Monday, January 30, 2012

Mabuk Ombak Rindu ;)






Orang sudah mula terbuai dengan drama Gemersik Kalbu, sia pulak baru berpeluang tengok filem Ombak Rindu..

Sebenarnya, sia memang berhajat mau tengok filem tu di panggung sebab asyik dengar orang cakap best. Tapi, sebab sampai sudah tidak berkesempatan, jawabnya, tengok dvd jaklah.

Minggu lepas, masa jalan-jalan di Jusco, barulah berpeluang beli DVD tu.. Layannnnn…

Hmmmm.. Sedih jugak sebenarnya filem tu.

Tapi, bila orang asyik cakap pula novelnya lagi best, sia pun apa lagi! Terus ke MPH beli novelnya pulak.



Betullah diorang cakap, siapa yang sudah pernah baca novelnya, mesti tidak puas hati bila tengok filem tu. Biasalah tu kan. Novel kan tebal. Sudah tentulah banyak benda yang boleh diceritakan. Filem pulak, setakat tidak sampai 2 jam, memanglah terasa-rasa macam semuanya diceritakan secara terburu-buru.

Jadi, lepas tengok filemnya dan novelnya, sia ulas sikitlah pasal filem dan novelnya. Manalah tau ada yang tidak berkesempatan menengok dan membaca..

Sia cerita pasal filem dulu.

Watak hero dalam filem tu memang ngam habis! Aaron Aziz! Perghhhh! Memang sangat sesuai! Gandingan dengan Maya Karin sebagai Izzah, boleh tahan… Tapi, sia rasa, kalau pilih pelakon macam Rita Rudaini ka, hmmmm, mesti lebih mantop! Penghayatan tu sebenarnya yang kurang oleh si Maya Karin ni…

Watak Mila pulak, hmmmm, serius tidak ngam untuk dibawakkan oleh si minah kenit Lisa Surihani tu. Sia minat dengan Lisa Surihani tu, tapi, tolonglah! Pemilihan Lisa memegang watak Mila yang agresif tu memang sangat2 pelawok! Tidak jadi ok! Patutnya, pilihlah Sabrina Ali ka, Nabila anak Amy Search ka… Pelakon yang boleh bawa watak garang lah senang cerita… Memang potong di situ!

Satu yang sia mau kritik habis-habis dalam filem ni, pemakaian baju si Julia Zieglar tu! hadoi! Sakit mata mak nengoknya ok! Kalau sudah tau perut tu macam tu, pulak tu teringin pakai baju ketat, tolonglah! Tolonglah pakai korset wei! Malulah sia tengok perut buncit tu! ! Malaysia tengok ok! Mau sampai ke anak cucu orang bercerita tu.. Maluuuu... Maluuuu....

Watak2 yang lain, oklah…. Boleh diterima…

Jalan cerita pulak, not bad. Sia yang memang belum pernah baca novelnya, boleh tangkap apa yang cuba disampaikan. Sampailah jugak rasa sedih tengok jalan penceritaannya (Ndak dapat nangis beriya2 sebab En. suami join nonton sekali. Takut kena kutuk! Hahhahahaha)

Aaron Aziz memang pandai hayati watak. Daripada awal sampai akhir filem, memang nampak perbezaan perasaannya sebagai Hariz yang mulanya setakat suka-suka terhadap Izzah sampailah mula jatuh hati, serba salah terhadap Izzah, kecewa dengan kecurangan Izzah dan akhirnya kembali kepada Izzah semula.

Tapi, serius sia cakap, penghayatan heroin mengurangkan sedikit ummmphh filem ni. Watak Izzah oleh Maya terlalu sedikit skripnya. Setakat banyak senyum.... Patut lebih lagi supaya watak tu hidup.

Walau macam mana pun, sia puas hati dengan jalan cerita filem ni!

Tapi, bila sia sudah baca novelnya, sia ada pendapat lain pulak. Banyak nampak kurang di sana sini. Tidak puas! Terlalu terkocoh-kocoh untuk habiskan penceritaan. Jadi, tidak nampak sebenarnya si Izzah tu terseksa hidup dengan si Hariz tu pada mulanya. Tidak sampai setengah jam filem tu main, tiba-tiba si Hariz sudah jatuh cinta dengan si Izzah. Ok ok, sia pahamlah, semuanya sebab kekangan masa…

Disebabkan itu, sia cadangkan diadakan pulak drama bersiri Ombak Rindu!!!!!! Mesti sia akan ikut punya cerita tu! Sia masih gila filem dengan novel Ombak Rindu lagi ni tau! Orang asyik dok cerita pasal Gemersik Kalbu, sia masih mabuk Ombak Rindu… Hari2 pasang lagu Ombak Rindu… Dan lagi, dan lagi, dan lagi… Agak2nya, muntah jugak officemate sia dibuatnya ni… hahahahha...

Akibat penangan Ombak Rindu, sia pun jadi rajinlah pigi Karnival Karangkraf Jumaat lepas. Beli novel… Huhuhuhuhuhu…..


Pilih novel2 ni sebab cover cantik! Harap ceritanya pun oklah...


Ni pulak beli atas reccomendation peminat novel...


Ini pulak, beli sebab dulu pernah baca novelnya yang pertama... Ni bahagian kedua... Baru habis baca separuh..


Nantilah bila ada masa, sia review novel2 di atas ni ya! Doakan sia pandai curi masa untuk tulis entry lagi lepas ni ya!


p/s: Review untuk novel Ombak Rindu sia buat pada entry lain ya! Jam 2 petang sudah ni naaaa… Daaaaa


10 orang pot pet on "Mabuk Ombak Rindu ;)"

eMMe on January 30, 2012 at 3:29 PM said...

sia belum baca novel Ombak Rindu, leh pinjam tak, hehehe~ takpe la Sia mmg nak gi beli novel R.A.M...hehehehe

JieJ on January 30, 2012 at 3:33 PM said...

mama glam, pinjam novel boleh??hehehe..saja jak bah..

mama glam on January 30, 2012 at 5:11 PM said...

eMMe: boleh je.. tapi, cemane nak pass nye? huhuhuhu.... hmmm, Novel R.A.M tu ape?

mama glam on January 30, 2012 at 5:11 PM said...

JieJ: Boleh jak bah.. tp, mcm mana mau pass? huhuhuhu

JieJ on January 30, 2012 at 8:42 PM said...

Ndak pa bah mama glam, bagi ko habis baca dulu..ada rezeki nanti aku pinjam..hehehhe...

mama glam on February 21, 2012 at 3:01 PM said...

Jiej: Lama sudah Habis baca.. Orang lain pulak pinjam.. hehehhe

Anonymous said...

Thankѕ for shаring your info.
I really аpprесіate your effortѕ аnd І аm waiting for youг
next wгite ups thankѕ once again.

Feel free to surf tο my wеb site - http://www.voiceyourchoice.org/content/why-would-you-chatroulette-became-which-means-well

Anonymous said...

Greetings! І know this is sоmewhat off topic but Ι ωas wonԁеring if you knew ωhere I could find a саptcha рlugin fοr my comment
form? I'm using the same blog platform as yours and I'm havіng difficulty findіng one?
Thanκs a lot!

Αlso visit my рagе: charoulette

mama glam on March 14, 2013 at 8:06 AM said...

Anon: u r welcome ;)

mama glam on March 14, 2013 at 8:07 AM said...

Anon: errr... so sorry.. i dont really understand what is capthca all about.. so IT blind.. so sorry cant help u on that ;(

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery