Wednesday, December 15, 2010

Manusia ni....


Ni sekali lagi kisah luahan perasaan…. Tidak suka, macam biasa.. tekan butang pangkah ok sayang-sayang sekalian....

*************************************************************************************

Manusia ni, sudah lama sia bersabar dengan dia ni…

Mula-mula kenal manusia ni, sia baik jugaklah dengan dia… Iyalah, being sia yang memang senang masuk dengan semua orang kan? Dan tiada apa prasangka buruk yang hinggap di kepala sia masa mula-mula kenal dia…

Tapi, bila betul-betul kenal manusia ni, ya Allah! Sia terfikir dalam hati sendiri “Apa pasal dia ni berperangai macam ni?” Yang paling sia ingat yang buat sia mula rasa tidak senang dengan dia adalah statement yang dikeluarkannya pada penghujung tahun 2009 yang lepas. Masa tu, sia dengan ada beberapa orang kawan ni memang sedang gila membeli-belah macam-macam. Kain lah, tudung la dan banyak lagi lah. Tiba-tiba sedang syok-syok berborak pasal barangan yang kami beli, tiba-tiba manusia ni berbunyi “Ish! Ish! Membazir betul. Macam mana mau cepat kaya kalau berbelanja sebegini rupa” Erk! Kami yang sedang hangat berborak pasal hasil-hasil tangkapan kami ni terus terdiam dan terkedu…. Dan dan tu jugak dalam masa terdekat tu sia post dalam blog pasal kegeraman sia pada manusia ni. Dalam hati “Eh kau ni, aku punya duit, aku punya suka lah. Yang kau kesah apa pasal. Bukan aku pow duit kau pun. Sesen pun aku tidak kacau duit kau ok!”

Malas mahu memanjangkan perkara, sia selepas tu buat biasa sajalah… Bergaul seperti biasa dengan manusia yang kononnya akan jadi jutawan ni….

Tapi, lama kelamaan, perangai manusia ni sangat boleh menimbulkan amarah dan kemeluatan. Dengan perangai keanak-anakkan yang kononnya a.k.a gedik dan sangat suka syok sendiri itu, owh! Please! Sangat boleh membuatkan muntah ok! Kadang-kadang bila dia tunjukkan perangai dia yang sia maksdukan di atas, sia yang sememangnya mulut pun boleh tahan, adalah jugak sound direct, dengan harapan dia akan berubah. Tapi, malangnya, illek! Lagi perangai syok sendirinya membuak-buak bak cendawan tumbuh selepas hujan….

Kalau syok sendiri tu setakat kadang-kadang, bolehlah jugak sia tahan wei! Ini, boleh katakan tiap-tiap hari ok! Perasan diri tu cantik lah, perasan diri tu pandai lah, perasan diri tu moden sangatlah, perasan diri tu seksi lah, perasan diri tu glamour lah, perasan konon keluarga dia sajalah yang paling pandai, paling genius, paling moden lah…. Sehingga, menidakkan kepandaian orang lain, kecantikkan orang lain, kekayaan orang lain dan lain-lain lagi yang lebih dari dirinya… Menidakkan aku ni, aku tidak kisah lah wei! Aku sedarlah diri aku ni! Tidaklah perasantan macam kau tu! Please lah! Sedorlah diri tu sikit, orang kalau gila pun tidak cakap diri dia gila tahu?

Yang paling tidak tahan bila dia memuji satu-satu benda yang tidaklah patut dipuji2 hingga kalau sesiapa yang mendengarnya macam akan terbayangkan “Wow!” Tapi, benda yang patut dipuji tu, entah kenapa pandai pulak dia zip kan mulutnya. Ok, bercakap pasal ni, sia tidak minta atau harapkan sedikit pun pujian dari manusia ni ok! Apa yang cuba sia sampaikan di sini. Cuba bersikap realistic. Benda yang elok, kita patut cakap elok, benda yang cantik, kita patut cantik, benda yang hodoh, kita akan cakap hodoh atau kalau tidak mahu berbunyi kejam, diamkan saja diri. Ini tidak, benda yang tidak semenggah dipuji-puji melambung macam itulah yang tercantik sekali, terpandai sekali, terkaya sekali, terbijak sekali. Mana yang sememangnya patut dipuji dan dibanggakan, tidak sebutir pun perkataan memuji yang keluar dari mulutnya. Owh! Please….. Memang manusia yang tiada citarasa ok! Ataupun, sebenarnya dia ni memang berdengki dengan sesuatu atau orang yang dirasakannya lebih daripada dirinya? (Bukan bercakap pasal diri sia arrr… Kalau sia pun dia mau dengki atau cemburukan, memanglah sangat kesiannnnnn)

Lagi satu perangai keanak-anakkannya yang boleh membuatkan orang meluat. Gedik konon. Hello! Kau tahu tidak apa maksud gedik? Kalau aku lah orang kategorikan sebagai gedik, aku malu kau tahu? Ini, boleh pulak dibanggakan bila dirinya dikategorikan sebagai gedik. Hish! Tidak faham aku!

Dia ingat dengan kedua-dua perangainya yang di atas ni, orang sukalah? Hello! Sedarlah wahai manusia, orang tidak suka ok! Orang lain tu bukan jenis bermulut sarcastic macam aku sebab diorang cakap pasal kau di belakang demi menjaga hatimu. Hanya kau saja yang tidak tahu untuk menjaga hati orang lain. Dulu-dulu aku pun buat macam tu sebab aku masih boleh tahan lagi. Kini? Aku sudah tidak boleh tahan! Torek telinga ni dengar ok! Bagus aku cakap di sini (itupun kalau kau fahamlah), dengan harapan kau cubalah untuk berubah. Bukan apa, aku kesian tengok sikap kau tu. Orang yang tidak mengenali kau mungkin ingat kau ni innocent etc, tapi, bila sudah kenal, hah! Hambek kau! Orang sekeliling kau menyampah ok! Baiklah kau cuba untuk berubah, janganlah terbawak2 perangai yang konon-konon masih remaja a.k.a masih di bangku sekolah tu. Kau tu bukannya makin muda. Dekat 30 sudah pun, lainlah aku yang maintain 25 ni… Hahhahahahaha…..

Oklah, sekian sesi luahan perasaan si mama glam..



p/s: Entry ni pun sebagai peringatan kepada diri sendiri. Kita bukannya sempurna. Pada yang boleh menerima teguran, oklah. Mana yang tidak? Takut jugak kalau sia berperangai macam ni. Kamu-kamu tolong sedarkan sia ar kalau sia terrrrr.... Mana yang gurau-gurau tu, kamu fahamlah kan? Takkanlah sia puji diri sendiri dan maksudkannya. Karang jadi macam orang gila yang tidak mengaku gilak... Hahahhaa.... Kamu-kamu kan sayang sia? Sebab tu sia pun sayang kamu-kamu semua!!!! Muahhhh! Takut wei! Nauzubillah!


5 orang pot pet on "Manusia ni...."

::EIDA:: on December 15, 2010 at 5:32 PM said...

Sapa sapa ?
Yang mengambil takhta gedik i ni !!!
I mara ni !!
huu ~

mama glam on December 15, 2010 at 5:36 PM said...

hahahahha... u punya gedik tu i boleh tahan lagi.. yang gedik jenis ni, owh! pengsannnnnn!

Anatel Ameen on December 15, 2010 at 10:13 PM said...

terkenang masa bujang dan mula bekerja di sebuah sekolah di sungai buloh. Ada seorang guru wanita ni tanpa segan silu tanya berapa yang mak ana simpan sebulan memandangkan tinggal serumah dengan mak dan dapat gaji degree. Mak ana jawab mudah je, takde simpan2, perabihkan semua. Mati sok kempunan tak dapat beli barangan kesukaan. Lepas tu takde sape tanya lagi dah. Payah juruaudit tak bertauliah ni.

empress_azalea on December 16, 2010 at 7:45 AM said...

chill la,akak..jangan layankan sangat..u kan glamour!abes la u punye fabulousity nanti..hehe

mama glam on December 16, 2010 at 8:49 AM said...

mak ana: tuh lah... ontah kenape bz body sangat hal org.... hal dia, pandai pulak dia keep it herself... tapi, i pun x hingin nak tau pasal hal dia yang xdeklah jutawan itu.. dasar kedeks!

wanie: tuh lah... nasib ai lah jumpa org2 mcm ni... x sedor diri... glamour? fabulous? hahahhahha.... u cakap arrr... bukan ai cakap haaaa.. hahahhaha...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery