Sunday, November 24, 2013

pandang muka aimee mama!

1 orang pot pet
Ada 1 hari tu, aku ambik anak-anak aku balik dari kerja. tiba-tiba si aimee bersuara

Aimee: kan bagus aimee dengan adik pegi PD.

aku: kenapa pulak?

aimee: iyalah... takdelah aimee kacau mama buat kerja, takdelah aimee kacau mama belajar, takdelah aimee kacau mama main handphone...

aku: (panggggg! macam kena lempang hokay!)


tidak lama lepas tu, dia keluar lagi 1 statement yang buat aku dengan en suami terkejut.

"ayah! aimee tengah cakap dengan ayah ni! pandang muka aimee, jangan pandang handphone tu!"

wooo! woooo! kronik betul rupanya ketagihan kami laki bini terhadap handphone.

disebabkan 2 statement tu, sudah 3 minggu aku berjaya kurangkan ketagihan terhadap handphone di depan diorang. alhamdulillah, nasib baiklah si aimee budak yang jujur tu bersuara. kalau tidak, mesti tidak faham konsep komunikasi. barulah sedar komunikasi fizikal lebih penting daripada komunikasi secara maya.

bila aku borak dengan beberapa orang kawan, rupanya ramai yang melalui benda yang sama. cuma, diorang bernasib baik belum ada anak yang menegur seperti si aimee tu.

disebabkan itu, aku sudah kurangkan aktiviti ber facebooking, ber instagraming, ber whatsapping dan sebagainya...

jadi kamurang, kalau ada benda yang penting, call saja terus. selain daripada tu, expect la untuk dapat reply yang lambat ya. hargai apa yang ada depan mata. bila dengan anak-anak, berkomunikasilah secara fizikal dengan diorang. bila dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain pun sama. kronik sangat dah kecanggihan teknologi sekarang. kadang-kadang aku terfikir, entahkan sepatutnya aku ni patut kekal menggunakan nokia 3310 jak. kui kui kui...

(masa taip ni, anak-anak dengan en suami aku sedang sedap membuta di petang nan indah... what a blessssss)




- Posted using BlogPress from my iPhone

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery