Monday, March 14, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Suhaini!


Minggu lepas hari Jumaat, sia dengan En. Suami bercoti… Yeeeehuuuu! Nasib baik En. Bos kasi cuti walaupun last minute apply. Ini semua bff sia ni punya pasal la ni. Last minute bagitau dia nikah JUmaat pagi.. Memang patut kena babap!

Anyway, Cik Suhai nikah hari Jumaat hari tu jam 9.30 pagi di Dewan nikah, Masjid Wilayah, KL. Sia yang pertama kali menghadiri majlis nikah di Masjid Wilayah (dewan nikah) rasa kagum sangat-sangat. Dewan nikah masjid ni cantik! Kelasss gitu! Dan yang paling best, pak kadi yang menikahkan tu pun simple habis… Majlis mula jam 9.30, jam 10 macam tu sudah selesai akad semua… Alahmdulillah, dengan sekali lafaz, cik Suhai sudah bertukar status kepada Puan Suhaini Nesa kepada En. Saiful Kama.. Alhamdulillah….

See? Cantik kan Dewan nikah ni?


Masa ni pengantin perempuan belum sampai tau, pak kadi sudah sampai.. Tengok betapa berdebarnya pengantin lelaki tunggu orang yang tidak sampai-sampai tu.. Cik Suhai.. cik Suhaiii.. Kojengmu itu masih belum berubah...






Majlis kahwinnya pula pada keesokan harinya, di Dewan Gemalasari, RISDA, Jalan Ampang. Ya! Sama macam tempat di mana majlis menyambut menantu masa sia dengan hubby kawin 4 tahun lepas… Kata BFF… Kebetulan pulak majlis di tempat yang sama, bulan yang sama… Tarikh dengan tahun jak yang berlainan.. Hehhehehhe.. Dan sudah semestinya, laki pun berlainan.. Hahhahhaa.. Puan aweng sudah mula mengarut!

Sia dengan hubby hari Sabtu tu bangun awal daripada biasa sebab ada benda yang puan Suhai minta tolong last minute… Pada yang kenal my BFF ni, dia memang masih tidak berubah dengan kekojengannya.. Hahhahahhaha…. Nasib baik kami perasan miss call minah tu pagi tu.. Kalau tidak, mahu kelam kabut jugak pengantin dibuatnya.. Ala, bukan mintak tolong banyak pun… Kebetulan pulak pagi tu pun kami tidak ada plan apa-apa pun.. Jadi, no hal lah.. Lepas tu, bagus jugak, boleh kami anak-beranak keluar rumah awal sikit daripada biasa.. hehehhehhehe… Siap sempat sarapan Mc D lagi tu… Seee? Berapa awal kami anak-beranak bangun hari tu… Kepada adik Darnah, kalau mamak terbaca ni, mesti mamak cakap, ala, bangun awal sekali sekala pun kecoh! Hehehhehe…

Sebelum ke majlis di dewan, sia minta En. Suami hantar ke Hotel Flamingo tempat puan Suhai bermekap untuk majlis.. Sia bawaklah si minah Aimee sekali dengan harapan dia akan tahan lama, sebab sia mintak En. SUami ambil dalam jam 1 petang. Tengok-tengok, jam 12.30 dia boleh melalak sekuat-kuat hati dek takutkan photographer puan Suhai yang snagatlah peramahnya itu.. Aduilah, memang tidak bagi can mamanya mahu duduk lepak-lepak dengan BFF. So sorry puan Suhai tidak boleh tunggu lama…


Ni lah budak yang takut photoghrapher tu.. Akibatnya, ke toilet pun terpaksalah diusung jugak minah seorang ni.. Alahai...


Jadinya, En.Suami pun terpaksalah datang awal, dan kami terus shoot ke Dewan, dan dengan rasminya menjadi orang pertama sampai di kalangan kawan-kawan se UTM kami.. Sendiri lantik diri jadi chairman of the table yang sudah di cop untuk budak-budak UTM (sendiri cop ar, bukan disediakan khas). Memang bontot tu melekat jaklah di meja tu, makan sambil mata tu dok memandang ke pintu masuk tunggu geng-geng UTM sampai.

Kununnya, budak-budak ni janji ketemu jam 1pm, last-last, yang the next sampai pun, dekat-dekat jam 2 petang.. Ceh! Memang janji Melayu habis! Sikit demi sedikit makin ramailah geng-geng kami datang… Itupun, ramai jugak yang tidak dapat datang.. Antara yang datang (yang ada berjumpa dengan chairman lahhhh), Ujick anak-beranak (balik awal gilaaa), Ndot berseorangan, Zue dan tunangannya si Ipin, Ica sekeluarga, Esah sekeluarga, Elle orang jauh nun dari Istanbul, Azah dan anaknya si rajin membaca, Anis, Czah sekeluarga, Nisa sekeluarga (baby girl ko comel giler ah!) dan Ezzad dan isterinya…

Kiranya, majlis ni pun jadi ala-ala mini reunion untuk batch kamilah.. Best, bila lama tidak ketemu, jumpa sekali sekala, semua orang datang sudah berubah macam-macam. Yang paling tidak tahan, Ujicklah.. Datang dengan anak 2 orang ibu mithali tu.. Ouh! Sungguh tidak ku sangka! Seorang duduk atas riba, seorang pulak duduk atas kerusi sebelah sambil Ujick suap.. Wow! Superwoman minah sorang tu sekarang ni! Kamu-kamu batch UTM yang terbaca ni jangan tidak percaya, It’s real ok!

Habis borak-borak, ambil-ambil gambar, mengumpat, tunggu orang tu makan, orang ni makan, lebih kurang jam 3.30pm, chairman sudah berasa bontot agak kematu.. Jadinya, sudah sampai sesi bergambar dengan pengantin… Yang sampai lambat sikit, tidak dapatlah chairman hendak menunggu nok. Laki den dah naik buhsan.. Sebelum dia keluarkan muka No.8, mintak yang datang single mingle queue untuk sesi bergambar bersama pengantin… Mintak maaf banyak-banyaklah pada Czah, Nisa & Ezzad. Tak dapek nak tunggu korang makan, kitorang jalan dulu…


Pengantin sampai...


Tu hah gambar bukti ibu mithali yang sudah punya 2 anak tu..



Makanya, lepas sesi bergambar bersama pengantin di atas pelamin, semua orang pun bersurai dan membawa haluan masing-masing balik ke sarang. Sia dengan EN. Suami pun terus balik rumah. Dan, dalam perjalanan tu, dan dan tu jugak si minah Aimee tu tertidur.. Penat wei dia main sepanjang menunggu mamanya cakap “jom balik!” Ayahnya pun sama.. Terima kasihlah banyak-banyak kepada 2 orang buah hati sia kerana memahami exception day pada 2 hari tu… Sanggup berkorban menemankan mamanya sama-sama meraikan hari bahagia BFF mamanya.. Mama appreciate sangat-sangat! Love both of you! (ayat bodek dengan harapan dapat green light untuk next exception day.. hehhehhehe)…

So, kepada Puan Suhaini Nesa dan suami, Selamat Pengantin Baru sayang! Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik dan semoga dikurniakan dengan zuriat yang baik-baik dan jodoh dikekalkan hingga ke akhir hayat hendaknya… Aminnnn…. Dan, harap korang suka dengan hadiah yang kami bagi ya!


5 orang pot pet on "Selamat Pengantin Baru Puan Suhaini!"

::EIDA:: on March 14, 2011 at 12:36 PM said...

ye ! dewan sangat santek !
i nikah disitu.. dengan bangganya !
hihihi~i

Unknown on March 14, 2011 at 12:44 PM said...

su cantik sangat.. selamat pengantin baru..

aweng, aku rindu korang.. waaaaa

mama glam on March 14, 2011 at 12:56 PM said...

Dayah: Oh ye ke? Memang cantik ar dewan tu! Kagum gilerr!

mast: ko tau xpe mas.. rindu kat ko jugak tau x? kalau ko ade lagi meriahlah meja UTM tu.. x pasal2 aku kene lantik diri sendiri jadik chairman sebab chairman sebenar xdek.. hehehhe... ko balik lain kali kita plan gather2. kali ni plan kat rumah lah baru best... buat pot luck..ah! bestnya!!!!!!! (berangan!)

Gua! on March 14, 2011 at 10:01 PM said...

pandai dah edit2 gambo yeeee...hehehehe..

mama glam on March 15, 2011 at 11:36 AM said...

ipin: edit gambor? yg mana 1? yg ada mcm kabur2 tu ker? itu bukan aku buat.... laki aku dah pre-edit sblm dia ambik gambar... harap aku, idaklah.. edit masukkan watermark aku retilah.. hahahhaha

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery