Wednesday, April 20, 2011

Telanjang sajalah kamu Elmo!

2 orang pot pet

Lama tidak cerita pasal minah cilik tu kan? Alaaa.. budak yang insya Allah akan jadi kak long bulan 8 ni… si minah Aimee tu lah..

Hari tu (ok, ni cerita lama ya), masa sebelum KC siap, kami anak-beranak memang duduk dalam bilik master sahaja. Iyalah, masa tu kan di luar tu memang bapak penuh dengan habuk dan memang kotor yang amatlah. Jadi, disebabkan itu, tempat permainan si minah Aimee ni pun memang setakat sekitar-sekitar dalam bilik sajalah… Sekejap ke depan pintu toilet, sekejap ke depan pintu bilik, sekejap depan TV, sekejap ke sofa, sekejap ke atas katil.. Senang cerita, pi mai pi mai, tang tu jugaklah minah tu bermain…

Satu hari tu, barangkali dia sudah puas bermain dengan buku, puas bermain dengan selipar, puas menonton TV, tiba-tiba entahkan dari mana datang idea minah tu, dicapainya pampers yang ayahnya letakkan di atas katil. Ingatkan apa saja yang minah ni mahu buat. Rupa-rupanya, minah ni mahu pakaikan elmo pampers! Hahahhahahha…. Kamurang tengok sajalah gelagat bakal kak long mencuba untuk pakaikan elmonya pampers. Kunun bayangkan dia pakaikan adik dia pampers lah tu barangkali… Apa-apa sajalah si minah Aimee ni…


Mula-mula, bukak pampers dulu...


Elmo dok diam-diam. Kejap lagi kak long pakaikan ELmo pampers ok!


Bentang pampers atas katil...


Betulkan kedudukan pampers..


Betulkan sikit lagi... Ok! Siap!


Errr... errr..... Berat pulak Elmo ni... Mama.. tolong Aimee angkat Elmo...


Hahahhaha.... Sabar jaklah budak seorang ni. Akhirnya, dia tinggalkan Elmo dengan pampers tu di atas katil macam tu jak, sebab mamanya malas tolong dia mengangkat si Elmo. Ceh! Apa punya kak Long. Hangat-hangat taik ayam betul... Bayangkan kalau dia betul-betul buat adik dia macam tu.... Huh!


Tuesday, April 19, 2011

Bersalin di hospital kerajaan atau swasta?

12 orang pot pet
Dulu masa sia mengandung anak pertama, sia selalu diajukan soalan “Mana buat monthly check up?”, “Mana scan baby?” “Mana nak bersalin?”…. Sekarang, masa sia mengandung anak kedua, soalan yang sama selalu terpacul daripada mulut kawan-kawan dan saudara mara. Dan setiap kali tu, jawapan sia tidak pernah berubah, iaitu “Klinik kerajaan” dan “Hospital kerajaan”

Masa sia mula-mula mengandung anak yang kedua ni pulak, ada seorang pakcik ni cakap pada sia “Kali ni beranak, suruhlah Mel hantar ke hospital swasta pulak. Tak payahlah berjimat sangat dengan duit tu”… Masa tu, dan dan tu jugak sia jawab “Suami saya tidak kisah kalau saya mahu bersalin di mana pun. Tapi, saya yang taknak. Saya selesa dengan hospital kerajaan. Saya yakin dengan hospital kerajaan”. Mendengarkan jawapan sia, pakcik tu tambah lagi, lalu dijawab sia “Tapi pakcik, kalau ada berlaku apa-apa komplikasi, mana-mana hospital swasta pasti akan tolak kes ke hospital kerajaan. Jadi, buat apa saya longgok duit saya ke hospital yang tidak mampu membuatkan saya berasa yakin dengan kemampuan dan peralatan yang diorang ada?”

Ok, bila cakap pasal isu ni, pasti ramai yang akan ala-ala hurt butt. Masing-masing ada pendapat sendiri.

Pada sia pulak, sia yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Satu, sebab diorang ada standard prosedur yang mana laporan pemeriksaan kesihatan diorang tu tersangatlah lengkap. Buku merah yang standard tu memang boleh terpakai walau di mana pun kita merancang untuk beranak.

Mungkin ada yang cakap, disebabkan terlalu banyak prosedur tu lah yang menyebabkan pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan selalu mengambil masa yang lama. Ikut pengalaman sia sendiri, setakat 2 jam tu bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan. Dengan bilangan pesakit yang begitu ramai, tempoh tersebut sia kategorikan sebagai standard. Lagipun, layanan diorang adalah berdasarkan 1st come 1st serve basis. Jadi, kalau yang sudah biasa, kalau appoint tu jam 8 pagi, baiklah datang 10 atau 15 minit awal. Bolehlah dapat nombor yang depan-depan. Bila dapat nombor yang awal-awal, dapatlah balik lebih awal, tidaklah perlu menunggu lama.

Nurse atau doktor yang garang? Ok, pada sia, di mana-mana tempat samada swasta atau kerajaan, sama sahaja. Dan ikut pengalaman sia daripada bersalin anak pertama, alhamdulillah, sia dipertemukan dengan nurse-nurse dan doktor-doktor yang baik. Ok, tipulah kalau langsung tidak berjumpa dengan yang garang dan bermuka masam. Ada, tapi bilangannya boleh dikira dengan jari… Dan pada sia, setakat bilangan yang seciput tu, tiada masalah untuk sia tutup mata sebelah… Dan sia akan reverse psychology balik ~Alah…. kalau aku di tempat diorang ni pun, mungkin aku pun akan jadi macam diorang. Mungkin sebab penat barangkali~

Di samping tu, walau doktor atau nurse tu buat macam mana pun, sia akan paksa mulut ni untuk senyum walaupun dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa geramnya hati ni… Lepas tu, sia akan pujuk diri jugak untuk terima layanan yang kurenggg dengan berbisik dalam hati ~Kesian diorang terpaksa buat kerja-kerja ni. Kalau akulah, bagi gaji sejuta pun belum tentu aku mau buat. Mencabar tu.. Mana kena check jalan lagi, mana kena sambut baby lagi.. mana kena bersihkan rahim lagi, mana kena check jahitan lepas orang bersalin lagi.. Euwww!~ Dengan berbuat demikian, sia akan lupa sekejap rasa marah tu dan mampu untuk senyum seikhlasnya. Dan selalunya, sikap positif sia tu akan membuahkan hasil yang lebih baik. Masa tu lah sia akan dengar orang lain yang banyak kerek mendapat layanan yang kurang, sia pulak mendapat layanan yang sebaliknya… Agaknya, diorang kesian tengok muka sia yang terpaksa senyum tu kan, jadi terus diorang berubah sikap dan melayani sia dengan baik.. Hehhehhehe….

Sebenarnya, pada sia, karma itu sangat adil. Kalau kita berbuat baik pada orang, pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal terhadap apa yang telah kita lakukan. Oklah, kita cuba letakkan diri kita ni di tempat diorang lah. Bayangkan orang yang sakit bersalin datang untuk dapatkan perkhidmatan kita. Datang dengan muka masam, marah-marah, kerek kunun dia layak untuk dapat perkhidmatan 1st class sebab dia itu seorang pegawai lah… Dia mahu macam ini lah, dia mahu macam itu lah… Senang cerita, banyak songeh! Di samping pesakit tu, kita ada lagi beberapa atau mungkin ramai lagi pesakit lain yang punya masalah yang lebih kritikal untuk di beri perhatian. Agak-agak, apa perasaan kamurang? Mesti dalam hati tu ~Hek elleh puan ni! Kerek pulak! Macam ko sorang nak beranak!~ Kalau sia sendiri lah, daripada layan manusia kerek yang macam ni, baiklah sia pergi menghadap pesakit yang tidak banyak songeh dan mudah untuk diuruskan. Tidaklah hati tu tambah sakit! Tidaklah spoil mood bekerja yang riang gumbira kan?

On top of di atas-atas yang sia cakapkan tu, yang paling sia suka pasal klinik-klinik dan hospital kerajaan ni, sudah tentulah bayarannya yang tidak mahal. Check up bulanan percuma, tidak kira samada si ibu tu pegawai kerajaan ataupun tidak. Bersalin pulak, setakat bayar harga katil saja. Alah, setakat berapa belas ringgit tu… kalau tidak silap sia, RM6/semalam. Hah! Hospital swasta dapat? Sorry lah beb! Kalau kamu-kamu tidak ada duit riban-riban, jangan harap arrrr! Sebab tu, ada sesetengah orang bila masa bersalin saja, mulalah tergaru-garu kepala sebab kena korek semua simpanan yang ada untuk bayaran hospital dsb. Pada sia yang tidaklah banyak mana duitnya, hospital kerajaan memang paling sesuai lah. Bukan tidak ada duit, tapi, sia mengaku, sia memang lokek untuk bayar duit sebanyak itu untuk perkhidmatan yang sia rasa sia boleh dapat dengan harga yang lebih murah di hospital kerajaan. Jadi, buat apa sia menabur duit di swasta kalau sia sendiri selesa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kerajaan? Baik sia guna duit tu untuk beli barang kelengkapan lain macam pam susu, car seat dsb yang sudah tentu-tentu harganya memang tidak boleh dirunding. Mahu tidak mahu, harga barang-barangan tu memang standard. Situ pun sudah makan riba-riban… Mana duit untuk akikah lagi… Baju-baju lagi… Ah! Macam-macam lah…

Ok, ok, bila sia cakap macam ni, bukan tujuan untuk mengutuk orang-orang yang bersalin di hospital swasta. Tidak sama sekali. Itu hak masing-masing. Pada yang berkemampuan dan mementingkan layanan yang tip top dan kepantasan, mengapa tidak? Pilih saja hospital swasta yang diingini, yang penting fulusnya adaaaaa…

Sia buat entry ini untuk tekankan, buat masa ini, buat ketika ini, sia masih yakin dengan perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Sia mahu ubah persepsi orang terhadap perkhidmatan klinik dan hospital kerajaan. Jangan memperlekehkan kebolehan dan kepakaran mereka. Jangan hanya disebabkan mementingkan standard, sangggup berhabis duit untuk bersalin di hospital swasta yang akhirnya membebankan poket yang sebenarnya kurang mampu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan main dengar cakap-cakap orang sebelum mencubanya sendiri. Sakit beranak tu, di mana pun sama saja.

Dan sedarlah, walau semahal mana pun perkhidmatan yang kamu mampu bayar di hospital-hospital swasta, mereka tidak akan mampu menandingi tahap kepakaran dan kecanggihan peralatan yang ada di hospital kerajaan. Percayalah! Cuma, mungkin layanan di sesetengah hospital dan klinik kerajaan tidak seperti yang kamu harapkan yang boleh kamu dapat di hospital swasta. Itu sia anggapkan sebagai nasib… Tapi, sia sendiri setakat ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh klinik dan hospital kerajaan yang telah sia kunjungi. Alhamdulillah… Pada sia, keadaan sudah banyak berubah… Tanggapan dulu-dulu terhadap doktor dan nurse kerajaan patut diubah. Prestasi dan keupayaan mereka memang patut dibanggakan!

Sia dulu bersalin di sini. Layanan memang tip top I tell you!

Monday, April 18, 2011

Ouhhh.. Mahu jadi pilot rupanya.....

8 orang pot pet
Kadang-kadang kan, termenung sendiri mengimbau kenangan lama… Terfikir-fikir ~kenapalah aku end up jadi seorang engineer walhal kerja yang aku buat sekarang ni langsung tidak ada kena mengena dengan engineering~. Ah! Cukup komplen pasal kerja yang sia buat sekarang. ~kau patutnya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kau sekarang…~

Ok ok, sebenarnya hari ni sia mau kongsi cerita pasal cita-cita masa kecil dengan apa yang telah sia jadi sekarang…

Dulu-dulu, masa sekolah rendah, bila cikgu tanya, “Amisah, kamu mau jadi apa bila besar nanti?”, seingat sia, sia jawab macam-macam… Mula-mula jawab jadi polis, lepas tu bomba dan yang terakhir sekali jadi doktor… Motip? Agaknya, sebab terikut-ikut jawapan kawan-kawan. Lepas tu, masa darjah 4, tukar pulak jadi cikgu. Motif? Sebab kunun bila jadi cikgu, boleh dapat susu kotak percuma banyak-banyak (nota: Sekolah rendah di Sabah dulu, ada program susu kotak percuma untuk pelajar. Ala, macam susu kotak dutch lady tu. Siap ada perisa coklat, strawberi dengan putih lagi.. samalah macam susu dutch lady tu. Dan selalunya, cikgu-cikgu akan dapat jugak. Siap dapat lebih tu! Tu yang tiba-tiba pasang cita-cita jadi cikgu.. Hehehehhe).

Bila darjah 5, tiba-tiba tukar lagi cita-cita. Masa tu dapat tahu sekolah menengah tidak ada program susu kotak percuma… Hahahahahaha! So budak-budak! Masa tu tiba-tiba set cita-cita kunun mau jadi jurutera. Bila cikgu tanya, dengan bangganya jawab “Saya nak jadi jurutera cikgu!” sambil dalam kepala membayangkan pekerjaan juruterbang. Sangat naïf ok, siap boleh ingat profesion jurutera tu sama dengan jurterbang.. Hhahahaha....

Makanya, cita-cita jurutera tu telah melekat sampailah sia menginjak ke tingkatan 5. Tidak pernah bertukar walaupun pakcik sia masa tu asyik cucuk-cucuk suruh jadi doktor (sebab dia dulunya kunun bercita-cita jadi doktor tapi tidak kesampaian sebab tersalah mohon, lalu akhirnya sekarang dia end up jadi doktor haiwan. Doktor la jugak tu kan?). Cita-cita untuk tidak menjadi doktor semakin mendalam apabila masa tingkatan 5 sia dapat cikgu Bio yang bapak garang dan suka mengutuk lukisan jantung sia kununnya seolah-olah kelihatan seperti cerek di kantin. Ah! Benci! Dan akhirnya, sia memang langsung tidak layak untuk mohon medic bila keputusan Bio sia pun setakat cukup-cukup makan, C6 sahaja. Cikgu Bio tu siap cakap “Dengan result yang macam tu, baik buang ke laut sajalah!” ~hek elleh cikgu ni! Aku dapat pass dengan C6 pun sudah cukup baik tau! Kalau aku dapat P7 atau P8, apa pulaklah yang akan di cakap. Heh!~

Maka berbekalkan keputusan Kimia dan Fizik yang C4, sia pun jumpalah cikgu-cikgu bertanyakan pendapat diorang untuk mohon course apa. Bila sia cakap sia bercita-cita mahu menjadi seorang jurutera, diorang tanya sia balik “Kamu mahu jadi jurutera apa?” “Erk! Juruteralah cikgu” jawab sia naïf. Tiba-tiba dijawab balik oleh cikgu sia “Jurutera ni ada macam-macam. Awam, elektrik, mekanikal.. Kamu minat yang mana satu?" Alamak! Masa tu serius sia tidak faham apa yang cikgu sia cakapkan. Sia langsung tidak ada idea mahu jawab apa. Melihatkan sia yang ala-ala blur, akhirnya cikgu sia cadangkan supaya sia mohon Jurutera Awam saja. Dengan alasan, jurutera awam tu lebih luas bidangnya. Kiranya, bidang tu paling selamatlah kalau tiba-tiba di masa depan sia ingin bertukar course.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sia tidak minta pendapat ibu bapa sia… Untuk pengetahuan kamurang yang tidak tahu, mamak dengan bapak sia bukanlah orang yang berpelajaran tinggi. Makanya, segala keputusan, mereka akan serahkan untuk sia putuskan sendiri. Jadi, bila sia cakap sia akan mohon course Kejuruteraan Awam, mereka memang tidak dapat memberikan sebarang komen selain mengatakan “Pilihlah apa yang kamu fikirkan sesuai dan terbaik. Mamak dengan bapak tidak kisah”.

Akhirnya, sia mendapat tawaran course Kejuruteraan Awam di UTM skudai. Masa dapat tu pun dilema jugak. kawan-kawan semua cakap UTM tu Universiti Tendang Menendang la... Susah mahu kekal lulus sampai habis belajar lah... Ahhhh! Malas mahu memikirkan cakap-cakap orang, pada tahun 1999, bermulalah semester pertama sia di UTM Skudai.

Sebenarnya, masa sia daftar untuk course kejuruteraan Awam tu, sia masih lagi blur-blur dan tidak ada gambaran akan mata pelajaran yang bakal sia hadapi. Lalu, bila perjumpaan bersama dekan fakulti diadakan, masa tu lah sia seolah-olah rasa seperti ~Oh! Damn! Aku tersalah pilih course ka? Patutnya aku masuk elektrik la ni!~ Motif? Masa ni, sia sudah lupakan cita-cita untuk menjadi pilot. Sia asyik terfikir untuk end up kerja di Telekom. Kunun sebab mahu jadi macam ada seorang jiran yang kaya di kampong sia tu. Jiran sia tu kerja di Telekom. Makanya, kepala tu kunun sudah set ‘orang kerja Telekom tu kaya’. Hhahhahahha… sangat naïf kan budak kampong seorang ni?

Makanya, masa semester pertama tu, sia memang asyik turun naik pejabat fakulti la. Sibuk untuk bertukar course ke Kejuruteraan Elektrik. Keinginan tersebut bertambah kuat apabila melihatkan senarai matapelajaran yang bakal sia hadapi. Struktur? Geoteknik? Kerja Ukur? Arghhhhhhhhhhh! Apakah ini?????????????? Kenapa semua seolah-olah nampak sangat alien???????? Rasuk? Papak? Kenapa semua budak-budak teknik macam tiada masalah dengan term-term ni semua? Kenapa aku nampak seolah-olah budak yang paling blur dan bodoh dalam kelas ni? Kenapa semua orang faham tapi aku tidak?????????? Aku tensi! Tensi yang amat!

Masa ni lah sia mula nangis-nangis dan asyik menelefon mamak di kampong “Mak, k ica mau baliklah! Macam ndak boleh bawaklah course ni! Uwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!” Lalu dibalas oleh mamak “Mana boleh balik. Nanti bapak cakap apa. Marah yang k ica mintak balik masa sekolah asrama dulu pun belum reda lagi. Kalau mintak balik sekarang ni, apa pulak bapak cakap nanti” Uwaaaaa!!!!!!!!!! Tambah deraslah sia menangis… Mahu tidak mahu, terpaksalah jugak sia teruskan mengambil course tersebut walaupun dalam hati memang langsung tidak nampak sia akan end up jadi apa. Walaupun begitu, dalam hati sia kental dan nekad utuk habiskan course tersebut tepat pada masanya, iaitu 4 tahun. Walau apa pun terjadi, sia mesti habiskan course tu dan keluar menjadi apa yang sepatutnya sia jadi selepas 4 tahun. Itu janji sia pada mamak!

Dari 1 semester ke 1 semester, sia lalui dengan tiada perasaan. Suruh datang kelas, sia datang. Suruh datang tutorial, sia jarang-jarang datang (siapa suruh buat tutorial petang, tu masa sia tidur tu), suruh datang exam, sia datang… Masa tahun kedua, sia dengan beberapa orang kawan sia main tarik-tarik subjek lagi, tambahkan credit hour dengan alasan, kalau tahun 3 dan tahun 4 ada fail mana-mana subjek, boleh ulang tanpa perlu extend sem. Dan akhirnya, alhamdulillah, sia berjaya habiskan kuliah 4 tahun dengan mengulang subjek Geotek yang menyebabkan sia terpaksa ambil maksimum 23 credit hour di akhir semester tahun 4. Fuh! Ngam-ngam ho!

Dengan itu, di sinilah sia hari ini, bergelar seorang jurutera awam, dengan pengalaman 2 tahun bekerja di syarikat perunding, 2 tahun di syarikat pembekal dan akhirnya end up di pejabat kerajaan daripada tahun 2007 sehingga kini. Walaupun hampir 4 tahun tidak berkecimpung dengan kerja-kerja kejuruteraan awam, sia tidak mahu komplen lebih, sebab sia percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Bukan sia tidak mahu berusaha. Tapi, sia selalu percaya, dalam hidup ni, kita tidak boleh dapat semua yang kita inginkan. Mungkin dari segi pekerjaan sia tidak berpuas hati, tapi sebaliknya dari segi penghidupan, alhamdulillah, Allah memberikan yang terbaik buat sia sekeluarga. Walaupun bukanlah semewah orang lain, tapi sia percaya, ini adalah yang terbaik yang Allah telah tentukan untuk kami, insya Allah!

Pernah tidak sia menyesal tidak menjadi seorang juruterbang? Sudah tentu pernah! Tapi, sia akan reverse psychology balik, ~Kalau aku jadi juruterbang, belum tentu aku jumpa dengan En. Suami yang baik hati (nota: En. Suami tu dulunya course mate... keh keh keh)~ Hahahahhaha... Ayat penyedap hati sebab jeles tengok juruterbang wanita.. Kah kah kah....

Manyak kacak ar itu juruterbang?

Friday, April 15, 2011

Confirm ku enggak Boleh hidup di jepang!

10 orang pot pet
Entahkan kenapa, sudah berhari-hari sia teringin betul makan mi Jepun… Ala, yang orang panggil Soba dengan Udon tu… Daripada hari Isnin merengek-rengek mintak En. Suami bawak pegi Sushi King Jusco AU2. Tapi, baru malam tadi dapat merasa… Semua dek penangan makanan yang sedap-sedap di rumah mertua sia… Selalunya rumah mertua sia ada makanan yang merah-merah jak. Tapi, minggu ni selalu pulak ada masak lemak.. Ayam masak lemak lah, daging masak lemak lah.. Sayur petola dengan suhun masak air lah.. Ah! Semua masuk pulak tekak sia ni! Malam tadi pun sama… Tapi, sebab sudah berhari-hari asyik di tunda-tunda, malam tadi kami anak beranak pergi jugak ke Sushi King.

Sebenarnya, ni baru kali kedua kami makan di sini. Pertama kali dulu kami datang semata-mata makan sushi saja.. Kali ni, datang dengan tujuan untuk merasa soba/udon yang sangat glamour tu….

Sampai-sampai, belek-belek menu.. Errrrr……….. ~Mahu makan apa ni? Udon ka soba ya?~ dalam hati sia berbisik… En. Suami pun sama… Dia yang memang bukan penggemar makanan Jepun ni langsung tidak study menu tu… Tup-tup dia order Yakiniku Rice Burger (gambar di bawah ni)


Bila sia dengar, jahat pulak mulut sia mengutuk En. Suami “Lorrrr… Order tu jek? Apa lah! Ni datang daripada bukit mana ni datang Sushi King order rice patty jek ni?” Hahahhahha.. Siot kan bini dia ni… Sia pulak, lepas puas belek-belek menu tu, akhirnya order set Sushi King Gozen (gambar di bawah ni). Lepas tu, mintak diorang tukar Eel Sushi dan Raw Salmon Sushi ke Ebikko Sushi. Takutlah tekak ni tidak boleh terima pulak kan…


Sedang-sedang tunggu order sampai, sia belek-belek lagi menu. Kesia pulak tengok En. Suami order setakat rice patty tu… Sekalinya, hah! Jumpa pun menu yang ada nasi dengan ayam.. Wellll.. Siapa yang kenal En. Suami sia ni, mesti tahu… Dia ni kalau menu-menu yang ada telur dengan ayam ni, boeh saja masuk di tekaknya… Jadinya, sia orderkan Oyako Don (gambar di bawah ni).



Tungu punya tunggu, makanan pun sampai…

Sebahagian daripada set menu Sushi King Gozen


Sushi set menu Sushi King Gozen


Oyako Don


Yakiniku Rice Burger yang hampir habis


Ok, review pasal makanan….

Yang Rice Burger tu, En. Suami makan sampai habis.. Dia cakap, oklah… Yang Oyako Don pun dia cakap dia boleh terima lah… Iyalah, nasi dengan telur dan ayam.. Memanglah ok… Tapi, dia cakap tidak boleh lawan lah nasi Ayam Penyet. Ceh!

Sia punya set pulak, banyak-banyak makanan dalam set tu, sia cakap terus terang, hampir semua sia tidak boleh masuk. Hanya satu saja yang sia habiskan dengan rasa macam ~Ahhhh… ini sedap!~, iaitu, Yakult! Yang sushi tu, bolehlah sia masuk jugak… Yang mi soba tu, hmmmm… Sia cuba suap 2-3 kali, lepas tu sia panggil waitress “Dik, ada tak benda yang pedas-pedas macam sos cili ke, cili api ke, chili flakes ke, yang boleh makan dengan mi ni?” Hahahahha… Ampun! Memang tidak boleh blah lah! Sekali dijawab oleh minah tu “Hmmm.. Kami ada lada sulah dan chili flakes”. “Bolehlah dik… Bak mai k. Tq”

Selepas dituang-tuang chili flakes, cuba makan lagi… Euw! Masih tidak boleh blah! Masa tu, En. Suami lah pulak yang kutuk sia balik “Haish! Apa ni, orang kampong! Makanan Jepun pun tidak boleh masuk! Huh!” Cis! Cis! Kena aku balik! Tapi, serius, sia memang tidak boleh masuk wei! Cakaplah sia ni tekak orang kampong ka apa, sia tidak kisah langsung!

Menu last sekali yang sia makan adalah egg custard. Bila sebut egg custard, apa yang kamurang bayangkan? Sia mula-mula baca set menu tu, dalam hati ~Ouhhh… Bagus jugak ambik menu ni, siap ada pencuci mulut~. Sekali makan, hambek kau! Egg custard tu masin lahhhhhhhhhhh! Dan dan tu pass egg custard tu ke En. Suami “Nah bang! Ce rase”. Sia memang lepas tu tidak sentuh lah egg custard tu. Siap dalam hati ngomel-ngomel sendiri ~Diorang ni tersalah letak gula dengan garam ka hah!~ Tapi, sebab tidak biasa dengan makanan Jepun, tidak berani pulak panggil waitress tu lagi… Takut kena kutuk! Hahahahhaha! Memang kampong betul! Mengaku ok!

Dan… akibat semua makanan yang dimakan tu memang sangat tidak kena di tekak si mak buyung ni, natijahnya.. Tengah malam tadi, dalam-dalam rumah black out, berlari lah si mak buyung ke tandas. Bretttttttttttttttt! Habis semua keluar ikut b*nt*t. Tu pun tidak lega jugak… Terasa-rasa pulak ada sesuatu yang ingin keluar daripada mulut pulak… Ah Sudah! Malas mahu bergerak dalam gelap, sia duduk diam-diam tunggu rasa ada sedikit lega, barulah cuba baring dan tidur…

Hmmmm…. Tobat sia tidak akan ulang kunjungan ke Sushi King selain untuk makan sushi saja… Siap En. Suami sindir “So, cancel lah plan mahu sambung belajar ke Jepun?" Cis!

Lain kali mau cuba yang ini pulak lah... Mak Ana, dengan Mak Im cakap sedap banget!


P/s: Mas, Aku wondering cemane korang ble hidup kat Jepang tu? Patut ble turun berat badan cepat seh!



Thursday, April 14, 2011

Bagaimana untuk import entry di wordpress ke blogspot

0 orang pot pet

Hari ini sia mahu berkongsi sedikit ilmu pasal meng import blog Wordpress ke blogger…

Pada yang tidak tahu, sia ni dulunya adalah seorang pembelog Wordpress yang tegar… Tapi, telah menderhaka disebabkan oleh beberapa faktor yang sia sendiri sudah lupa.. Apa daaaaa….

Sebenarnya, masa sia mula-mula bukak akaun blogspot ni, sia sudah import isi kandungan blog sia yang di Wordpress tu. Tapi, telah sia delete semuanya masa sia dok sibuk-sibuk beriya-iya teringin register untuk Ad sense. Ingatkan itu sebab musabab sia tidak boleh register Ad sense.. Rupa-rupanya tidak… Setelah menyesal, sia pun ingat mahu import baliklah semua entry yang telah di delete. Sekalinya, entah bagaimana sia boleh lupa pulak cara-cara mengimport blog Wordpress tu. Jadiknya, begitu lama, sia tiadalah entry-entry yang dari Wordpress tu.

Baru-baru ni, bila dok sibuk-sibuk cari checklist mengandung masa sia mengandung kali pertama dulu, barulah terasa macam Ah! Kan bagus kalau semua entry yang berguna dalam wordpress tu aku boleh bukak terus dari blog yang ada sekarang ni (blogspot)”. Hah! Lepas beberapa kali cuba, GAGAL! Aik! Pelik pulak den! Dulu macam senang jak.. Apa pasal sekarang susah? Asyik-asyik keluar error! Grrrrrrr!!!!!!!!!!!

Hampir naik angin, sia pun guna khidmat En. Google. Welll… siapa lagi yang boleh diharapkan kan? Sekali search, terus dapat link ini, dan keluarlah page di bawah ni.


“Hmmm.. betullah cara aku eksport blog tu… Tapi, apa pasal tarak boleh import di blogger pulak hah?" Ngomel sia dalam hati...

Godek punya godek… Lorrrr… Sebenarnya, sia sendiri yang tiba-tiba tidak paham bahasa bila baca page tu…. Sia dok cuba diget apa yang dimaksudkan oleh instruction yang No. 6 tu. Puaslah klik kanan pada fail yang sudah di save dan cuba membuka fail tersebut… Tapi, apa pasal butang browse tu tidak muncul-muncul hah? Macam mana mahu convert ni? Gggrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Huish! Hampir naik angina jugaklah dibuatnya oleh kedaifan sendiri. Sekalinya, TING! Tiba-tiba otak macam berfungsi dengan lebih baik…. Lorrrrr….. Rupa-rupanya, browse fail yang sudah di save tadi di page converter tu… Hahahhahahha…. Sengal! Errrrr… Kamurang paham tidak apa yang sia cakap ni?

Ok ok…. Macam ni. Lepas kamurang sudah save fail worpress yang xml format tadi. Kembalilah ke page macam gambar di atas tadi. Lepas tu, tekan butang browse yang di instruction no. 6 tu. Then tekan butang convert, dan DONE! As easy as that! Kalau tidak faham jugak, tengok gambar di bawah ni ya…


Lepas berjaya convert, ikutlah arahan seterusnya ya! Dan tadaaaaa! Semua entry di dalam wordpress telah berjaya di covert kan ke blogspot. Yahoooo!!!!!!!! Selamat ber blogspot!


Wednesday, April 13, 2011

Uang! uang! di mana kau uang?

0 orang pot pet
Entry-entry lepas asyik cerita pasal keterujaan membeli belah perabot kan? Sambil-sambil taip tu, sambil kepala asyik terbayangkan perbaot-perabot baru yang akan sampai… Dan, malam tadi, sia laki bini telah siap pindahkan semua perabot-perabot lama untuk bagi laluan pada perabot-perabot baru yang akan sampai hujung minggu ni…. Terujanya rasa!

Dan pada hari ini, kami laki bini telah sama-sama pening kepala mengisi borang pengeluaran duit untuk membayar harga-harga perabot tersebut… Huhuhuhuhuhu….

Sebelum mengisi borang tu, sibuklah tangan ni menekan kalkulator mengira jumlah uang yang perlu dikeluarkan.. Uwaaaaaa!!!!!!!!!!!! Masa tu, memang terasa lah…. Masa tu lah mengomel-ngomel sendiri “Bukan main payahlah masa aku mahu simpan duit ni… Sekalinya, dengan sekelip mata, kemain senangnya untuk menghabiskan duit-duit ni. Huhuhuuhuhu…” Masa bawak borang pengeluaran tu pun, sorok-sorok… Malu orang nampak…. Mesti orang cakap “Gaji dah habis lah tu… Dah terpaksa korek duit dari Amanah saham”… Huhuhuhuhu….. Lambatnya lagi gaji!


Kan best kalau kami ada duit yang banyak macam di bawah ni =(



Tidak pun, ada banyak jongkong emas macam di bawah ni... Boleh gadai untuk bayar harga-harga perabot tu...


Mode: Sengkeknya rasa =(


Pencarian perabot baru (Bhg 3 - terakhir)

9 orang pot pet

Berlalu pergi, kami kembali ke Lorenzo… Pusing punya pusing, akhirnya kami sepakat beli dining cabinet, coffee table dengan TV cabinet di sini. Ah! Puas hati den! Berbaloi-baloi! Bukan senang orang golongan pertengahan macam kami mampu beli perabot di kedai high end macam ni… Menang membeli menang memakai wei! Dengan harga yang sedikit mahal daripada Court Mammoth, kami berjaya memilik perabot idaman kami yang lebih berkualiti tapi pada harga yang sangat-sangat berpatutan. Ouh… Sangat-sangat puas hati!

Habis tandatangan semua sale order, kami kembali ke Miva. Kami laki bini sudah buat keputusan untuk ambil set yang lebih murah. “Ah! Akhirnya dapat jugak aku sofa idaman dengan kos yang lebih murah” ngomel sia dalam hati. Jadinya, masuk-masuk saja kedai tersebut, dengan confident nya kami terus duduk di sofa to be kami sambil menunggu-nunggu sang penjual datang menyapa… “Hmmm.. saya nak yang ini ya. Berapa harga eik?” padahalnya tadi kan sudah ditanya… sajalah Tanya lagi sekali, manalah tau tiba-tiba harga drop pulak ~Ah! Mimpi lagik!~ “Hmm… Yang ni rasanya harga dia bla bla….” Sambil si penjual tu cari-cari tag harga sofa tu…. “Hah! Ish! Takkan kot… Tadi saya baru je datang… Harga dia patutnya lagi murah” Tokojut den dongar harga tetiba naik pulok! “Errrr… Kejap ya puan, saya tanya dulu…” Jawab penjual tu.

Tiba-tiba puan penjual yang melayani kami masa kunjungan kami yang pertama datang…. “Eh! Bila u sampai?” sapa penjual tu. “Hmmm.. Baru je. I nak sofa ni ek” dengan girang gembiranya sia memberitahu… Lalu dijawab dengan cool nya oleh si penjual “Sofa tu dah jual lah.. Baru sangat.. U lambat seminit je… Chinese family yang masuk depan u tadi beli” Ahhhh!!!!!!!!! Meroyannya!!!!!!!!! Oh tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!! Lambat seminit? Ahhhhh!!!!!!!!!! Makanya, terduduklah kami laki bini sambil diperhatikan oleh si penjual yang sangat berminat dengan si minah Aimee tu… sambil dia melayani si minah kenit tu, sambil-sambil tu kami laki bini duduk mengenangkan nasib diri yang kempunan sofa murah Miva tu… Mahu beli yang set satu lagi, macam ter over bajet pulak.. Ah!!!!!!! Pening kepalaku!

Tiba-tiba, dalam dok si penjual melayani si minah Aimee, dia bersuara “U berminat tak sofa yang satu lagi tu? Kalau u minat I cincai kasi u RM bla bla lah…” Hah! I laki bini berpandangan sesame sendiri…. Wow! Gilak murah tuuuuuu…. Sia laki bini apa lagi? Kenyit-kenyit mata sebab kesukaan lah! Sebenarnya, En. Suami memang sangat berkenan dengan set yang kedua tu. Tapi, disebabkan oleh beza harga yang sangat banyak, maka si isterinya memujuklah si suaminya supaya mengambil set yang lebih murah itu sahaja…. Jadi, bila si penjual offer harga ala-ala durian runtuh, wei! Siapa yang tidak mahu wei! Wajib angkat lah jawabnya! Sekali, si minah penjual ni bersuara “Kejap-kejap, I check harga modal I dulu” Aiyoooo! “Makcik ni salah cakap ker?” Ngomel sia dalam hati… Terdapat perasaan risau di situ….

Sekalinya, si penjual datang balik dengan fail dan berkata “Oklah, I memang kasi u betul-betul harga cincai… Sebenarnya, perabot ni baru sampai… Tak macam yang satu lagi.. Yang itu (set yang sudah terjual tadi) sudah lama display kat sini. Ini kira u memang sangat lucky lah hari ini” Wooooowwww! Hati berbunga riang kembali…. Tanpa berkata apa, kami laki bini membontot si penjual untuk menguruskan pembayaran harga perabot tersebut di tingkat bawah.. Oh yeah!!!!!!!!!!! Selesai sudah pencarian perabot rumah kami! Alhamdulillah….

Destinasi akhir kami dalam misi pembelian perabot akhirnya ditamatkan di Kedai Perabut Desa Dunia yang menjual solid wood tu… Kedatangan kami yang kali kedua ni memang semata-mata untuk berunding harga terbaik saja. Kami memang sudah aim perabot yang kami inginkan di kedai tersebut…

Sebenarnya, masa kami rancang untuk membeli perabot baru, kami laki bini sepakat untuk setakat membeli katil dan sebijik almari baru, no side table nor a make up table. Maksudnya, kami memang tidak rancang untuk beli 1 set penuh lah… Jimat maaaa… Beli 1 set penuh bukan murah oi! Mahu kering darah dalam badan ni kalau tanam cita-cita yang macam tu. Tidak sanggup mak!

Dijadikan cerita, di kedai ni, kami dapat harga yang sangat-sangat berpatutan untuk 1 set bilik tidur…. Tambah tolak bahagi, tambah sikit saja duit, dapatlah harga sama macam kalau kami beli setakat katil dan almari sebijik di kedai-kedai lain… Berbaloi-baloi tu! Siapa mahu bagi kan? Memang tidak akan ku cakap tidaklah… Solid wood pulak tu! Apa lagi? Bincang harga kasi turun lagi lah! Hah! Memang value for money kami yang tidak banyak mana tu… Huhuhuhu…

Habis bincang set bilik tidur, kami bincang pulak harga meja makan… pada yang tidak tahu, sia ni memang suka benda yang besar-besar… kalau boleh, rumah mahu besar, kereta mahu besar, perabot mahu besar, duit pun mahu besar… Ah! Semua-semua mahu besarlah… padahal duit tu tidaklah mampu... Angan-angan sajalah.... Mungkin sebab tu lah jugak dapat laki besar.. Dapatlah jugak yang besar kan? hehhehehe… Sayang Abang! (ayat bodek di situ!)… Jadiknya, masa sia mula-mula rancang mahu beli meja makan, mata sia ni memang aim meja makan yang 10 seater saja lah… Aim tu macam rumah tu besar bangat kan? Hahahahhahha…. Ah! Ku persetankan apa orang mahu cakap pasal angan-angan meja makanku itu.. Janji aku puas hati… Gila syok sendiri kan!

Dulu-dulu masa survey-survey harga meja makan 10 seater, hah! Hambek kau! Paling murah boleh dapat yang kualiti bagus punya pun dekat-dekat RM5k ko! Manalah kami laki bini ni tidak tepuk dahi tiap-tiap kali balik men survey perabot kan? Gilo ko! Meja makan sampai 5k! Tidak mampu cheq! Tapi, di kedai solid wood ni, kami dapat harga yang sangat-sangat murah! Memang ce lah cari tempat lain, tak dapek wei! Serius wa cakap lu! Mati hidup semula pun jangan haraplah boleh dapat dengan kualiti yang terbaik macam tu! Jadi, apa lagi? Kasi bincang harga dan bayar lah! hoh! Selesai pun!

Weewooooo! Memang meroyanlah kami laki bini bila selesai pembelian perabot-perabot tu… Habis semua bulu di badan ni dicabut! Nasib bulu si Aimee tu pendek-pendek lagi… Kalau tidak, mahu kami cabut jugak bulu-bulu di badannya tu untuk bayar harga-harga perabot tu… Pokai habis ok! Hampir kosong tabungan kami sampai terasa-rasa lah jugak gatal tangan ni mahu meminjam duit si minah kenit tuuuu.. Hik hik hik… Nasib baik masih kuat iman ko!

Jadi kan, kamurang-kamurang.. sia mengumumkan, kami laki bini telah pokai sepenuhnya buat masa ini… Pada yang berharapkan kami datang ke majlis-majlis harijadi atau perkahwinan dengan hadiah yang gah-gah, mintak mahaplah… Memang idak dapatlah…. Tidak mampu... Huhuhuhu... Kami datang memeriahkan majlis dan bagi duit salam kaut sajalah ya… Janji kami datang kan?

Uwaaaaa! Memang kena berpuasalah kami laki bini lepas ni!!!!!!!!!! No more Nandos, no more Manhattan Fish Market…. No outside food… En. Suami siap cakap “Kali ni, mama memang betul-betul kena masak kat rumah… Kena betul-betul kena ikat perut ni” Arghhhhhhh!!!!!!!!!!!! Tensi! Harap-harap bila sampai perabot baru dapat membangkitkan semangat sia untuk memasak di rumah… (Erk! Apa kena mengena memasak dengan perabot baru? Takdak motip ok!) Huhuhuhuhu….


P/s: Review pasal pencarian perabot ini berdasarkan pendapat sia yang berada dalam kategori orang golongan pertengahan sahaja... Lain orang lain pendapat... Kalau mampu beli yang mahal, apa salahnya kan? Sia ni memang tunggu harga runtuh lah baru mampu beli yang pada sia lebih berkualiti. Itu sia mengaku ok! Jadi, jangan ada pulak karang yang hentam cakap sia kutuk kedai tu lah, puji kedai ni lah... Ikut keselesaan dan poket masing-masing ya! Jangan ada yang hurt butt pulak sudah. Peace yawww!

P/s/s: Adik Darnah, kalau terbaca entry ni, jangan cakap mamak ar k ica dengan Abang Mel sudah pokai... Mampus kena bebel nanti! Huhuhuhu.. Takotttt!



Tuesday, April 12, 2011

Pencarian perabot baru (Bhg 2)

0 orang pot pet

Lepas tu, kami jalan-jalan ke IKANO dan ke satu kedai perabot kayu, ka kedai perabot jati, nama AunthenTEAK. Wallaweh! Serius cantik lah perabot-perabot dalam kedai ni. Sangat nampak unik dan kelasssss wa cakap lu! Bila cakap kelas dan unik, harga pun tentu-tentulah begitu jugak kan… Makanya, kami laki bini pun keluarlah dari kedai tersebut dengan perasaan hampa… Entahkan bilalah baru kami dapat merasa perabot dari kedai ni…

Jalan punya jalan, kami ke Harvey Norman pulak. Selama sia hidup lah kan, rasanya, sia memang tidak pernah jejak ke Harvey Norman ni. Ni kira kali pertama la ni. OMG! Tidak ku sangka harga perabotnya semahal itu. Maaplah, orang golongan pertengahan macam kami ni memang idaklah mampu… Telan air liur sajalah ya…

Puas jalan di IKEA dan IKANO, kami ke Jalan Ampang. Jalan punya jalan-jalan, ternampak Lorenzo. Dalam hati berkira-kira “Mahu masuk, tidak? Mahu masuk, tidak?” Lorenzo beb! High End punya kedai perabot tu! Siapalah kami si golongan pertengahan ni untuk masuk kedai seperti itu… Huhuhuhu… Tapi, bila tengok macam ramai pulak umat manusia yang masuk kedai tu hari tu, pulak tu adalah jugak kereta-kereta comel macam kami yang park di parking lot kedai mewah diorang tu, kami pun beranikanlah diri park di salah satu parking lot kedai tu… Sekali masuk, hahhhhhhh! Hambik engkau! Gudang clearance sale beb! Sampai 70% tu!!!!!!!!!!! OMG! Sia memang excited! Bila ditolak-tolak diskaun clearance sale, ada jugaklah yang ala-ala mampu untuk dimiliki.. Idaklah seperti harga-harga perabot di Harvey Norman tu. Bolehlah berkira-kira untuk beli barang sedua item dari kedai ni…. Tapi, sia tidak terus beli masa tu. Belum puas survey maaaa… Masih ada banyak kedai lagi belum di survey… Nanti menyesal, siapa susah? Siapa rugi? Sia dengan En. Suami yang idaklah banyak duit ni jugaklah yang akan menyesal…

Habis cuci mata dan melonjakkan nafus excited di Lorenzo, kami ke Courts Mammoth. Wellll…. Bila sebut perabot, memang sinonimlah dengan Courts Mammoth ni kan? Makanya, berjalanlah kami ke branch yang di Setapak dengan yang di Mutiara Damansara… Hmmmm… Bukan mahu merendah-rendahkan kedai ni. Tapi, bila jalan punya jalan, serius sia cakap, memang tidak ada yang sia berkenan di hati. Bila tengok kualiti, standard kedai Gemok saja. Bila tengok harga, ala-ala Lorenzo masa sale Gudang clearance.. Tidak pun, standard harga perabot IKEA yang nampak moden tu, tapi versi yang tidak moden… Jawabnya, melangkahlah kami keluar tanpa apa-apa pembelian…

Puas berjalan ke Courts Mammoth, kami ke Gombak ke Kedai Perabut Desa Dunia. Sebenarnya, dalam senarai perancangan kami men survey, langsung tidak ada nama kedai perabot ni…. Tapi, bila kami lalu di MRR2 area Gombak, asyik-asyik ternampak bunting kedai ni… Yang buat kami terpikat tu bila bunting tu siap highlight perkataan “Solid Wood” dan “Custom Made”. Hmmmm… Kami laki bini sepakat curi sedikit masa untuk ke kedai perabot ni. Dannnnnn…. I tell u, serius kami tidak rugi berkunjung ke kedai ni! Kedai ni kalau dilihat nampak biasa-biasa saja. Tapi, harga yang ditawarkan… Memang meletup u! Dengan kualiti perabot solid wood yang memang tip top, sumpah kamu tidak akan jumpa di mana-mana! Jadinya, sia memang keluar dengan hati yang berbunga-bunga walaupun sia keluar pun dengan tangan yang kosong… Adalah beberapa item yang sudah sia mark jika sia patah balik ke kedai ni kelak.

Belum puas dengan kedai solid wood, kami cuba nasib pulak di Fella Design, bersebelahan dengan Lorenzo Jalan Ampang. Hmmm… Dengan kecewanya, tiada apa yang menarik hati sia… Design perabotnya memang bukan taste sia dengan En. Suami… Harga pun memanglah di luar kemampuan… jadiknya, chow chin chau lagi la jawabnya…

Pencarian terakhir kami akhirnya sampai ke Kedai Perabot Miva Creation Sdn Bhd di Jalan Ampang. Kebetulan masa kami sampai tu, kedai ni sedang buat Renovation Clearance Sale. Harga memang gila lah wa cakap lu! Pun sama macam Lorenzo, memang potong habis! Kami laki bini sepakat mark 2 set perabot ni. Pening fikirkan mana 1 yang patut dipilih. Dua-dua pun cantik! Tapi, harga kemain banyak beza... Errrrr... Pening punya pening, baik keluar dulu dan fikirkan…. Ah!


(Erk! Sambung lagi ya... tuan tanah ada kerja sikit mahu diselesaikan..)

Monday, April 11, 2011

Pencarian perabot baru (Bhg 1)

3 orang pot pet

Semenjak pindah rumah sendiri, asyik mengomel pada En. Suami:

Sofa ni dah tak selesa la bang… Sakit-sakit badan tido atas sofa ni…..

Bilalah kita nak tukar meja makan kita ni bang? Nampak kelakar je tengokkkan saiz dia yang comel tu dengan ruang makan rumah kita ni (Nota: meja makan kami yang jenis 4 seating, pulak tu, lepas 2 kali melalui proses pindah randah, akhirnya salah satu kaki mejanya telahpun patah. Kerusinya pun sudah mulai goyang di sana sini. Penyandarnya ada yang sudah patah jugak)

Mamak dengan bapak nak datang sini bulan 8 ni.. Kesian diorang kalau kena baring atas lantai lagi… Dahlah nanti akan duk lama nak datang jaga anak cucu…

Setelah begitu banyak sesi meluah perasaaan tidak selesa dsb, kami laki bini ada jugak berjalan-jalan pergi survey harga-harga perabot… Masa mula-mula survey tu, macam-macam kedai perabotlah yang kami kunjungi… Kedai Gemok di Taman Permata tu lah (deret 7E Taman Permata. Kedai yang bapak kecik tapi bapak penuh dengan perabot sampai ke siling kedai! Kedai nil ah dulu tempat kami beli perabot lama yang kami guna sekarang ni =P), ke deret kedai perabot Ampang lah (area rojak sedap dekat traffic light dekat dengan Taman Tasik Ampang), kedai perabot tepi MRR2 yang otw ke Restoran Intai-intai lah, ke IKEA lah, ke Carrefour lah, ke Kedai Perabot Taman Melati Utama lah… Ah! Dan banyak lagi yang sudah lupa lah…

Tapi, tiap kali survey, tiap kali balik dengan keadaan menepuk dahi dan merungut lagi “Mak aih! Mahal gilakkkkk! Kita setelkan hal KC dululah” Padahal, ayat untuk sedapkan hati sendiri sebab tidak sanggup korek semua simpanan untuk beli barang-barang tu, sambil dalam hati berangan-angan “Siapalah yang baik hati mahu sponsor belikan perabot untuk kita ni ya?” Hahahhahaha.. Jangan mimpi! Umpama mimpi dalam mimpi sajalah jawabnya…

Jadi, bila KC hari tu sudah siap, kami kunun-kunun berjalanlah lagi men survey kedai-kedai perabut. Macam-macam kedai perabot yang kami kunjungi…

Mula-mula, kami ke IKEA. Biasalah kan? Untuk dijadikan kayu ukuran, pastilah mudah untuk berkunjung ke mari. Jalan-jalan sini 10 kali dan keluar tanpa pembelian pun tidak ada siapa yang kisah. Tidak ada mana-mana sales mana atau sales girl yang akan tarik muka yang mungkin dalam hati berkata “Elleh! Masa ko masuk mula-mula tadi pun aku dah agak ko ni tak mampu. Kalau dah tahu tak mampu tu, tak payahlah masuk! Buang masa aku je nak melayan!”

Jalan punya jalan, hmmmmm…… Oklah…. Tapi, ramai pulak yang cakap barang-barang IKEA ni kalau nak beli, beli yang betul-betul mahal. Barulah tahan. Kalau yang harga biasa-biasa tu, hmmmm.. expect lah untuk guna bukan untuk jangka masa panjang. Harap pada rupa moden sajalah… Hmmm.. tang ni, sia setuju rasanya… Sia pun ada pengalaman beli barang-berang IKEA yang ala-ala harga biasa-biasa ni… Memanglah sesuai untuk penggunaan short term sahaja… Tapi, apa boleh buat, itu saja yang termampu pada masa itu…


(Erk! En. Suami sudah sampai daaaaa... sambung besok ya entry ni)


Friday, April 8, 2011

Rasa macam setapak ke hadapan dalam bidang ICT hari ini!

3 orang pot pet
Sudah lama rasanya sia tidak bukak Dashboard blog sia ni. Sebabnyaaaaa… sia ni selalunya jarang log out blog.. Jadiknya, setiap kali sia bukak komputer, maka dengan automatiknya sia akan telah terlogin… Dengan itu, memang jarang sekalilah kan sia akan melihat apa sahaja yang benda baru yang terdapat di dashboard blogger.

Tapi, pagi ni tiba-tiba sia logout dan sudah tentunya sia perlu login semula kan? Tiba-tiba 1 window pop up pasal Dynamic View. Sebenarnya, Puan Mastur sudah review pasal benda ni dalam entry beliau yang ini. Tapi, being me yang memang buta IT, sia langsung tidak ambil pusing pasal benda-benda yang pada pendapat sia melebihi kemampuan sia untuk memahami… Percayalah, sia memang serius kurang pandai bab-bab IT IT ni.

Tapi, entahkan kenapa, tadi sia click jugak pop up window tu. Dan rajin pulak tu cuba satu-satu Dynamic View tu.

Bagaimana untuk mendapatkan Dynamic view tersebut?

Taip url nya begini ya: http://alamat blog anda.blogspot.com/view/jenis Dynamic view yang dikehendaki

Contoh:



Flipcard view, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/flipcard


Mosaic View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/mosaic


Sidebar View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/sidebar


Snapshot View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/snapshot


Timeslide View, http://aweng-mamaglam.blogspot.com/view/timeslide


Dan… Ouh I loike it bebeh! Sangat canggih seh! Ok ok, sia mengaku, sia memang outdated.. Orang sudah lama excited, sia baru hari ini over excited. Apa-apa pun, sia paling suka Flipcard view. Sangat senang untuk sia cari entry atau untuk tujuan cari gambar ka… Ouh.. betapa bagusnyalah apps (ni panggil apps ka hah? Suka-suka hati kau panggil apps!) blogspot yang baru ini… Terima kasih blogspot kerana telah membuatkan sia berasa sia telah maju ke hadapan lebih lagi dalam bidang ICT pada hari ini.. Hhehehehhehe…


P/s: Kalau kamurang perasan, sia ada letakkan butang Dynamic view tu di sebelah butang Page Element di sebelah atas page ni. Kunun memudahkan kamu-kamu kalau teringin view blog sia ni dengan mana-mana Dynamic View yang baru tuh lah.. Cubalah!


Thursday, April 7, 2011

Mari print ramai-ramai! Makanan percuma ngko!

0 orang pot pet

1 hari sampai 2 entry? Ini semua sebab sangat excited ok!

Kemarin sia cerita pasal promosi makanan di Manhattan Fish Market kan? Hari ni pulak mau kongsi dengan kamu-kamu semua pasal promosi makanan percuma daripada Mc D..

Sebenarnya tadi masa bloghopping, tiba-tiba terjumpa voucher makanan percuma Mc D ni… Uwaaaaa! Macam mahu nanges ok! Promosi itu datang lagi! Dulu punya terlepas! Kali ini memang tidak akan kulepaskan!!!!!!!!!!!!!!!!



Kalau kamurang mahu tahu, masa bulan Mac hari tu, sia memang sangat-sangat gilakan set breakfast Mc D yang di bawah ni..


Jadinya, boleh dikatakan setiap hujung minggu dan hari bukan hujung minggu, memang muka sia akan terpacaklah di Mc D. Dan setiap kali sia terpacak di sana, setiap kali itu jugaklah Mc D yang dekat dengan rumah sia tu akan penuh sepenuhnya dengan umat manusia. Pindah ke branch lain, pun sama jugak! Lalu dalam hati sia berkata “Ish! Semua orang mengidam breakfast Mc D macam aku ka ni?” Tapi, selalunya tanpa berputus asa, menunggu jugaklah kami tempat duduk yang bukan main susah untuk didapatkan itu, sampai ada 1 masa tu boleh mengundang dosa sebab geram dengan ada sekelompok makhluk Tuhan yang tidak mahu berganjak walaupun dilihatnya manusia kemain berduyun mencari tempat duduk.

Sekalinya, ada 1 hari di hujung minggu tu, kebetulan kami anak beranak ke Parenthood Exhibition di Midvalley. Tiba-tiba, ternampak 2 orang manusia dikerumuni orang ramai. Sia yang sememangnya suka menyibuk, datanglah menghampiri… 2 orang manusia itu sedang memberikan kupon breakfast Mc D percuma ok! Weewoooo!



Apa lagi, sia yang sangat gumbira dengan pemberian tersebut bergegas mencari En. Suami dengan harapan En. Suami pun dapatlah sekeping kupon tersebut. Dapatlah kami jimat 2 hari punya duit breakfast.. Hhehehhehe.. Tapi, malangnya, masa kami lalu semula ke tempat tersebut, 2 orang manusia itu sudah illek! Wah! Sangat cepat kupon-kupon itu habis! Kecewa =( Tidak mengapalah… Dapat jimat sehari punya duit breakfast pun jadiklah….

OUhhhhhh… patutlah selama ni Mc D dok asik penuh saja sepanjang masa… Ada kupon makanan percuma rupanya…. Kami laki bini memang tidak tahu.. sob sob sob =( Mampu berasa cemburu dengan orang-orang yang dapat kupon-kupon tersebut sajalah….

Sekalinya pada 30 Mac yang lepas, di petang hari nan indah semasa kami laki bini dalam perjalanan balik ke rumah, En. Suami bersuara “Tadi kawan ayah cakap, kupon breakfast Mc tu boleh print dari internet je lah…” Oh! Sia yang sangat teruja terus berpaling ke En. Suami dan bertanya “Oh ya ka? Dah tu, abang ada print tak?” Lalu dijawab En. Suami “Tak….” “Erk? Apa pasal tak print?” Tanya sia semula tidak berpuas hati! “Sebab.. kupon tu valid sampai 31 Mac je lah” “Laaa……………….. Ye ker? Takdak rezekilah jawabnye.. Patutlah kemain ramai umat manusia kat Mc D selama ni… Sekarang baru tauuuuu” Jawab sia dengan nada kecewa =(……

Jadi kan.. jadi kan… Bila dapat tahu ada promosi baru breakfast Mc D ni, memang tidak akan kulepaskan!!!!!!!!!!!!!!!! Sekarang jugak akan ku print banyak-banyak dan ku redeem besok pagi dan esok dan esok lagi…. Yeah! Jimat duit breakfast sampai hujung minggu ni! (Erk! Tapi, yang kali ni punya promosi boleh print sajakah?)

Lepas tu kan, sia dapat link website yang dapat berikan sia update terkini pasal food promotion di Malaysia, ni dia, Malaysia Food Promotions. Best! Gumbira! Eksaited! Suka! Ah! Terover sudah!


p/s: gambar semua sumbangan En. Google..


Cantik kah KC baru si mama glam tu?

12 orang pot pet

Itulah dia gambar KC di rumah sia yang asyik lupa di snap. Pagi ni teringat, terus cepat-cepat mintak tolong En. Suami ambilkan gambar. Yang di atas tu adalah gambar dry KC.

Manakala, yang di bawah ni pulak gambar wet KC….


Cantik kah? Hehehhehe... pada mata kami laki bini ni, alhamdulillah, kami puas hati dengan hasil kerja KC consultant ni.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berapa harga yang perlu sia bayar ke KC consultant ni…

Sebelum sia bagitau, lebih baik sia ceritakan dulu, apa masalah yang sia hadapi dalam memilih KC consultant ni.

Pada yang pernah datang rumah kami, mungkin ada yang perasan bahawa sinki dapur rumah kami yang asal duduknya bukan di tingkap, tapi di tengah-tengah dapur yakni di dinding tengah dapur (tengok gambar bawah ni)


Begitu juga dengan wet kitchen. Tapping point tu elok pulak diletakkan di tengah-tengah dinding dapur basah tu.


Aduhai….. Pada sia, sia tidak suka dengan kedudukan asal kedua-dua tapping point tersebut. Rugi ruang dinding tu kalau sia maintain buat sinki di situ. Jadinya, sia buat keputusan untuk pindahkan kedua-dua tapping point tersebut.

Di samping tu, sia juga perlukan khidmat wireman untuk tanam balik wayar-wayar letrik tambahan yang hanya di casingkan oleh wireman masa sia mula-mula pindah dulu. Lepas tu, sia jugak bercadang susun balik kedudukan point-point lampu dan kipas yang entah apa-apa tu (sia memang maki gila-gila siapa-siapa yang bertanggungjawab menentukan kedudukan point-point tu masa mula-mula pindah dulu!). Dan yang terakhir sekali, sia jugak perlukan khidmat wireman untuk tambah macam-macam point baru dan jugak tambah tapping baru untuk mesin basuh dalam bilik air kedua.

Jadinya, dalam sia meng survey KC consultant pada akhir tahun lepas, hanya consultant yang ini saja yang boleh layan semua-semua keperluan sia tu under one roof. Yang lain-lain tu memang idaklah… Diorang cuma boleh bagi perkhidmatan memasang KC saja. Yang lain-lain macam plumber untuk pindahkan tapping point dan wireman tu perlu cari sendiri. Susahlah kan macam tu... Nanti kalau ada masalah, boleh jadik timbul kes tuduh-menuduh tu orang ni punya salah, ni orang tu punya salah. Siapa yang susah? Customer a.k.a si mama glam jugak yang akan pening kemudian tauuuu...

Dari segi pembayaran pulak, dalam banyak-banyak consultant yang sia jumpa, consultant ini jugak yang paling terbaik. Term pembayaran diorang paling memberi win-win situation kepada pelanggan. Yang lain-lain tu memang setakat win situation kepada diorang saja, memang ala-ala memaksalah… Belum ambil ukuran dapur pun sudah mintak down payment siap-siap. Bagi consultant ni, setakat ambil ukuran dapur, diorang tidak charge walau sesen pun! Diorang siap datang ukur ke rumah kita ok! Maksudnya, kalau diorang sudah ukur dapur dan sudah come out dengan quotation sekalipun, diorang tidak akan mintak duit sesen pun daripada kita sekiranya kita tidak jadi ambil khidmat diorang.

Diorang hanya akan mintak 30% down payment sekiranya kita setuju dengan quotation yang diberi, dan di situlah bisnes diorang akan bermula. Lepas tu, diorang akan hantar order untuk pintu dan carcass (cabinet). Sambil-sambil tunggu order siap, diorang akan buat kerja-kerja plumbing dan wiring. Dalam masa 2 minggu lebih macam tu, pintu dan carcass siap dan diorang akan datang pasang dalam masa 1-2 hari. Bila siap pasang cabinet semua dan hood, barulah diorang akan mintak another 60%, sambil tunggu order table top siap yang mana biasanya mengambil masa lebih kurang seminggu. Lepas pasang table top, sinki dan hob, kita kena check semua pintu dan cabinet betul-betul. Lepas setuju semuanya berada dalam keadaan baik, barulah kita akan diminta membayar habis baki 10% yang menandakan kerja-kerja diorang telah siap sepenuhnya, dan kita telah berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Kan win-win situation namanya tu? Kan? Kan?

Jadinya, apa perkhidmatan yang diorang bagi pada sia?

1. Pintu dry KC guna material Membrane Press.
2. Pintu wet KC guna ABS.
3. 1 set laci di dry KC.
4. Handle pilih yang free saja.. Hehehhehe…
5. Table top wet KC dan dry KC guna solid surface.
6. Wet KC guna aluminium skirting.
7. Dry KC mintak 2 keping pintu kaca.
8. Tambah 3 plug point baru, 1 microwave point, 1 oven point, 1 hood point, 2 lighting point baru dan 1 fan point baru.
9. Tanam balik 2 point asal yang dulunya hanya di casingkan.
10. Relocate balik point-point lama.
11. Relocate sink tap point di dry KC dengan wet KC.
12. Inlet/tap baru untuk mesin basuh.
13. Upah pasang/coring hood.

Untuk semua-semua yang disebutkan di atas, harga yang dikenakan adalah RM18,200. Ok tidak? Ok tidak? Pada sia dengan suami, oklah rasanya. Kami yakin dengan consultant ni sebab diorang ni memang sudah lama dalam bidang ni. Company ni pun sudah establish. Dan yang paling penting, diorang memberikan perkhidmatan one stop centre. Senang kalau ada apa-apa masalah. Call 1 nombor, pandai-pandailah diorang selesaikan masalah tu macam mana. Sonang koje den!

Jadi, ada yang berminat kah? Kalau berminat, ni alamat consultant tu:

Bien Kitchen & Interior Artwork sdn. Bhd.
Lot. 2773, Jalan Changkat Permata,
Taman Permata,
53300 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4106 2388 ; 03-4108 2923
Fax : 03 - 4105 1388

Wednesday, April 6, 2011

Bagaimanakah program diet Nandos anda?

0 orang pot pet

Wah! Sudah seminggu sia berjaya dengan program diet Nandos! Wooohooo! tahniah! Tahniah!

Jadi, apa yang sia makan selama program diet sia tu? Aiyoyoyoyoyo… Sia telah memaksa diri sia yang sangat kurang berselera memakan nasi ini untuk relakan hati memakan jugak nasi berlauk. Lauk-pauk memilih jugaklah. Kalau lauk pauk yang terlalu berminyak, sia cuba elakkan, sebab selalunya, sah-sah akanlah dimuntahkan semula tidak lama selepas itu. Kalau dapat makan nasi dengan ikan kering atau ikan masin atau ikan bilis mentah tumbuk-tumbuk dengan cili (ni antara lauk kegemaran abah a.k.a bapak mertua sia) atau ikan sepat kering goreng ka, wallah! Memang meletop wa cakap lu! Makan itu saja pun cukup! Kari-kari atau yang masak-masak merah sia cuba elakkan walaupun dalam hati bagai meruntun terbau masakan ayam masak kari ibu mertuaku.. Uwaaaa! Tapi, sambal sardin ibu mertuaku tidak dapat kukatakan tidak, walaupun hakikatnya ku tahu kemudiannya ada kemungkinan untuk ianya akan dimuntahkan balik..

Dan sia perasan, masa mengandung yang kali ini, sia lebih suka makan makanan yang masin daripada yang manis-manis. Kalau perut tu lapar di petang hari, dapat makanan masin macam roti goreng inti sardin, wah! Memang ngam habis! Disebabkan itu, sekarang ni, tiap-tiap pagi sia akan beli siap-siap 3 keping roti goreng inti sardin di gerai pak haji tu walaupun sebenarnya pagi tu sia memang sudah membaham 2 keping cucur udang kuah kacang cair dan air milo ais segelas (slurpppp! Ini menu sarapan fav sia beberapa hari ini.. hehhehehe). Lepas tu, tekak sia ni pun masih tidak dapat menerima segala macam asam atau jeruk-jeruk. Memang tidak ngam!

Jadi, bagaimana dengan keadaan sia apabila terpaksa memaksa diri memakan makanan yang kurang sia gemari semasa mengandung ini? Erk! Seperti yang dijangkakan.. terdapatlah adegan muntah-muntahan di sana sini. Bermulalah semula, tiap-tiap pagi wajib dulu muntah sebelum sarapan. Dan kalau tekak tidak sedap, kadang-kadang boleh jugak mengundang kemuntahan sebelum waktu makan tengahari atau pada waktu petang. Dan kalau tidak bernasib baik lagi, kemuntahan mungkin juga akan berlaku pada waktu malam sebelum makan malam atau sebelum tidur. Dan pada hari Jumaat yang lepas adalah hari yang sangat memilukan di mana sia telah mengalami kemuntahan yang teruk sehinggakan sia terpaksa meminta izin balik awal pada waktu tengahari daripada bos. Kesian hoh? Tapi, apa boleh buat, nafsu makan harus dikawal untuk mengelakkan pertambahan berat badan yang melampau-lampau (elleh! Cakap je lah ko tu takut kena minum air gula!).

Tapi kan kamurang, dalam-dalam sia berdiet tu, minggu lepas sia tidak dapat menahan nafsu daripada memaksa En. Suami membawa sia makan di luar. Ini semua angkara rakan seinduksi sia dulu la ni! Adakah patut tengahari Jumaat yang lepas ditag nya sia flyer ni dalam FB


Heh! Being me yang memang cheap skate, memang pantanglah tengok promosi-promosi luar biasa seperti ini! Wajib dikunjungi! Value for money maaaaa! Pulak tu valid untuk hari itu sahaja. Apa lagi? Jam tunjuk ke angka 11 malam pun ku sanggup terjah! Pulak tu diorang cakap kedai diorang tutup pukul 2 pagi. Yeeehuuuu! Diet? Erk! Apa itu? Blrrrrpppp! Memang berbaloi-baloi!

Kepingan besar ikan dowry dihidangkan bersama sos putih istimewa dengan perahan lemon, potongan tomato dan kentang goreng. Ditambah pulak dengan sup cendawan pekat dan bottomless ice lemon tea! Perghhhhh! Marveloussss! Memang berbaloi-baloi! Semua-semua ini hanya dengan harga RM15! Mana boleh dapat di tempat lain weh! Tengah malam pun tengah malam lah!


Lepas tu kan kamurang, agaknya Manhattan Fish Market tu tengok sambutan terhadap promosi Fish and Chip ni sangat memberangsangkan, tiba-tiba pulak diorang panjangkan promosi ni. Jadinya, pada yang tidak berkesempatan, promosi ini masih valid daripada 4 April 2011 – 8 April 2011. Serius!


Malam tadi sia telah berkunjung lagi ke sana walaupun jam sudah menunjukkan 10 malam! Terkocoh-kocoh kami makan sebab restoran diorang tutup jam 11 malam la pulak. Duh! Kesian Aimee kena paksa makan cepat-cepat oleh ayahnya, lepas tu kena paksa balik walaupun mulut minah tu dok asyik sebut “Aimee nak fen fice (nota: French fries)… Aimee nak shup (nota: mushroom soup)”. Kesian anak mama… Dan dan sia pujuk minah tu “Takpe Aimee… lain kali kita datang lagi ok!” sambil dalam hati merancang-rancang untuk berkunjung lagi tiap-tiap hari sehingga hari promosi tersebut tamat… Melampau tidak? Melampau tidak? Dan agak-agak, En. Suami sanggup tidak? Dan agak-agak, ada cukup bajet ka duit dalam poket tu wei! Hehehhehe…



p/s: gambar semua sumbangan En. google



Monday, April 4, 2011

Kenny rogers dibawak balik ke rumah =D

5 orang pot pet
Akhirnya berasap jugak dapur baru si mama glam. Hari Sabtu lepas tiba-tiba teringin mencuba resepi vanilla muffin yang entah sudah berapa lama disalin daripada internet tu…. Diperap lama-lama dengan alasan “Mama tak reti nak guna oven letrik tuh lah”. Dan pada hari sabtu tu, si En. Suami terajin pulak menggodek manual oven tu. Si mama glam? Jangan haraplah mahu belajar kalau si suaminya yang rajin mencuba sesuatu perkakasan yang baru tu ada. Bergantung harap pada dia sajalah. Sonang cito!

Jadiknya, malam tu campurlah segala bahan yang sudah dibeli… Dan hasilnya, Taraaaaaaa……



Muffin Vanilla ala Kenny Rogers versi kesihatan (En. Suami mahukan versi yang lebih manis. Macam-macam!). Nasib baik menjadi. Berkat rasa ikhlas buatkan En. Suami yang dok mengaum mahukan muffin tu kot! Hehehhehehe….

Resepi? Nah di bawah ni… Copy paste daripada sini. Memang senang yang amatlah membuatnya!


Resepi Muffin Vanilla ala Kenny Rogers.

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin ~ sia dapat lebih kurang 30 biji)


* 8 tbsp mentega, dicairkan (Sia guna 1 biji mentega Buttercup 250gm tu)
* 4 cawan tepung (sia guna cawan biasa yang pendek tu)
* 2 cawan gula (sia guna gula pasir halus)
* 2 cawan susu segar (sia guna Duthc Lady Low Fat)
* 4 tbsp baking powder (sia kurangkan sikit lebih kurang 3 s/b rasanya)
* 1 tsp garam
* 2 biji telur (sia guna saiz besar)
* 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati. (Takut tidak menjadi, 1st timer la katakan.. Sia search tips-tips membuat muffin di sini dan sini. Jadi, Daripada terus gaulkan semua bahan, sia ubah sedikit kaedahnya.. Sia cairkan mentega dalam periuk. Angkat, lepas tu gaulkan gula sebati. Masukkan telur, gaul sebati. Masukkan susu dan esen vanilla. Gaul sebati. Dalam bekas lain, sia campurkan tepung, baking powder dengan garam siap-siap sebelum masukkan ke dalam adunan cecair tadi. Gaul rata secepat yang boleh. Siap!)
2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
3. Bakar selama 20minit/180C.


Selamat mencuba yang kamurang!


Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery