Wednesday, July 27, 2011

Selamat HArijadi ke-2 sayang mama!



Alhamdulillah... Hari ini genaplah 2 tahun umur puteri kesayangan sia dan En. Suami...

Adanya dia dalam hidup kami memang sangat-sangat memberikan seribu satu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata... Walaupun sesusah mana, sekecewa mana, sesedih mana hari-hari dilalui, dia sentiasa jadi pengubat duka lara mama dan ayahnya....

Hadirnya dia juga, hidup kami lebih sempurna sebagai pasangan suami isteri... Lebih bahagia... Lebih harmoni... Lebih-lebih lagi bila dia sudah pandai faham apa itu marah dan sedih... Dialah jadi penghalang kepada konflik-konflik rumahtangga mama dan ayahnya... Sebab dia memang tidak sukakan pergaduhan, dan paling suka kalau mama dan ayahnya bermanja-manjaan walaupun kadang-kadang dia tunjuk jugak rasa cemburu... Iyalah, dia pun mahu bermanja jugak kan.. Hehehhehehe....

Dia adalah anugerah terhebat yang Allah kurniakan kepada kami suami isteri...

Kepada anak mama dan ayah sayang....

Selamat Harijadi yang ke-2 sayang! Mama dan ayah sayang Aimee sangat-sangat! Mama dengan ayah gembira dan bersyukur sebab ada Aimee anak yang pandai dan baik... Mama dan ayah bangga jugak sebab Aimee menunjukkan ciri-ciri seorang kak Long yang baik... Mudah-mudahan Aimee akan berterusan seperti itu ya sayang... Mama dan ayah doakan Aimee panjang umur, murah rezeki, hidup sentiasa diberkati oleh-Nya dan menjadi anak yang solehah ya... Aminnnnn....

Last but not least, meh mama nyanyi lagu onyang nyanyi untuk Aimee k;

Dodoi si dodoi,
dodoilah Aimee...
Aimee yang pandai...
Aimee yang good girl.....



Mama and Ayah love u so much sayang!!!!!!!!!!!!!



6 orang pot pet on "Selamat HArijadi ke-2 sayang mama!"

Unknown on July 27, 2011 at 3:14 PM said...

happy birthday aimee sayang..

moga jadi anak yang soleh..

mama glam on July 27, 2011 at 4:17 PM said...

tq auntee mast =)

Rosniena on July 27, 2011 at 4:56 PM said...

happy besday

Anonymous said...

Happy birthday sweet lil aimee!nanti aunty E dtg celebrate ur bday wit kak jasmine,k.jemima n a/jadir!

ily♥ on July 28, 2011 at 1:44 PM said...

happy birthday aimee..alolo..comotnye makan eskrem...mcm ade misai pulak...cute =P

mama glam on July 28, 2011 at 2:14 PM said...

auntee ros: tq!

auntee elin: see u all this coming sat!

auntee ily: hehehehe.. tu fav dia tu, mkn sampai comot.. not good! btw, thanks for the wishes!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery