Wednesday, May 11, 2011

OMG! Mama Glam masak nasi lemak?!!!!!!!!!!!


Puasa-puasa ni, macam banyak pulak entry pasal makanan…

Hari ni pun sia mahu buat entry pasal makanan jugak… Jadi, pada yang sama-sama sedang buat marathon tu, jangan marah arrrrr…. Sia hari ni insya Allah masuk hari ke-7 marathon. Jadi, nafsu menggila untuk makan tu idaklah seteruk masa 1st day hari tu.. Hhehehe…

Ok, hari ni sia mau kongsi resepi nasi lemak. Say what? Nasi Lemak? Hahahahhahaha.. Ya! Jangan terkejut, mama glam masak nasi lemak wei!

Pada yang tidak tahu, sia ni seumur hidup memang tidak pernah masak nasi lemak. Jadi, maksudnya, semenjak kahwin, memang tidak pernahlah En. Suami merasa nasi lemak isterinya kan… Jadi, isu nasi lemak ni memang selalu menjadi isu hangat bila masa kami laki bini berborak pasal masak-masak. Memang tidak pernah habis lah skrip “Bilalah nak merasa nasi lemak bini masak ni…” Huh!

Dulu-dulu kalau dengar ayat macam tu, sia bolayan jak. Iyalah, masa tu mood memasak pun tidak mari. Malas ya ampun! Lepas tu kepala sia ni pulak memang set ~Masak nasi lemak itu sangat susah! Mustahil aku boleh buat!~

Tapi, entahkan kenapa, masa borak-borak pasal menu makanan untuk dimasak di hujung minggu lepas dengan En. Suami Jumaat malam hari tu, sia macam rasa terpanggil pulak untuk mencuba menyahut cabaran En. Suami yang teringin sangat merasa nasi lemak air tangan isterinya. Pulak tu, orang yang teringin makan tu pulak offer untuk masak sambal (tapi, last last si isteri jugak yang kena masak) Malam tu jugak google cari resepi dan beli bahan-bahan. Semangat tu!

Sia guna resepi daripada myresepi (junjs11) :

Nasi Lemak
Kos: Termasuk lauk-lauk sampingan lebih kurang RM15.00-RM20.00 (boleh makan untuk 4-6 orang)

Bahan untuk nasi:-
2 cawan beras
1 cawan santan n 1 cawan air ( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air) – Yang ni sia guna kelapa parut dalam 2 senduk dan buatkan santan ikut sukatan cara biasa sia memasak nasi. Jadi tidak pasti berapa cawan.
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia – Sia guna lebih kurang 1 inci halia
secubit garam

Bahan untuk sambal:-
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk – Sia guna bawang besar saiz besar lebih kurang 2 biji
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka) – Sia tidak guna
garam n gula

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun – Sia buat ikan bilis goreng, telur dadar, timun potong, kacang goreng, bayam tumis dan ayam goreng

Cara-cara:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.
5. Siap untuk dimakan! (yang ni sia yang tambah.. Hehhehhehe…)

Lauk-pauk


Yang ni pinggan sia berkongsi dengan si minah Aimee

Dan alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan. Anak beranak 2 orang tu makan dengan sangat berselera, sampaikan tengahari pun melantak nasi lemak jugak… Siap si minah Aimee tu mintak pada ayahnya “Aimee nak makan nasi lemak lagi!” Phew! Maksudnya sedaplah tu kan? Berkali berkala masuk bakul masuk sendiri… Hahahahhahha….

Jadi kamurang, cubalah, mudah dan sedap!

6 orang pot pet on "OMG! Mama Glam masak nasi lemak?!!!!!!!!!!!"

ninieZUERYANNIE on May 11, 2011 at 2:24 PM said...

Yummeh~~~~

Unknown on May 12, 2011 at 7:45 AM said...

aku suke nasi lemak juga

mama glam on May 12, 2011 at 12:18 PM said...

Ninie: gambar x nampak sedap, real baru nampak sedap.. hehehhehe.. perasan!

Mast: Aku pun suke! lagi2 kalau makan masa tgh susukan baby, memang menambah lemak berkrim ke dalam susu yang dipam! Dan yang paling penting, tidak menggumukkan (masa tuh lah)

Aku MamaGlam on May 12, 2011 at 2:06 PM said...

ekekeke.. nampak sodap tuh.. aku nda berapa suka mkn nasi lemak. tapi kalau masak nasi lemak tu, ok seja.. tu pun kalau encik hubby order.. ekekeke...

nah kan, baru kau tau kan, sedap lg kalau masak sendiri kan, senang jak kalau rajin, susah kalau malas.. ekekeke...

mama glam on May 12, 2011 at 2:37 PM said...

niza: hahahahhaha... memang dulu aku malas. aku serius memang ndak sukak masak bah sebenarnya... jadi, ndak taulah semangat ni sampai bila.. tu yang saja jak masuk dalam blog, kunun dengan harapan bila tgk balik semangat tu ndak kan hilang sampai bila2... alasan bah kan?

Aku MamaGlam on May 12, 2011 at 7:38 PM said...

ekekeke, kalau alasan tu utk buat ko tambah lagi bersemangat, ok sak bah kalau kau..

bah aku pulak sekarang ni jarang suda masak, bkn apa anakku yg bungsu ni melekat sak, ndak buli buat keja.. nampak muka ku, abis la menangis berjujuran ni macam mo histeria jak minta di dukung.. kalau kunu ringan, ndak pa jg..

ni laini, bertahan sak ni, tunggu dia besar sikit, baru la cef in da house masuk dapur, asa bakat.. hahahaha...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery