Tuesday, January 11, 2011

Bergantung pada apa?


Malam tadi En. Suami keluar bermain badminton. Tapi, sebelum tu, kami beri Aimee ubat Redon a.k.a ubat demam sebab pagi tu dia ada injection yang 5 serangkai (ulangan). Lagipun, petang tu badan minah tu pun macam ada panas-panas sedikit.


Dijadikan cerita, sebelum si ayah keluar, si mamalah terpaksa mengalihkan pandangan si anak supaya dia tidak perasan yang ayahnya keluar… Tapi, being si anak yang sangat rapat dengan ayahnya, dia sedar jugak bunyi pintu walaupun si ayah telah sehabis baik katupkannya dengan perlahan-lahan… Habis melaung minah tu dibuatnya!

Si mama yang tinggal cubalah tenangkan si anak dengan offer macam-macam.. Biskutlah, game iphone lah… Ok, alhamdulillah berkesan…

Tapi, sekali lagi being anak yang sangat rapat dengan ayahnya…. Jam belum pun tunjukkan 8.30 malam, si anak sudah merengek-rengek minta cicu (susu). Si mama kesian jugak, bagi sajalah kan. Sekalinya, si minah kumari terus terlelap… Tidak tahulah samada dia memang sudah mengantuk, ataupun, dia berasa bosan sebab ayah kesayangan tiada di rumah, ataupun dia memang tiba-tiba menjadi lalok disebabkan ubat demam tadi…

Jadinya, si mama terus bawak si minah masuk ke bilik dan tidur bersama konon, selepas itu mahu keluar semula makan ubat dan buat benda2 lain… Tapi, mungkin juga disebabkan sudah sekian lamanya si mama tidak tidur awal, maka si mama pun terlajak sama tidur sampai ke pagi…

Akibatnya, si mama telah tidak makan ubat malam tadi… Ubat tahan muntah dan ubat angin yang sangat sangat sangat penting itu….

Dan akibatnya juga, si mama pagi tadi telah muntah-muntah dengan hebatnya…. Ouh! Sungguh ku benci apabila ku terpaksa bergantung kepada kedua-dua ubat itu! Sekali lagi, bilalah semua ini akan berakhir? sob sob sob... =(


3 orang pot pet on "Bergantung pada apa?"

ninieZUERYANNIE on January 11, 2011 at 2:48 PM said...

oooo siannye.. bersabar k.. insyaAllah x lame je lagi akan stop.. mudah2an..

faez said...

akak. faez dulu pun morning+afternoon+evening+night sickness jugak... tapi faez seboleh2 elak mkn ubat. sbb mcm takut ade effect pada baby kah? huu.. jgn begantung sgt kak. layannn je.. dlm 5m baru akak akan rase stable sikit. faez ada terbaca mane2 artikel, kalau mama dpt sickness tu macam, maknanya hormon+nutrition kite sgt cukup utk baby. and baby sihat.... ecece. MRAL OF THE STORY- cuba kurangkan pegantungan itu ye?

mama glam on January 12, 2011 at 9:28 AM said...

ninie: tuhlah.. mudah2an cepatlah ianya berlalu...

faez: 1st dulu mmg akak x mkn ubat sebab masih boleh tahan lagi.. tapi, kali ni mmg x boleh tahan.. hari tu cuba bertahan, 2 minggu memang melepek habis, langsung x boleh buat kerja, memang rasa nak tido je.. sampaikan, since dapat tahu preggy, dah 5 hari MC yang official... tuh yang terpaksa jugak mkn ubat tu.. tapi, mmg ingat weekend nak cuba stop, sebab x kisahlah kalau muntah etc on weekend kan? kalau weekdays, takut org ingat kita ni mkn gaji buta datang kije tp xleh nak buat kije (sendiri rase tau =( )...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery