Tuesday, March 8, 2011

mamaglam dapat Anugerah ko!


Selama berkhidmat di agensi ni, belum pernah sia mendapat apa-apa anugerah. Cakaplah apa pun jenis anugerah, memang tidak. Bukanlah tujuan sia buat entry ini untuk merungut ka apa. Tapi, sekadar untuk memberitahu kenyataan yang sia ni memang tidak pernah dapat apa-apa anugerah. Sia sedar diri pun, dan sedikit pun tidak berharap sebab sia rasa, sia ni memanglah bukan pekerja yang bagus sangat pun. Bukanlah jenis yang rajin amat, malas amat pun bukan, sedang-sedang aja… Pendapat sia lah…

Pada yang kenal sia, sia ni memang bukan jenis yang suka membangga diri dengan apa yang sia ada selama sia hidup ni. Sebab, pada sia, kalau sia bagus, ada orang yang jauh lebih bagus dari sia. Kalau sia susah, ada orang yang lebih susah lagi daripada sia. Jadi, pada sia, sia ni selalu terletak di tengah-tengah. Jadi, disebabkan itu, kalau ada sesiapa yang rasa berbangga dengan apa yang sia ada, sia memang tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Maluuu ada, segan adaaaa, rasa tidak layak pun adaaaa, dan macam-macam lagi perasaan yang berbaur lah…

Ok, tipulah kalau sia ni langsung tidak pernah berasa bangga dengan diri sendiri. Pernah… Sia ada berasa bangga bila sia dapat beli rumah idaman sia walaupun rumah tu bukanlah dalam kategori mewah. Sia berasa bangga sia dapat grad jadi seorang jurutera walaupun sia ni mungkin pada sesetengah orang kurang pandai untuk menjadi seorang jurutera. Dan sudah pastinya sia bangga ada suami yang sia ada sekarang dan dianugerahkan anak yang pada sia sangat bijak. See? Sia juga tahu berasa bangga ok.

Tapi, pada kebanyakan masa, sia hanya berbangga pada benda yang sia rasa betul-betul patut dibanggakan. Mungkin pada orang perkara tersebut tidak perlu dibanggakan sangat, tapi jika sia rasa perkara itu sangat membanggakan, sia akan berasa bangga dan kadang kala tidak teagak-agak untuk menunjukkannya pada orang sekeliling.

Bila cakap pasal ni, sia teringat ada seorang kawan dulu-dulu. Dia ni boleh dikategorikan sebagai anak orang kayalah jugak. Rumah terletak di kawasan perumahan mewah. Kereta berderet-deret jangan cakaplah kan. Dijadikan cerita, sia pernahlah singgah ke rumahnya, dan sia sedarlah akan keberadaan keluarganya itu, tetapi tidak pernahlah pula sia terfikir untuk mengaguminya. Sebab, pada sia, kekayaannya itu adalah pada tahap biasa-biasa saja. Sebab, sia pernah tengok rumah orang yang lebih kaya daripada itu. Jadi, tidaklah terpacul sebarang kata-kata pujian daripada mulut sia yang sangat becok berbicara ini. Tiba-tiba, ada satu hari tu dia boleh bersuara “Aku peliklah. Ko datang rumah aku hari tu, x cakap apa-apa pun” Sia yang terpinga-pinga ni pun jawablah balik “Ermmmm, kenapa? Aku patut cakap apa?" Lepas tu, kamu tahu apa yang dia jawab “Taklah, selalu orang datang rumah aku, mesti cakap pasal rumah aku, cakap kemain banyak kereta yang ada kat rumah aku…” Huahuahuahuahuaua… Masa tu, serius sia rasa mahu ketawa sebenarnya tahu.. Tapi, mengenangkan kawan, sia tidaklah jadi ketawa terbahak-bahak. Sia pun jawablah dengan sarcastic nya “Ok… Aku pernah tengok rumah lagi besar dari rumah ko. Dan aku pernah tengok rumah yang ada lebih banyak kereta daripada rumah ko, so, apa yang peliknya? Biasalah.. Tapi, kalau rumah ko besar gedabak macam rumah kat Damansara Height tu, memang aku tak teragak-agaklah nak terkejut dan terasa vangga sekejap” Hah! Ambik ko! Tidak pasal-pasal kena sebijik! Niat untuk berbangga terus terbantut ko! Elleh! Bangga tidak bertempat ok! Rumah tu pun bukan rumah dia pun, rumah mak pak dia ok! Haiyoyoyooyoyo manusia….

Eh! Panjang pulak melalut ngumpat member seorang ni…

Jadi, sebenanrnya, kenapa sia buat entry ni?

Sebenarnya, sia mahu bagitahu.. Minggu lepas sia dapat anugerah.. Hehhehehhe… Bukanlah anugerah besar mana walaupun nama anugerah tu Anugerah Pencapaian Istimewa. Dan, sudah tentunya sia langsung tidak berasa berbangga pun dapat anugerah ni sampai terniat di dalam hati mahu menempah baju baru semata-mata untuk dipakai semasa mengambil anugerah tersebut. Sumpah! Sia tidak bangga. Buktinya, petang masa balik tu, En. Suami sia tanya “Mana sijil anugerah tadi?” Sia tanpa rasa bersalah menjawab “Ada kat atas meja kat office” Tahu En. Suami cakap apa? “Ape daaaaa… orang dapat anugerah tunjuklah kat suami.. Tunjuklah kat orang..” Sia yang macam sia cakap tadi tidak punya perasaan bangga terus jawab macam ni “Alahhhh.. Setakat anugerah tu… Kalau anugerah dapat duit ke ape ke.. Patutlah bangga.. Setakat anugerah tu.. Cehhh!” See? Kadang-kadang ada sesetengah orang pelik dengan sikap sia yang satu ni. Sampai kadang-kadang ada orang bercakap yang sia ni manusia pelik sebab tidak berasa bangga dengan sesuatu benda yang patut dibanggakan.. Ahhhh! Tidak kisahlah apa orang lain mahu cakapkan? Hanya hati sia saja yang tahu apa yang otak sia fikirkan. Sia pun kadang-kadang tidak paham dengan diri sia sendiri… Erk! Apa yang ko melalut ni mamaglam? Aiyoo! Ni mesti sudah weng dek terlebih hidu bau-bauan di Bukit Tagar tadi ni..Hahahhahahha…

Ni lah sijil yang En. Suami teringin untuk tengok yang sampai hari ni pun sia tidak bawak balik untuk tunjuk pada dia.. Kamurang dapat tengok dululah kalau En. Suami sia tidak baca entry ni… Petang ni sia akan bawak balik untuk kasi tunjuk sama En. Suami sia.. Tengok dia ada vangga atau tidak…



p/s: Masa sekolah dulu bangga selalu dapat anugerah pelajar terbaik sebab rasa diri tu kunun memang layak... Huhuhu... Fengsan! Larikkkk!!! Si aweng memang sah sudah weng!

9 orang pot pet on "mamaglam dapat Anugerah ko!"

Eikyn on March 8, 2011 at 5:39 PM said...

u bangga x? i bangga..tp u nk i jdkn u idola x? kuangkuangkuang... u know the answer my pren... (bl si eikyn pn sudah pandai melaser di fb) :p

Unknown on March 8, 2011 at 6:42 PM said...

fewwiitt.. cayalah aweng.. terbaik!

ninieZUERYANNIE on March 8, 2011 at 7:38 PM said...

hehehe.. kita mmg segelombang~~ ape2 pon, tahniah wahai mamaGlam kerana dpt anugerah itu.. walaupon u rs xde apa, tp x sumer org dpt..

mama glam on March 9, 2011 at 8:15 AM said...

alamak! cemane nak react ni? maluuuuu... layak kerrr.. terbaik kerrr? korg dah ckp tu means layak and terbaik la tu yek? Ah! Poyo! larikkkk!

ekin: x perlu sampai mcm tu.. kita kan ada cara masing2... sabo je lah eik my pren..

mast: weeewoooo!

ninie: sebab tu kita ni memang xleh nak dekat... sejam x pernah cukop!

Anatel Ameen on March 9, 2011 at 2:22 PM said...

congrats...keep up the good work. Kekuatan kita terletak pada hati.

ninieZUERYANNIE on March 9, 2011 at 11:26 PM said...

Mamaglam, tau xpe! Skli jumpa mmg harusla berjam2 sesi ceramahnye ye.. Hihihii

mama glam on March 10, 2011 at 11:02 AM said...

mak ana: hehehhe.. tq!

ninie: tapi, sukalah jumpa!

Jacqueline on March 27, 2011 at 8:45 AM said...

tahniah mek!

mama glam on March 28, 2011 at 2:42 PM said...

Jacq: tq Jacq!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery