 bulan setengah, sudah terasa-rasa tidak sabar mahu menukar uniform…

Hari tu masa mula-mula tahu perut ni membawa anak, sia awal-awal cakap dengan En. Suami “Kali ni tak banyak kot duit perlu dikeluarkan untuk sambut anak kedua ni. Mungkin setakat baju new born dan pampers new born je kot. Dan sikit-sikit baju baru untuk mama tu pun kalau perlu, sebab baju2 lama ada lagi rasanya (dalam kepala membayangkan masih ada baju-baju dulu)”.

Dijadikan cerita, selepas duduk lama bertapa dalam rumah malas mahu berjalan-jalan sebab tidak berasa mahu window shopping, baru-baru ini En. Suami dok sibuk ajak pusing shopping complex dan kedai-kedai kecik menjual barangan mainan budak untuk carikan si minah kumari kereta mainan. Sehingga ke hari Jumaat lepas, tidak juga bertemu…. Dan memandangkan atuknya sudah hulurkan duit untuk membelikan cucunya kereta mainan tersebut, itu bermaksud “Cepatlah belikan budak tu kereta mainan tu, jangan tangguh lagi, pi rajin sikit carikan cucu aku mainan kesukaannya”, makanya, En. Suami pun beriya-iya ajak pusing untuk cari jugak mainan minah tu kemarin.

Alang-alang keluar cari mainan si minah kumari, si mama pun terfikirlah untuk shopping barang sendiri.. Jadinya, sebelum keluar rumah tengahari tu, sia pun selongkar-selongkarlah almari cari “barang-barang dan pakaian-pakaian lama” yang kononnya masih boleh dipakai masa mengandung kali ini. Tapi….. Tidak berjumpa ok! Kasut takdak (baru teringat telah dibuang masa berpindah rumah bulan 7 tahun lepas, dengan alasan, untuk kurangkan volume barang-barang yang perlu dibawa ke rumah baru), baju adalah sehelai dua… Seluar, langsung takdak jugak yang boleh dipakai untuk ke pejabat dan keluar berjalan-jalan (baru teringat semuanya sudah diberikan kepada penjaga Aimee si Fitri yang dulunya mengandung masa menjaga si Aimee tu)… Uwaaaaaaa!!!!!! Alamatnya kena beli jugaklah semuanya! Huhuhuhu…

Lepas tawaf Jalan Raja Laut cari kedai mainan dan tidak berjumpa kereta si minah kumari, kami terus ke KLCC sebab di situ terdapat 2 kedai kegemaran si mama untuk beli baju bajan masa mengandung iaitu, Miki Moms di Isetan untuk memborong baju dan seluar dan Modernmum untuk membeli kasut maternity yang sangat-sangat selesa dipakai semasa kemengandungan.

Sebelum menuju ke kedai kegemaran mamanya, haruslah menuju ke kedai-kedai yang menjual barang mainan kanak-kanak dulukan.. Kami ke Toys R Us… Heh! Hampeh! Takdak yang berkenan. Ada yang bukan main punya mahal, tapi tidak sesuai dengan spect spect yang telah ditetapkan. Jadinya, teruslah kami shoot ke kedai-kedai si mama.. Kami ke Miki Mom dulu… Dapatlah si mama sehelai seluar jeans dan 3 blouse. Lepas tu, teringat pulak mahu membelikan si toddler nan seorang tu bantal baru dan pengetip kuku baru. Puas capai sana sini, masa untuk membayar…. Hah! Ambik! Setakat 7 barang termasuk extra pillow cover untuk bantal baru si minah kumari, gitu gini semua sekali RM500++…. Haiyoooooo! Kunun tidak perlu keluarkan duit banyak? Tu belum masuk seluar kerja dengan kasut lagi tu…. Haiyoyoyoyo….

Lepas dengan tidak rela hati keluarkan duit bayar barang-barang di Isetan tu (tiba-tiba terasa rugi betul tidak keluar shopping masa Sale CNY hari tu!), kami terus ke Modernmum cari kasut untuk si mak buyung. Takdak saiz! Jadinya kami ke branch di Ampang Point, dapatlah saiz untuk kasut yang disukai, Melayang RM169 untuk sepasang kasut mengandung, si minah kumari pun sudah selamat terlelap dalam kereta.. Zzzzzz….

Lelap tidak lelap, si ayah beriya-iya jugak tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan membuat keputusan untuk membeli saja kereta mainan yang sudah kami usha di Jusco hari tu. Itu yang terbaik antara yang tidak best.. Jadilah…. Penat sudah kaki mama dengan ayahnya ni.. Macam mau tercabut tulang kaki rasanya…

Tepat jam 7.15 malam, sampailah kami ke rumah in law sia. Mama happy (sebab dapat baju bajan baru walaupun belum cukup lagi.. hehehehe), ayah happy (sebab dapat pulang dengan kereta mainan anaknya… Sila nyanyi lagu “Papaku Pulang Dari Kota” tapi tukar lirik “warna merah” ke “warna hijau pink”.. hehehhe) si minah kumari pun happy (mestilah sebab dia dapat kereta mainana baru kan?) dan yang paling gumbira sekali, sudah tentulah pihak sponsor a.k.a atuk Aimee sebab cucunya sangat suka akan kereta mainan baru tersebut… Alhamdulillah.. Semua happy! Berbaloi kepenatan kami kemarin! Yeah!

Aimee bersama kereta barunya


p/s: Ayah, bila mau sambung misi mencari seluar kerja untuk mama ni?

Monday, February 7, 2011

I'm really sorry again =(

6 orang pot pet
I remembered last time I used to say this to any newly married couple friends who were expecting their 1st baby “Ko gunakan sebaik-baiknya masa ko mengandung anak pertama ni. Kau akan dilayan bak permaisuri etc.” When I said that, I really meant it because I had experienced it when I was carrying Aimee last time. I feel so happy at that time. I rarely feel sad. I don’t know whether it is because of the 1st class treatment that my hubby gave me, or is it because of the good hormone/good mood that I get due to my pregnancy at that time.

And back to the advice that I’ve given to my friends, now I myself found it is so true! I don’t know why, when I first got to know that I was pregnant, I wasn’t as happy as when I got to know that I’m carrying my 1st baby. 1st, it was because of some people who sounds like don’t like that we are expecting our 2nd baby. They sound like we were too early to have a 2nd baby. As a woman who already pregnant, what will you feel if people say that to you? Of course you will feel upset right? Me to at that time feel so guilty and feel like am I burden anybody for expecting my 2nd child? Is true that I shouldn’t expect to have my 2nd baby at this time of point? Lot of things bugs my head at my early pregnancy. I’m so down and don’t feel like seeing people. To make things worst, I had all these pregnancy sickness that is soooo bad which makes me so unhealthy all the times. Due to that, I’m not so into doing my normal housework, I can’t even drive myself to office and have to burden hubby to send and fetch me from office, I also have to burden him to send me to clinic for every month check up, he also need to be burden for taking care of our Aimee alone, and the list of burdens that I had given him will go on and on and will never ending for how long.

You know, when you feel like burdening your other half, you for sure will ask him whether he’s ok with the current situation, and he as your other half, for sure will say “Takpe, abang faham” or “Janganlah risau apa-apa, takde apa yang tak ok” or “Janganlah fikir yang bukan” or any other consoling words that we ourself don’t know whether they realy meant it or just to sooth you so that you wont be unhappy.

Carrying my 2nd baby, I admit that I was super duper sensitive that sometimes I myself feel like I might be getting other people’s nerve for anything that I did. And I don’t know why, I seriously not so happy compared to my 1st pregnancy. I was so so sad that sometimes I feel like crying in my bathroom. I feel like I am a burden to all the people around me, my other half, my family, my friends and everybody that I know. For all people around me, I am so sorry for burdening you all… I am just really didn’t meant to do that to you all… I’m really sorry =(


Wednesday, February 2, 2011

Alahai sayangku...

0 orang pot pet

Lama rasanya tidak update cerita pasal minah kumari kan?

Jadinya, hari ini entry memang khas pasal minah kumariku sayang... Tapi, tidak mahu bebel-bebel, layan gambar cukuplah kan?

Gambar dia atas ni adalah gambar bersama rakan sebayanya a.k.a anak kepada kawan baik Auntee Na nya, Auntee Ainul. Kawan Aimee ni namanya Marissa. Sedap kan nama kawan Aimee ni?

Diorang ni memang jarang berjumpa, tapi tiap kali berjumpa, entahkan bagaimana, macam sudah klik pulak. Mungkin sebab nama pun rakan sebaya kan, ataupun, darah kawan-kawan tu sudah sebati mengalir dari Auntee Na nya sampailah ke generasi diorang berdua ni. Bila tengok diorang berdua gaduh ala-ala manja, memang seronok!



Atas ni pulak gambar Aimee dan kakak Salsabila.. Salsabila ni anak kepada rakan sepejabat sia. Gambar ni diambil masa kami ke Langkawi beramai-ramai hujung bulan 12 tahun lepas. Aimee bukan main suka dengan Salsabila ni. Sepanjang berada di Langkawi tu asyik "kakak! kakak! kakak!" (panggilan Aimee pada kakak Salsabila kesayangannya). Sangat manja ok!


Atas ni pulak antara hobi Aimee bila berada di rumah. Tolong ayahnya sidai baju... Dia memang pantang tengok ayahnya menyidai baju, dia mesti sibuk samalah... Tengoklah betapa bersungguhnya minah kumari tu! Harap-harap sampai ke besarlah hobi tu berkekalan... Senang kirija ayah... Heeeeeee....



Sebagai anak perempuan, Aimee sangat-sangat rapat dengan ayahnya. Sangat-sangat manja, senanng cerita memang anak ayahlah. Serba serbi ayah... Nak makan, ayah.. Nak mandi ayah... Nak tengok TV ayah... Semuanya kalau boleh akan ditariknya tangan ayahnya untuk ikut sama semua aktiviti yang dibuatnya...


Bagaimanapun, bukan bermaksud mamanya tidak diperlukan... Perlu... Untuk masa tidur, CICU (terjemah: susu).. hahhahahha.... Mungkin sebab mama dia asyik cakap "NO", "TIDAK" "NA.. NA.. NA", jadi dia lebih suka lepak dengan ayahnya, sebab kebanyakan benda yang dia minta, boleh dapat, tidak banyak songeh macam si mamanya...


Apa-apa pun, Aimee tetap anak mama dan ayah! Anak kesayangan mama dan ayah!
Atas ni gambar terkini Aimee... Dia sekarang pantang tengok kamera... Suka! Sangat suka bergambar! Paling best, dia suka bila ayahnya ambik video masa dia menyanyi... Lepas tu, mulalah dia akan balik-balik mintak ayahnya tunjuk video tu... Sangat cute tengok dia nyanyi lagu burung kakak tua dengan lagu balloon.... Mamanya ni tidak pandai upload video masuk dalam blog ni.. So sayang! Kalau tidak, boleh kamurang berlibur tengok dia menyanyi.. hehhehhe


Last but not least, saat yang paling sia suka tengok adalah, masa minah kumari ni tidur... Soooo cute! Budak kan? BIla tidur sajalah dapat kita belek-belek, cium-cium, peluk-peluk... Haiiiii.... sayang mama dengan ayah nan seorang ni...




Thursday, January 27, 2011

Kurang & Sedapppp!

5 orang pot pet
Setelah lama bertapa malas mahu mengupdate blog (serius tidak tahu mana itu mood menghilang). Mahu dikatakan sibuk, tidaklah jugak.. Buat-buat busy jak pun.. Tapi, mood untuk menulis tu, haiiiii… ke lautt...

Oklah, entry hari ini saja mahu kongsi dengan kamurang antara makanan-makanan yang telah kami makan di merata-rata tempat (tidak ingat bila.. Yang penting, ianya adalah sepanjang tempoh sia mengandung anak yang kedua nil ah… barulah jugak tu kan? hehehhhe)

Lebih baik kalau sia kongsi makanan yang kurengggg dulu kan?

Nama restoran: Big Brother Restaurant & Grill @ Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damasara, PJU5, 47810, Selangor


OK, apa yang kami order?

Hah! Lengkap dengan harga semua. Ada alamat dengan no. telefon lagi. Senang kan!

Sia bagi la 3 gambar makanan yang kami pesan…

Sausage Mashed Poatato untuk budak kecik si Aimee...

Ham carbonara Spagehti untuk si mama..

Avalanche, sebagai pencuci mulut..


KOmen ikhlas daripada sia, rasa makanan memang kurenggggg… Harga tu memang tidak boleh komen lebih-lebih la kan sebab masih murah kalau mau dibandingkan dengan restoran-restoran barat yang mahal-mahal tu. Tapi, rasa tidak berbaloi sebab rasa makanan tu sangat-sangat tidak mencapai standard minima yang sia harapkan. Sia pun tidak paham kenapa Serina dalam rancangan JJCM tu cakap makanannya sedap. Serius tidak seperti yang diwar-warkan.

Tidak tahu mahu komen lebih-lebih, yang penting, sia memang pasti tidak akan kembali. Mungkin ada pelanggannya yang ok dengan rasa makanan tu, tapi bukan sia dengan En. Suami, sebab kami pernah pergi restoran yang harga lebih murah dan rasa memang umppphhh! Sorry kalau pemilik restoran ni ada terbaca, ini serius komen ikhlas sia sebagai seorang pelanggan. Jadi, kalau agak-agak anda telah meningkatkan mutu makanan anda, boleh hubungi sia balik, sia tidak teragak-agak untuk mencuba kembali, sebab setahu sia, restoran ni milik orang Melayu, jadi apa salahnya kalau kita cuba menaikkan nama orang Melayu kan?



Yang di bawah ni pulak, adalah restoran makanan barat yang sia cakap lebih sedap berbanding restoran di atas.

Nama restoran: Arima Classic Western Food.

Lokasi: Belakang Jusco AU2, Setiawangsa. Eh! Sebenarnya, ni bukan restoran tapi, gerai-gerai makanan di belakang Jusco AU2, Setiawangsa.


Memang ianya terletak di deretan gerai sahaja.... Tapi, gerai-gerai di sini alhamdulillah, tidaklah kotor persekitarannya..

Mula-mula dulu, BFF sia si cik Suhaini yang perkenalkan tempat ni. Masa tu, sia pesan Fish & chip saja. Dengan harga tidak sampai RM15 (tidak ingat harga yang tepat, rasanya lebih kurang RM12 kot), rasanya memang memuaskan hati. Disebabkan itu, bermulalah sia pula menjadi duta tidak berbayar kepada kedai ini dan menyebarkan berita kesedapan makanannya kepada rakan-rakan dan keluarga yang teringin makan makanan barat yang halal dan murah. Dan tidak pernah tidak, setiap kali sia dengan En. Suami teringin makan lamb Chop, memang di sinilah lokasi yang akan kami tujui. Dengan harga tidak sampai RM15 (pun tidak ingat harga yang tepat), rasanya memang malatop!!! Berbaloi-baloi!

Nah! Bawah ni gambar lamb chop yang sempat sia ambil, tapi minta maaf banyak-banyak, memang tidak jelas sebab nama pun makan di gerai, pulak tu open air, lighting tarak cukup lorrrrrr…. Lain kali kalau sia pergi lagi ke restoran ni, sia akan cuba makan dalam restoran dan ambil gambar yang lebih sempurna untuk tatapan kamu-kamu semua ya. Tapi, percayalah, memang sedapppp!




Wednesday, January 19, 2011

Perut makin besar kottttt

3 orang pot pet
Tiba-tiba teringat.....

Dulu-dulu, masa muda-muda, masa baru-baru kahwin, makan punyalah sedikit.....

Kalau makan pagi tu, kadang-kadang, tidak perlu nasi lemak pun tidak apa.. Dapat makan kuih barang sebiji dua dengan air kosong pun cukup... Kenyang sampai ke tengahari...

Kalau makan nasi lemak pulak, paling lebih setakat berlaukkan telur mata sebijik pun sudah kenyang macam apa.. Pulak tu, kalau set yang macam ni, memang confirm lah hanya akan digandingkan dengan air kosong semata-mata... Itupun, tengahari pun masih kenyang dan selalu di skip kan saja lunch tu dan postpone ke malam terus....

Makan tengahari pulak, selalunya sia akan makan nasi separuh berlaukkan sayur tanpa sebarang lauk (ikan, sotong, ayam, ketam dsb). Biasanya sia paling suka ambil sayur dengan tempe, atau tauhu, atau apa-apa saja yang selain daripada lauk-pauk. Air pulak, memang air kosong la... Kalau ambil lauk pulak, memang jaranglah ambil sayur-sayuran... Senang cerita, dapat makan nasi dengan 2 jenis lauk sayuran pun memang cukup sangat-sangat... Tidak berani tambah banyak-banyak... Takut perut meletop!

Cerita malam pulak, kadang-kadang saja makan nasi... Selalunya beli yang ringan-ringan macam kuay tiaw ka, bihun goreng ka, sup kah... Kadang-kadang, skip terus pun ada!

Bila fikir-fikir balik, pelik pulak... Berapa kecik lah perut si mama glam dulu-dulu sampai makan bukan main seciput... Sampai selalulah orang-orang yang makan dengan sia terutamanya masa makan tengahari akan mempertikaikan kenapa sia tidak mengambil lauk dan hanya memakan sayur-sayuran semata... Hadoilah... *Teringat pulak kawan-kawan UTM dulu-dulu paksa makan ikan sebab masa tu sia jarang betul makan lauk-pauk dengan nasi*


Situasi Sekarang pulak? Lagi-lagi bila sudah beranak dan menyusukan anak....

Kalau makan pagi tu, ala-ala wajib nasi lemak dengan 2 lauk... Setakat lauk telur mata tu sorry! Musti mau 2 lauk baru cukup! Kalau di pejabat tu, selalunya lauk paru dengan sotong la.. Kalau weekend pulak, selalu order pada En. Suami lauk paru dengan daging... Kalau kebetulan 1 hari tu En. Suami balik dengan setakat berlaukkan telur mata, mulalah muncung tu panjang sedepaaaaaa.... Protes! Makan pun tidak habis! Kalau makan di kedai, siap order MIlo ais satu! Fuh! Memang heaven habis lah! Kalau dapat tambah dessert kuih-muih macam cekodok atau donut, lagi mantap! Syurga dunia ngko!

Hah! tu cerita makan pagi... Lepas-lepas makan nasi lemak berlaukkan 2 jenis tu, agak-agak tengahari bolehkah kenyang dan skip kan ke malam? Hahhahahahaha... Jangan harap!

Tengahari punya cerita, lain pulak ok!

Tengahari mesti mau makan nasi jugak. Malam pun sama. Tiada satu waktu makan pun yang akan ter miss. Lauk pulak mesti ada ikan ka, ayam ka, udang ka, sotong ka, tambah pulak dengan apa-apa jenis sayur, tambah pulak dengan lauk-lauk lain macam tempe ka, tauhu ka... Senang cerita, sekurang-kurangnya 2 jenis lauk, kalau lapar lebih sikit, tambah lagi 1 atau 2 lauk... Huhuhuhuhuu... Memang makan macam orang kerja buruh kasar, kah kalah lagik? Kadang-kadang budak sepejabat ni pun pelik dengan tabiat makan sia yang asyik lapar tu. Tapi, mana-mana yang pernah bergelar ibu tu, pahamlah... Paling-paling ayat yang diorang keluarkan "Biasalah tu... Ibu menyusukan anak memang macam tu. Banyak perlu tenaga nak hasilkan susu tu"

Hmmmm.. BIla fikir-fikir balik, mungkin betul juga kata-kata kawan-kawan yang telah berpengalaman menjadi ibu ni.. Kah setakat untuk sedapkan hati sedap sebenarnya perut tu memang sudah membesar bagai juara? Tapi kan, betullah... Sia ni memang semenjak bergelar ibu dan menyusukan, makan memang ya Rabbi! Banyak betul! Selera pun luar biasa... Apa-apa pun sedap saja rasa di tekak ni... Tapi, alhamdulillah, berat badan tidaklah naik luar biasa. Maintain (tapi, jangan ingat maintain berat masa sebelum mengandung. Yang itu jangan harap la wei! Tang bola-bola api tu pun sudah berapa kilo untuk tampung susu si anak kan? hahhahaha....)...

Sekarang ni pulak, berbadan dua di samping menyusukan anak... walaweh! Lagilah perut ni berlumba-lumba tunggu makanan apa yang mahu disumbatkan untuk pagi, tengahari dan malam... Tapi, kadang-kadang terkuciwa jugak perut tu sebab tuannya kadang-kadang makan, lepas tu termuntahkan balik. Kadang-kadang kesian jugak dengan si perut ni... Tapi, apa-apa pun, kalau tidak lalu pun, sekurang-kurangnya sia akan makan roti bakar 2 keping supaya tidaklah perut tu berkeroncong sampai buat mata pun tidak boleh tidur malam.. Kalau tidak, macam mana mahu perform di pejabat hari keesokkannya kan? Mudah-mudahan semuanya akan berlalu dengan cepat dan kesihatan sia dengan baby dan suami dan Aimee baik-baik sahaja hendaknya... Aminnnn…


Tuesday, January 18, 2011

Semua cerita dalam 1 entry

4 orang pot pet
Macam-macam berlaku baru-baru ni yang membuatkan sia sangat-sangat tidak ber ‘mood’ untuk meng ‘update’ blog kesayangan. Macam-macam yang mahu diceritakan, tapi….. hmmmm…

Oklah, sia kongsikan beberapa jak lah…. Ada yang manis dan pahit…


Khamis: 13 Jan 2011
Mamak a.k.a mak sia masuk hospital sebab Asma, demam dan paru-paru berair. Sampai ke hari ini masih belum keluar-keluar lagi… Sudah begitu lama mamak tidak masuk hospital, bila jadik macam ni, memanglah sangat-sangat membuatkan sia yang jauh ni susah hati kan? Hanya tangan ditadah untuk berdoa yang mampu dilakukan supaya mamak cepat sembuh dan mampu melakukan aktiviti hariannya seperti biasa… Nasib baik juga ada adik perempuan sia, Adik Darnah, bapak, nenek dan jiran-jiran yang boleh tolong tengok-tengokkkan.. Sia bersyukur ramai yang ambil kisah bila mamak masuk hospital. Ramai yang ambil berat. Iyalah, mamak pun orangnya memang sangat-sangat prihatin bila di mana-mana kedengaran orang sakit dsb. Jadi, bila giliran mamak, memang ramailah yang ambil peduli.. Alhamdulillah…

Sia doakan jugak supaya adik perempuan sia dengan bapak sihat-sihat hendaknya.. Iyalah, bila kita menjaga orang sakit, kita mungkin berpotensi menjadi penat dan mungkin akan mudah jatuh sakit… Sia doakan penyakit yang ada cepat beransur pergi dan meninggalkan kesihatan yang berpanjangan dan kegembiraan yang tidak berpenghujung.. Aminnnnn…..


Sabtu: 15 Jan 2011
Sebelum tengahari kami ke rumah Permata sebab jiran sebelah rumah Pah menikahkan anaknya jam 10.30 pagi. Kami anak beranak yang sememangnya selalu terlambat, tidak sempat pun sampai sebelum nikah. Sampai-sampai, tengok orang semua sedang berbaris ambil makanan bagai. Jadinya, kami lepas masuk rumah Pah jenguk Pah, terus melahap sama… Hehehhehehe….

Gitu gini gitu gini, jam pun tunjukkan dekat ke pukul 1 petang… Lepas tu ada plan ke Kuang pulak menghadiri akikah anak Mak Ita…

Mula-mula ingat mau tunggu Zuhur, tapi fikir-fikir, pukul berapa pulak mahu sampai? Sudahlah hadiah pun belum beli lagi… Jadiknya, sebelum Zuhur kami terus gerak dan singgah beli hadiah sikit dan terus gerak ke Kuang….

Gitu gini gitu gini, lepas Asar kami terus gerak balik KL, hantar mama dan terus balik ke rumah.. Malam pulak, majlis kahwin jiran Pah yang nikah pagi tadi di Melawati…

Sampai-sampai rumah pun dekat-dekat jam 6 petang. Aimee terus dimandikan dan ditidurkan… Jam 7 lebih, ngam-ngam cantik dia bangun… Kami laki bini mandi-mandi siap… Cuci muka si minah Aimee sikit-sikit, lebih kurang jam 8 malam terus gerak ke Laman Pengantin, tempat majlis diadakan….

Gitu gini gitu gini (berapa banyak gitu gini daaaaaa?), kami sampai rumah Permata lebih kurang jam 9.30 malam. Lepak-lepak kejap, jam 10 malam gerak balik rumah…

Ingatkan balik rumah semua mahu terbongkang terus, tapi tidakkkk… Anak beranak sibuk main game lah… si mama tengok cerekarama yang ntah apa-apa itulah…. Sekalinya, semua tidur lewattttttt…


Ahad: 16 Jan 2011
Hari ini harijadi En. Suami tercinta. Tidak ada majlis istimewa atau keluar makan di mana-mana…. Bangun-bangun terus bersiap-siap sebab ayah Bari buat kenduri doa selamat di rumahnya sempena menyambut harijadi ahli keluarga kami yang dilahirkan pada bulan Januari, termasuklah En. Suami… Tapi, terpaksa tidak dikecoh-kecohkan sebab salah satu antara tetamu tidak suka sambutan harijadi/birthday etc. Jadi, jadilah ia majlis kenduri kesyukuran saja-saja… Tunggu tetamu yang tersebut balik, barulah kek dikeluarkan.. Hhehehehhe… Idaklah meniup lilin bagai. Setakat potong kek dan hulur-hulur pinggan kepada tetamu yang ada (tapi sia masa ni duduk terbaring dalam bilik dek keloyaan yang mendatang secara tiba-tiba).

Kami lepak lebih kurang sampai jam 6.30 petang sebelum berangkat balik ke rumah… Sebab malamnya ada makan-makan di rumah mertua sia pulak…

Sampai rumah lebih kurang jam 7.30 malam… Kelam kabutlah Aimee dimandikan, mak pak dia mandi, solat semua… Sekali lepas solat semua, si mak buyung kepala sudah pusing… Mungkin akibat keloyaan dari tengahari tadi… Oh ya! Hari ni sia cuba la kunun skip makan ubat muntah dan angina yang Dr. Kee bagi.. Iyalah kunun mahu kurangkan kebergantungan dengan ubat tersebut. Tapi, ya Ampun! Ya Rabbi! Serius tidak boleh belah! Dia punya meroyam muntah bukan alang-alang…. Tidak putus-putus.. Itu yang bila sampai rumah Ayah Bari, lepas makan sia terus masuk bilik baring dan rehatkan badan.. Barulah dapat berhenti muntah tu.. Dengan bantuan ubat jugak… Tapi, haruslah ianya memakan masa untuk pulih seperti sedia kala kan? Dan akhirnya, pada keesokkan harinya iaitu hari Isnin a.k.a HARI BEKERJA, si mama glam telah MC dengan jayanya. Hah! Itu baru cubaan skip ubat 1 hari… Kalau 2 3 hari, hah! Sendiri kira berapa hari agaknya si mama glam harus ber MC? Ouh! Tidak sanggup! Tanggungjawab bekerja lagi, tanggungjawab kerja-kerja rumah yang tertunda dan tidak terbuat-buat lagi, layan anak lagi, En. Suami lagi… Makan ubat pun tidak terlayan semua.. Apakan lagi kalau tidak makan, mahu gelap gulita hidup si mama glam dek kemuntahan yang melampau.

Ait! Terpanjang pulak cerita pasal skip makan ubat ni. Tapi serius kamurang, alahan pembawakan baby kali ni memang agak teruk. Muntahnya sepanjang hari dan tanpa henti. Senang cerita, apa saja yang masuk, tidak sampai 5 minit, pasti akan keluar balik… Langsung tidak bagi chance untuk makanan sampai ke perut. Dan disebabkan oleh kerisauan sia terhadap kebergantungan dengan ubat itu, sia ada consult balik dengan Dr. Kee. Dan dia sendiri nasihatkan sia untuk makan ubat-ubat tu sementara alahan tersebut belum reda. Terpaksa, sebab alahan sia tu memang teruk dan dia takut kalau dilayankan, boleh menyebabkan dehydrated dan terpaksa warded. Dan dia jamin ubat tersebut selamat untuk baby. Dia Cuma nasihatkan untuk cuba sehari ke sehari kurangkan pengambilannya, daripada 3 biji, ke 2 biji, then ke sebiji sehari sampailah hilang alahan dan kebergantungan terhadap ubat tu… Mintak-mintak cepatlah ia berlalu…

Erk? Berbalik kepada cerita makan-makan di rumah mertua sia… Disebabkan kurang sihat si mak buyung, disuruh saja anak beranak 2 orang tu pergi tanpa si mama. Si mama mahu cuba melelapkan mata dengan harapan rasa loya hilang dan boleh tidur dengan lena. Tapi, hampeh! Sampai anak-beranak 2 orang tu balik lebih kurang jam 10.30 malam, mata tidak boleh lelap dan lena. Setakat tidur-tidur ayam saja… Loya pun tidak jugak hilang. Nasib baik muntah takdak…

Begitulah berakhirnya hari Ahad a.k.a hari harijadi En. Suami. Sangat spoilt dengan keadaan kesihatan si mama yang tidak begitu cun. Apa-apa pun, sia coretkan jugak di sini:

SELAMAT HARIJADI AYAH YANG KE- TETTTTTTTTT!
Mama doakan ayah dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati oleh-Nya. Walaupun tiada apa yang istimewa yang mama buat untuk ayah di harijadi ayah, percayalah, mama sentiasa doakan ayah yang baik-baik sahaja. Dan sampai bila-bila pun, Mama sayangkan ayah sangat-sangat! Muahhhhh!

Kepada cik Mala, pun Selamat Harijadi yang ke-jeng jeng jeng….. Aku doakan yang terbaik saja untuk ko cik Mala. Mudah-mudahan dipertemukan jodoh yang baik-baik yang mampu jaga ko baik-baik ya! Aminnnnn ya Rabbal Alaminnnn….


Sebenarnya, banyak lagi yang berlaku sepanjang sia tidak menulis blog ni. Tapi, malas mahu dikongsi sebab cerita kurang best. Buat apa mahu kongsi cerita yang boleh buat hati sakit kan? Oklah kamurang, dada didi dudu..... Until my next entry.... Daaaa....




Wednesday, January 12, 2011

Senyum tengahari...

2 orang pot pet
Ni memang kes copy bulat-bulat dari email yang di forward oleh seorang rakan sekerja. Memang lawak habis! Hhahahahahahhaha!

Dato Seri Samy Vellu finally and officially resigned from his post as the longest MIC President ever, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insider has its story, here . Frankly, I will miss him very much especially for all the funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share some of the more famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.

1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dara"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

Tuesday, January 11, 2011

Bergantung pada apa?

3 orang pot pet
Malam tadi En. Suami keluar bermain badminton. Tapi, sebelum tu, kami beri Aimee ubat Redon a.k.a ubat demam sebab pagi tu dia ada injection yang 5 serangkai (ulangan). Lagipun, petang tu badan minah tu pun macam ada panas-panas sedikit.


Dijadikan cerita, sebelum si ayah keluar, si mamalah terpaksa mengalihkan pandangan si anak supaya dia tidak perasan yang ayahnya keluar… Tapi, being si anak yang sangat rapat dengan ayahnya, dia sedar jugak bunyi pintu walaupun si ayah telah sehabis baik katupkannya dengan perlahan-lahan… Habis melaung minah tu dibuatnya!

Si mama yang tinggal cubalah tenangkan si anak dengan offer macam-macam.. Biskutlah, game iphone lah… Ok, alhamdulillah berkesan…

Tapi, sekali lagi being anak yang sangat rapat dengan ayahnya…. Jam belum pun tunjukkan 8.30 malam, si anak sudah merengek-rengek minta cicu (susu). Si mama kesian jugak, bagi sajalah kan. Sekalinya, si minah kumari terus terlelap… Tidak tahulah samada dia memang sudah mengantuk, ataupun, dia berasa bosan sebab ayah kesayangan tiada di rumah, ataupun dia memang tiba-tiba menjadi lalok disebabkan ubat demam tadi…

Jadinya, si mama terus bawak si minah masuk ke bilik dan tidur bersama konon, selepas itu mahu keluar semula makan ubat dan buat benda2 lain… Tapi, mungkin juga disebabkan sudah sekian lamanya si mama tidak tidur awal, maka si mama pun terlajak sama tidur sampai ke pagi…

Akibatnya, si mama telah tidak makan ubat malam tadi… Ubat tahan muntah dan ubat angin yang sangat sangat sangat penting itu….

Dan akibatnya juga, si mama pagi tadi telah muntah-muntah dengan hebatnya…. Ouh! Sungguh ku benci apabila ku terpaksa bergantung kepada kedua-dua ubat itu! Sekali lagi, bilalah semua ini akan berakhir? sob sob sob... =(


Monday, January 10, 2011

Melepek!

3 orang pot pet
Telah 2 minggu sia masuk office macam orang apa bekerja makan gaji buta... Masuk saja office, muntah-muntah... Langsung tidak ada tenaga untuk berbuat apa-apa kerja... Akibatnya, hujung tahun baru selepas Krismas, sia MC 3 hari, EL 1 hari. Lepas tahun baru pulak, masuk kerja Isnin-Rabu macam orang makan gaji buta, akhirnya Rabu tenghari balik rumah dan MC selama 2 hari lagi. Lepas tu, masuk kerja hari Jumaat, memang melepek sajalah sepanjang hari. Tengahari pulak 1st appoint klinik kesihatan... Aduilah.... Akibat itu jugak, temujanji untuk makan tengahari bersama Puan Mastur dan Puan Dongan pada hari Rabu terpaksa dibatalkan.. Sorry korang, memang tak larat sangat-sangat... Dan, untuk Puan Mastur, sorry tak dapat jumpa ko sebelum ko balik Jepun, memang x larat sungguh! Takde rezeki nak lepaking bersama kali ini. Insya Allah, lain kali kita arrange lagi ok!

Hari ni pulak, alhamdulillah... walaupun sudah 2 kali muntah, masih boleh bertahan sampai ke petang... Ada jugak kerja yang jalan walaupun slowwww... Ampunkan sia penunggu gua...

Kerja rumah, memang hampeh! Nasib baik ada En. Suami yang sangat baik hati... En. Suami yang baik hati memang sangat layak untuk diberikan waktu rehat dan tidur petang di petang ahad yang indah.... Terima kasih Abang! Mama hargai sangat-sangat.... Pulak tu tiap-tiap hari ke tempat kerja pun berhantar... Hmmmm.... Entahkan bila semua ini akan berakhir... Kesian kepada 2 beranak tu... Mereka berdua terutamanya si ayah memang patut dapat pujian menggunung! Serius! Sayang kamu berdua! Muahhhhh!

Tuesday, January 4, 2011

Angry Mama!

8 orang pot pet
Hasrat untuk tidur awal malam tadi telah tidak tercapai…..

En. Suami tidak jadi pergi bermain badminton kemarin. Jadinya, lepas maghrib kami ke Permata untuk mengambil Aimee… Sebelum balik, mestilah ada sesi Aimee bermain-main dulu kan? Dijadikan cerita, lepas bermain-main, sedang elok masa untuk berangkat pulang, jiran sebelah rumah Pah datang untuk menjemput anaknya kahwin tengah bulan ni. Takkanlah masa-masa tu jugak tiba-tiba mahu angkat kaki kan? Jadi, kami pun tunggu… Tunggu punya tunggu, jam tunjukkan 9.45 malam. Memandangkan kami perlu pulak singgah ke bank untuk urusan lain, kami minta diri dulu sebelum tetamu balik.

Terus-terusan itu jugak, kami menghala ke bank. Gitu gini gitu gini, lebih setengah jam habis di situ saja…. Lepas tu, singgah pulak Esso top up TnG. Sudahnya, kami sampai di rumah dekat-dekat jam 11 malam. Si minah Aimee pun sudah terlelap sakan dalam kereta…

Sampai-sampai di parking, mintak En. Suami angkat si minah kumari dengan harapan, tidaklah dia terbangun. Aisehman! Gagal! Mata dia time time tu jugak terbeliak! Sudah!

Tidak berputus asa, lepas si minah Aimee ditukarkan baju dan pampers semua, usaha untuk menidurkannya semula pun bermula….

Sedang-sedang minah tu menyusu, tiba-tiba dia berpaling ke ayahnya… Si mama dalam hati sudah mulai resah… Si ayah yang memang sangat rajin melayan anaknya, meng ‘offer’ game Angry Bird untuk mententeramkan anaknya yang asyik merengek… Si anak pun syok tengok si ayah main game tersebut begitu khusyuk sampaikan nampak seolah-olah sudah mahu terlentok dibuatnya. Lalu, si mama yang memang sangat-sangat mengantuk meng ‘offer’ pulak susu.. Si anak menyambut dengan ghairah sementara si ayah menyambung bermain game Angry Bird tersebut.

Melihatkan si anak mata sudah ala-ala lalok, si mama pun melelapkan matanya bersama, walaupun bunyi game Angry Bird yang dimain si ayah terngiang-ngiang di telinga… Sedang si mama syok melelapkan mata, tiba-tiba si anak sentap lalu menarik cicu yang sedang diketapnya. “Adoi! Aimee, sakitlah!” Jerit si mama yang terkejut dan kesakitan…
Si anak yang agaknya telinganya pun tadi terngiang-ngiang bunyi game Angry Bird, lalu berpaling balik ke ayahnya. Sudah! Minah ni segar baliklah pulak. Si mama yang memang sangat-sangat tidak larat, membiarkan anak-beranak meneruskan usaha bermain game tersebut. Si mama pun tidurrrrrr…

Sedang-sedang syok tidur, tiba-tiba si ayah kejut untuk susukan si anak. Terpisat-pisat mata si mama, tala saja… Ingatkan si anak akan terus lalok dan tidur… Ouh! Tidak! DIa merengek lagi la pulak! Si ayah yang matanya pun sudah mulai mengantuk, hampir-hampir naik angin, tapi dilayankan jugak si anak dan cuba dipujuk supaya tidur. Tapi, tidak berjaya! Si anak terus-terusan merengek sampailah si ayah bawaknya keluar ke hall, bukak TV, sambil-sambil nyanyi lagu nenek-nenek si bongkok tua:

Nenek-nenek si bongkok tua,
siang malam asyik berjaga,
Mencari cucu di mana saja,
nenekku kawin dengan anak raja.

Cucu-cucu tak dapat lari,
nenek ada kuasa sakti,
Nanannanananananananana,
siapa yang kena dia yang jadi…

Kamurang nampak tidak di mana salahnya lirik lagu yang si ayah nyanyi untuk si anak? Arghhhhhh! Si mama yang memang tahu si ayah yang memang tidak pernah mahu berusaha menyanyikan lirik yang betul naik tension dengar lagu tersalah lirik yang diulang entah berapa puluh kali..

Daripada mengantuk, jadi terbeliak mata dek ketidaksanggupan mendengar lagu yang tersalah lirik itu!

Akhirnya, mama sudah jadi Angry Bird! Ini bukan game, ini real punya Angry Mama! Hampir-hampir anak beranak itu ditelan!

Si mama keluar bilik, “Aimee! Jom tido! Ayah tutup TV, jom tido! Semua orang kena tido sebab mama dah ngantuk sangat-sangat!” Kamurang bayanglah, masa tu jam pun sudah tunjuk angka hampir-hampir ke pukul 2 pagi tahu! Mana si mama tidak naik hangin dengar bunyi bising TV lah, bunyi memekak lagu tersalah lirik la! Adoilah!

Akhirnya, si anak beranak akur dengan si mama. Si anak ikut mamanya masuk ke bilik. Si ayah masuk bilik air, mandi dan solat…

Sambil menyusukan, si mama hum la lagu Baba Black Sheep sambil-sambil tepuk peha si anak… Tapi, punya liat si anak mahu lelapkan mata. Macam saja-saja dilawannya rasa mengantuk tu. Adoilah!

Si ayah pulak, lepas habis mandi, macam-macam bunyi dibuatnya di luar bilik. Tidak habis dengan itu, lepas korek telinga, boleh pulak dibalingnya cotton bud ke tong sampah yang tidaklah penuh mana. Di malam yang sangat sunyi, haruslah bunyi cotton bud jatuh ke dalam tong sampah pun kedengaran kan? Si mama gerammmm dalam hati! Ada orang mahu kena telan ni kalau si anak tidak berjaya ditidurkan!

Tidak habis dengan itu, si ayah yang sudah sangat bersedia untuk tidur, naik menghempaskan diri ke atas katil. Si anak yang sedang menyusu, terdiam seketika…. Menoleh ke ayahnya…. Si mama yang memang sudah hampir hilang sabar, tarik balik si anak, susu! Si ayah pulak yang matanya sudah tertutup bergolek ke kiri ke kanan membetulkan posisi tidurnya, Nyot nyet nyot nyet bunyi spring tilam yang bukan VONO itu… Urghhhhh! Si mama tepuk manja lengan si ayah dan tunjuk tanda senyap pleaseeeeee! Si ayah senyum dan terus tidurrrrrrrrr….. Tidak lama kemudian, si anak pun tidurrrrr…..

Hmmmmmm…. Amannnnnnn…..


P/s: Hari ni sepanjang hari si mama asyik muntah-muntah…. Makan muntah, minum muntah… Pendek cerita, apa saja yang masuk dalam perut, habis dimuntahkan balik semuanya…. Adakah akibat kegagalan misi untuk tidur awal malan tadi? Malam ni harus dua orang anak beranak itu dipaksa tidur awal! Kalau tidak, dua-dua tidur luar! Mama mahu tidur awal malam ini!

Monday, January 3, 2011

Malas meng update, layan taggs!

5 orang pot pet
Rules and regulations:
Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. Tagged means "I'm interested in knowing what are your 100 truths".

1. Real name: Amisah
2. Nickname (s): Aweng, Mise’, Ica, mamaglam…
3. Zodiac Sign: Cancer
4. Male or Female: Female lorrr..
5. Elementary School: SK Tg. Batu (standard 1) & SK Kem Kabota (Standard 2-6). These 2 schoold were at Tawau, Sabah.
6. High School: SMK Kinabutan (Form 1-3), SMA Kota Kinabalu (Form 4), then lari balik Tawau, masuk sekolah biasa, SMK Kuhara (Form 5), Takdak asrama, takdak prep, legaaaaaa….
7. College: UTM Skudai, Johor. Tu yang orang selalu ingat si minah Sabahan ni orang Johor. Belajar cakap semenanjung di Johor bah hari tu…
8. Hair Colour: Perang sikit, macam orang laut… Kalaulah rambutku hitam legam, kan cantik?
9. Tall or short: Medium. Tapi, tolong jangan compare dengan si penge tag ha!
10. Sweats or Jeans: Jeans of course.
11. Phone or Camera: Phone, asalkan phone tu ada camera, cukop!
12. Health freak: Tidak sama sekali
13. Orange or Apple: Erk! Dua2 pun kureng sebenarnya. Tapi, bolehlah pilih orange…
14. Do you have a crush on someone? Crush? Erk, sekarang tidak lerrrr… Dulu-dulu adalah…. Sudah kawin mesti mau duduk diam2 arrrr..
15. Eat or drink? Drink. MILO 1!
16. Piercings: Yuppp, telinga saja… Lain-lain tempat, erk! Takdak kerja!
17. Pepsi or coke: Erk! Dua-2 pun kureng.. Tapi, kalau terpaksa, Coke, vanilla ya…


HAVE YOU EVER?

18. Been on an airplane: Ado… Last skali, balik Sabah raya tahun lepas la..
19. Been in relationship: Married…
20. been in a car accident: Pernah, sekali.. Tobat, janganlah berlaku lagik!
21. Been in prison: Nehi! Nehi! Nauzubillah!


FIRST?

22. First piercing: Masa keciklah… Tidak ingat bila…
23. First best Friend: 1st bestfriend? Masa darjah 1, Su rasanya nama best friend tu. Manalah budak tu sekarang ya? Muka pun entahkan kenal entahkan tidak…
24.First award: Award? Study masa darjah 6 la kottt… Boleh kira ka?
25. First crush: Cintan cintun monyet ka, syok sendiri ka, takmo kira arrrr… So, sudah tolak semua-semua, En. Suami la…
26. First Word: Sekarang ni… bangun pagi jak “Ayah, bangun....” Setiap hari sama kecuali en. Suami bangun dulu..


LAST?

27. Last Person you talked to in person: Si Hafizah budak satu unit…
28. Last person you texted: En. Suami kot. Semalam.. Sebab apa, lupa pulak (handphone tinggal dengan En. Suami la pulak!)
29. Last person you watched a movie with: Aimee dan En. Suami. Ala, plan tengok Narnia yang tidak menjadi dalam entry ni.. Huh!
30. Last food you ate: Bubur Lambuk Kg. Baru
31. last movie you watched: Sama macam item no. 28, tapi, intro jaklah.. Cheh!
32. Last song you listened to: Aiyoyoyo… Tarak ingat… Sudah berapa hari takdak dengar lagu… Cuti hujung minggu maaa.. Pagi tadi pun En. Suami hantar, so, takdak lah lagu…
33. Last thing you bought: Rasanyalah kan, shopping di Langkawi yang sakan tu lah… Vision… Tefal, pisau lah.. sudu lah, senduk lah… Periuk lah.. Tapi kan, tu semua pun the other half yang bayar…
34. Last person you hugged: Aimee busyuk!


FAVOURITES?

35. Food: Kalau tidak mabuk sebab pregnant, suka makan, char kuey tiaw gerai sebelah haji tapah (tapi sudah tutup daaa), nasi lemak makcik temah, Nasi lemak luar pagar, lamb chop gerai makan western belakang Jusco AU2, Terang bulan si Butun, Gado-gado, Nasi kuning, murtabak jawa, sayap… Uish! Sedapnya!
36. Drink: MILO!
37. Bottoms: asalkan stretchable…
38. Flower: Hmmm.. Takdak yang spesisfik, sebab memang kurang gemarkan bunga pun. Tapi, kalau paksa jugak, ambik tulip arrr.
39. Animal: Suka tengok kucing, tapi pelihara? NO! NO! NO!
40. Colours: Putih itu bersih…
41. Movies: Last sekali tengok (tengok daripada awal sampai habis arrr) dengan Ainul hari tu Cuti-cuti Cinta, Best!
42: Subjects: Dulu-dulu, minat maths, tapi lepas masuk UTM, I hate maths!


HAVE YOU EVER?
(Put an x in the brackets if yes)

43. [x] fell in love with someone
44. [ ] celebrated halloween
45. [x] had your heart broken
46. [x] went over the minutes/texts on your cell phone
47. [ ] had someone question my sexual orientation
48. [x] got pregnant ~ I am insya Allah for 2nd baby…
49. [ ] had an abortion
50. [x] did something i regret ~ Banyak kaliiiii….
51. [x] broke a promise
52. [x] hide a secret
53. [x] pretended to be happy
54. [x] met someone who changed your life
55. [x] pretended to be sick ~ Bila rasa malas mau kirija….
56. [x] left the country
57. [x] tried something you normally wouldn't try and liked it ~ Tempoyak! Gulai tempoyak, aduhai, sedapnyaaaaa….
58. [x] cried over the silliest thing ~ Banyak kali…
59. [x] ran a mile. Rentas desa masa sekolah jak lah…
60. [ ] went to the beach with your best friend
61. [x] hated someone.
62. [ ] stayed single for two years.


RIGHT NOW

63. Eating: Baru habis, bubur lambuk.
64. Drinking: Tidak..
65. Listening: Tidak jugakkk…
66. Sitting/ Laying: Sitting
67. Plans for today: Tidur awal dengan si minah Aimee sementara ayahnya pergi bermain badminton..
68. Waiting: Cepatlah 5.30, mahu balik rumah, rehatttt!!!!!!!


YOUR FUTURE

69. Want kids?: Sedang nunggu lagi 7 bulan lebih ni…
70. want to get married?: Already married lah..
71. career: Hari tu kunun mau jadik PTD, tapi, diorang tarak panggil lagi.. Sekarang sudah putus asa.. Alangkah bestnya kalau dulu aku pilih untuk jadi seorang pensyarah macam Puan Mas, agak-agak sempat lagi tidak tukar haluan?
72. Lips or eyes: ERk! Usaha untuk dapatkan bibir dan mata yang cantik ka? Bibir, gunakanlah lip scrub dari jenama Tupperware, best! Mata: Macam mahu cuba apa tu, Ainun.. Apa la nama jenama penitis air mata tu hah?
73. shorter or taller: Sampai bila2 pun akan setinggi ini jugaklah… Atau mungkin akan jadi lebih rendah bila bongkok 3.. Huhhuhuhu
74. romantic or spontaneous?: spontaneous..
75. Hook up or relationship: Erk! Tarak paham la.. Lagipun, sudah hoop up pe?
76. Looks or personality: Takat monyet, looks, jadi laki, personality la…


HAVE YOU EVER?:

77. Lost glasses/ contacts: Tidak.
78.Killed somebody?: Woooww! Tidak!
79. Broken someone's heart: Erk! Ada ka tidak? Ada ka tidak? Tidak rasanya… Huhuhuhuhu…
80. Been in love: Yesss…
81. Cried when someone died: Adaaa….


DO YOU BELIEVE IN:

81. Yourself: Yess…
82. Miracles: Yesss….
83. Love at first sight?: Yessss…
84. Heaven: Yesss… Itu sudah pasti!
85. Santa Claus: Tidak!
86. Sex on the first date: Hish! Nope!
87. Kiss on the first date: Nope!


TRUTHFULLY

88. Is there one person you want to be right now: Aimee, tapi takmo Aimee yang bising-bising… Mahukan dia sebut “cicu ~means susu”, then, terus susu dan tidur bersama…. Ataupun, Aimee yang berusaha keras nyanyi macam-macam lagu, lucu habisss!
89. Do you know who your real friends are?: Ya..
90. Do you believe in God?: Of course, Allah s.w.t yang satu!
91. Post as 100 truths?: Dapat 91 jak pun daripada si penge ‘tag’, so 91 sajaaaaa…

Tagg 25 orang? Melampau! Ku cuba senaraikan ya...

1. Dongan
2. Niza Mama Glam
3. Mast
4. Nozie
5. Inah Jeliterrr
6. Fanor
7. Sasha (Aka) – ye kamu sya!
8. Liza Othman
9. Anis ~ at least alasan untuk ko buat post baru…
10. Ipin
11. Kak Ayu
12. Ninie
13. Dayah
14. k Aisyah.
15. Eikyn
16. K Watie
17. Nas
18. Mak Ana
19. Ainul
20. Jacq
21. Wani
22. Rina
23. Azah
24. K Elin
25. K ina


Phew! Dapat pulak tu 25 orang! Hah! Hambek korang! Kasi pening sikit jawab sampai 91 soklan. Jangan salahkan aku, salahkan Dongan, dia yang paksa aku tag korang.. hhahahahhaha! Selamat menjawab korang!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery