Wednesday, November 24, 2010

Sikit aku tidak rugi ok!


Ini entry sangat panjang wooooo.. Sesi luahan perasaan.. Kalau malas baca, sila tekan butang pangkah sebelah kanan atas tu ya...

Masa dia mula-mula masuk pejabat kami, pandangan pertama sia memang kurang menyenangkan. Riak muka yang tidak berapa peramah memang membuatkan sia kurang selesa untuk berterus-terusan rapat dengannya. Hanya urusan kerja yang membuatkan sia mengadakan perbualan setiap hari. Lagipun, masa tu sia duduk dalam bilik berseorangan.

Pada awal tahun 2009, ruang pejabat kami tiba-tiba cramp bila terlalu ramai pekerja baru masuk termasuklah bos-bos atasan.. Lantaran itu, kami-kami yang setakat anak ikan terpaksa ditempatkan duduk sebilik seramai 4 orang kesemuanya, sia, si A, B, & C. Sia yang memang orang tahu senang untuk masuk dengan orang tiada masalah dengan cadangan perpindahan tersebut.. Redha aja… Lagipun, masa tu perut sedang membawa budak, hati pun senang…

Berbulan-bulan duduk sebilik, akhirnya kami menjadi sangat rapat dek lawak-lawak bodoh dan cerita-cerita yang dapat menghilangkan duka dan lara. Lebih tepat lagi, 3 orang daripada rakan sebilik itu, sia, si A & si B sangat rapat sampai boleh dikatakan ke mana saja akan berjalan bertiga….

Awal tahun 2010, rakan rapat si A mencadangkan agar sia berkongsi berbuat bisnes kecil-kecilan dengannya. Sia yang pada masa itu memang sangat gila berbelanja tudung-tudungan setuju saja dengan cadangannya tersebut. Maka, bermulalah bisnes kecil-kecilan kami pada bulan Januari. Walaupun bisnes tersebut dimiliki oleh kami berdua, rakan rapat kami si B tidak pernah kami lupakan setiap kali kami keluar untuk mengambil stok barang-barang jualan. Nama pun kawan rapat kan?

Beberapa bulan pertama kami menjalankan bisnes, hubungan persahabatan kami masih utuh. Tapi, lepas beberapa bulan tersebut, entahkan kenapa, tiba-tiba kawan rapat kami si B tiba-tiba menjadi senyap dan bertindak mendiamkan diri dan seolah-olah tidak mahu bercakap dengan kami berdua yang berakan bisnes.

Tidak paham dengan keadaan tersebut, sia beri masa untuk dia sembuhkan luka sekiranya dia ada masalah dan tidak terasa mahu bercakap. Tunggu punya tunggu sampailah ianya memakan masa sehingga 2 minggu, keadaan masih tidak berubah… Dia kini melayan kami berdua seolah-olah kami ini adalah orang asing padanya. Tapi, tidak pula pada rakan sebilik si C. Elok pulak dia bergelak ketawa dan bercerita dan berhuha…

Genap kesenyapannya 2 minggu, sia ambil tindakan menghantar SMS kepadanya bertanyakan samada dia ada terasa hati dengan sia ataupun rakan bisnes sia. Tunggu punya tunggu… tiada balasan…

Sia yang tidak puas hati kemudiannya bertanyakan kepada si C… Tapi, menurut si C, dia ok saja.. Iyolah, dia ok dengan kau, so apa kau kisah nak korek lebih kan? Hadeilah…

Tidak puas hati lagi dengan jawapan si C, sia tanya terus dengan empunya diri si B. Lebih kurang macam nil ah dialognya:

SIa: U ada terima SMS i tak?

B: Ada (jawab acuh tak acuh)

Sia: Kenapa tak reply?

B: Tak tau nak reply apa? (pun jawab acuh tak acuh)

Sia: Ok.... (konpius sekejap) U ni ada terasa hati dengan I atau si A ke?


B: Takde. Apa yang buat u ingat I ada terasa hati? (jawab dengan muka toye)

Sia: Iyalah, tiba-tiba u berubah macam xnk bercakap dengan kitorang berdua.

B: Apa yang buat u rase I xnk bercakap dengan u? (sekali lagi jawab dengan muka toye)

Sia: Iyalah, u elok jer bercakap dengan si C, tapi tidak dengan kitorang berdua. Kitorang ada buat salah apa-apa ker yang buat u kecil hati etc?

B: Xde (dengan nada sinis dan langsung tidak memandang muka sia yang cun melecun ni.. hehheheheh)

Sia: Oklah, xpelah.. Kalau u dah kata macam tu, I terimalah. Tapi, kalau memang u ada terasa hati dengan kitorang tapi u xnk cakap, kitorang minta maaf. Mungkin ada yang tergurau terlebih membuatkan u kecil hati. Sekali lagi kitorang minta maaf. Kitorang langsung tak berniat.. 0-0 k!
Perbualan itu akhirnya ditamatkan dengan sekadar anggukan daripada si B… Takpalah.. janji dah terlerai apa yang terbuku di hati selama ni..

Tapi, sia perasan, semenjak kejadian tu, si B ni memang nampak jelas seolah-olah tidak mahu terlalu rapat dengan kami berdua, sia dengan si A. Sia yang malas mahu memanjangkan perkara tersebut, buat-buat seolah-olah tiada apa yang berlaku dan bergaul seperti biasa dengan rakan-rakan sebilik…. Bergurau senda dan terkasar bahasa tu biasalah kan.. Lagipun, memang semua pun mulut boleh tahan dalam bilik tu. Jadi, kalau ada yang terasa-terasa hati tu, layan sajalah… Sia pun kalau ada terasa seperti lawak diorang sudah keterlaluan sia pasti akan berbunyi “ok cukup.. cukup.. I dah mula tak berasa suka ni.. dah mula nak marah ni” Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu, sia mengelakkan keadaan menjadi sensitive dan mengelakkan daripada sia terasa hati dengan sesiapa pun di dalam bilik tersebut… Terasa-terasa hati di belakang-belakang tu biasalah… Kadang-kadang kemudiannya ianya akan sembuh sendiri.. Tidak perlu dibesar-besarkan… Jiran sebilik..

Dalam bercerita-cerita dalam bilik kami tu, pernah sia beritahu kesemua jiran sia akan masalah sia yang sangat susah untuk membaca sekiranya ada bunyi-bunyian seperti lagu atau borakan orang yang terlalu kuat. Entahkan kenapa otak sia ini susah untuk mendapatkan konsentrasi bila ada bunyi-bunyian seperti itu. Iyalah sia ni kan bukan orang yang bijak sangat.. Biasa-biasa saja… Ini memang antara masalah sia yang membuatkan sia jadi sangat malas untuk membaca, sebab sia memang jenis yang kalau baca, sia akan baca perkataan satu-satu dan cuba fahami apa yang ditulis, tidak kiralah bahan bacaan itu merupakan surat khabar, majalah gossip ataupun setakat blog merapu meraban… Kalau ada bunyi-bunyian, memang sah-sah sia akan asyik mengulang-ulang membaca bahan bacaan tersebut beberapa kali sebelum dapat memahaminya… Ya! Memang lain daripada yang lain. Panggillah apa saja, lembap atau apa saja yang kamu suka… Itu adalah sia si mama glam yang lembap dalam pembacaan… Sia redha ya…

Ok, bila kita sudah memberitahu masalah kita pada orang sehingga sedemikian rupa, sudah tentulah ianya adalah bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka pada bila-bila masa yang kita perlukan kan?

Dijadikan cerita, ada satu hari Jumaat yang indah… Dekat-dekat waktu makan tengahari, sia kelam kabut mengarang email untuk dihantar secepat yang mungkin… Untuk mengarang email, sudah tentulah kita perlu membacanya kan? Kebetulan pada masa yang sama, si B & si C sedang rancak berborak dengan berlatarbelakangkan muzik yang kuat. Sia yang cuba untuk memahami setiap patah perkataan yang sia karang dalam email tersebut akhirnya mengalah dan berbunyi “Korang boleh tak korang slow kan sikit volume lagu tu dan stop borak kejap. I nak karang email dan nak kena hantar email ni cepat sebelum waktu rehat ni. 5 minit je ok?” Tapi, hampaaaa…. Tiada reaksi yang diberikan oleh kedua-dua orang yang sedang rancak berborak tadi… Sia tidak berputus asa beranggapan positif ~Mungkin diorang tidak dengar kata-kata aku tadi kot?~ Jadi, sia ulang semula permintaan sia… Sekali lagi, hampa… Hanya lagu diperlahankan sedikit. Tapi, borak yang semakin rancak masih diteruskan juga….

Malas mahu bertikam lidah, sia terus saja ajak si A pergi ke kantin membeli makanan. Tidak baiklah melaser pada rakan sebilik kan? Mahu duduk lama ngko! Tidak sedaplah kalau bermasam muka kan?

Naik daripada membeli makanan, si C bertanya pada sia “Urgent sangat ke email yang u nak hantar tu?” I’m like OMG! Sia yang sememangnya sedang bengang hanya mampu menjawab “Urgent lah dek non… Kalau idak urgent, idaklah ku minta kamu senyap barang 5 minit yang sekejapan itu” Noktah. Malas mahu bercakap panjang…

Lepas kejadian itu, tidaklah pernah sia panjangkan perkara tersebut.. Demi menjaga persahabatan dengan rakan sebilik, sia lupakan saja kejadian tersebut dan bergaul seperti biasa, sehinggalah pada bulan 10 yang lepas di mana sekali lagi sia perlukan kesenyapan buat seketika untuk membolehkan sia mengarang tugasan untuk PTK. Situasi yang sama berlaku seperti kejadian sia mengarang email… Dan sekali lagi, sia malas panjangkan hal, sia diamkan diri saja konon demi untuk menjaga persahabatan rakan sebilik… Sabarkan sajalah walaupun sebenarnya mulut kau macam longkang kalau kau mahu melaser kan? Jangannnnn… Lama lagi kau mahu duduk sebilik tu…. Sabarrrrr….

2 minggu yang lepas, sia ditugaskan untuk membuat laporan yang mana sia perlu kumpulkan maklumat daripada beberapa rakan sekerja. Antaranya adalah si B. Jadi, dialog lebih kurang begini:

Sia: U ada tak kumpulkan maklumat bla bla bla…?

B: Ada. Nah…

Sia: Yang aktiviti ni takde tarikh ke?

B: Ada, tapi dia ada banyak tarikh lah. Nak masukkan semua ker?

Sia: Masuklah kot.

B: Macam tu, u amik spread sheet I ni dan extract daripada situ jerlah…
Lepas dapat spread sheet tu, sia pun beleklah fail dalam spread sheet tu. Hambek ko! Ada lebih 160 engkau! Gilo ko apo? I pun bersuara…

Sia: U jerlah listkan aktiviti tu then bagi pada I…

B: Ala senang jer nak baca senarai tu.. U extract jerlah daripada list tu

Sia: Memanglah senang nak baca.. Tapi banyak tu nak kena sort out.. Kan senang kalau u asingkan siap-siap then bagi kat I..

Korang tahu apa reaksinya? Dia diam membisu seolah-olah sia ni sedang bercakap dengan batu hokay! Langsung tidak berbunyi dan buat-buat seolah-olah dia tidak mendengar kata-kataku itu tadi… I’m like ok…….. Sekali lagi sia ulang ayat yang sama, reaksinya pun sama saja…. Hadoilah… Penin kepalo mak! Dalam hati berkata ~Engkau ni kenapa? Apa pasal tiba-tiba diam seribu bahasa ni pulak?”~

Malas mahu berkata-kata lagi, sia pun print saja senarai yang diberi, dan cuba untuk sort out kesemua aktiviti yang disenaraikan… Hadoilah… Mana mahu buat laporan lagi… Mana mahu kumpul gambar lagi… Mana mahu buat presentation slide lagi.. Hadeilah… Memang bikin panas ok!

Setelah bertungkus lumus beberapa hari, akhirnya kerjaku itu siap jua, walaupun tanpa bantuan si B yang sepatutnya itu memanglah kerja dia pun.. Aku ni pengumpul maklumat saja ok. Kau pun tahu memang maklumat tu tiap-tiap suku tahunan kau kena beri pada pengumpul maklumat, jadi apa masalahnya pulak kali ni kau tiba-tiba jadi kayu diam seribu bahasa?

Apa-apa sajalah! Buat pengetahuan kamurang, minggu ini, genaplah 2 minggu sia juga bertindak mendiamkan diri dan malas mahu bercakap dengan si B ni. Sebab sia sudah fed up dengan sikapnya yang pada sia sangat mementingkan diri, ego tidak bertempat dan tidak matang! Please lah... duduk satu pejabat ni... Apa kau ingat kau tidak akan perlukan aku pada masa akan datang? Bila mana masa itu tiba, kau tahulah... Lagi satu, orang macam dia ni tidak menghargai erti sebuah persahabatan. Jadi, kalau begitulah kehendaknya, buat apa sia mahu terhegeh-hegeh mahu membetulkan keadaan yang pada dia tidak mungkin akan betul. Sikit sia tidak rugi buang kawan seperti si B ni lah… Aku ada banyak lagi kawan lain yang tahu menghargai erti persahabatan berbanding kau yang @#$^*)_*&#$%.... Sendiri terjemah….

Malas mahu pening kepala, orang macam ni, kali pertama sia jumpa selama hidup 25 tahun (erk?) dalam muka bumi ni… Tidak mengapalah.. Sia anggap ini semua dugaan hidup.. Pasti ada hikmahnya… Hanya tuhan yang tahu… Tapi kan kamurang, terus terang sia cakap orang macam ni, kalau dia datang minta maaf dengan sia, sia pasti akan maafkan, tapi untuk melupakan apa yang telah dia lakukan, TIDAK SAMA SEKALI! Titik!

Ok, sekian sesi luahan perasaan si mama glam untuk hari ini…

12 orang pot pet on "Sikit aku tidak rugi ok!"

::EIDA:: on November 24, 2010 at 5:04 PM said...

Fuh !
Penat Bace !
=p
Sabar yer . .

Ayu Fairuz on November 24, 2010 at 5:04 PM said...

ko adalah seorg yg reasonable, kind, tolerate & smart..
tabahkan hati.. u r a really tough girl (girl sey.. hehe)

mama glam on November 24, 2010 at 5:58 PM said...

Dayah: tu yg membace... Yg mengarang? Sendiri jawab! Huhuhu... Mmg kena sabor la dayah... Apo laie pilihan yg den ado? Nan ado kan?

Unknown on November 24, 2010 at 6:01 PM said...

aweng yang ku kenali.. sekali marah hambik ko..

takpe la weng.. anggap dia baik aje... tak payah rapat2 sgt dah.. aku pun dah byk benda kena tepet kat ofis.. so akhirnya aku jadi lone ranger aje le.. habis citer

mama glam on November 24, 2010 at 6:03 PM said...

Ayu: ko yg ckp ar... Bukan aku ckp ar... Kembang kempis jap... Hahaha... Tapi tulah kan ayu.. Dok sebilik ko! Boleh dia tahan hidup mcm tu... X tau aku dtg dpd planet mana ntah... Haih! Penin kepalo den! Mmg kena tabag nk ngadap tetiap hari ngko! Sib baik jumaat dgn isnin ni aku cuti. Rehat jap mata aku... Hahaha... Neway, thanks ayu bg support semangat sket kt aku =)

mama glam on November 24, 2010 at 6:05 PM said...

Mast: tuh lah... Lain org lain peel kan? X segelombang dgn kita2 ni... Ada hikmahnya aku kenal org mcm ni... Tuhan aje tahu... Redha... Bertahanlah! Hait! Thanks mas bg semangat kt aku... Korg2 mmg kwn2 terbaek!

melratm on November 25, 2010 at 12:43 AM said...

Sokong! Sokong! Kasi boo sama dia! Mbekkkk! Amisah yg ku kenal mmg tak berkira dgn kawan2 dia, kecuali sorang je....... Aku daaaa, suami dia

ninieZUERYANNIE on November 25, 2010 at 10:03 AM said...

huhuhuhuu sabar byk2 k.. mmg geram kalo diperlakukan mcm tu.. tp sbr jelaa demi ofc terchenta..

setuju ngan kate2 en muzamil, suamimu kat atas tu.. anda mmg x prnah berkire ngan kawan2.. tp ayat yg last tu x mo setuju, korg je la yg tau.. kuikuikui..

mama glam on November 25, 2010 at 1:14 PM said...

Muzamil: poyo laki aku! Kg da dpt 4-4 ptk kita g mkn kt restoran buluh k! Berkira eik? Ada org nk 'kebulur' ni... Kah kah kah

mama glam on November 25, 2010 at 1:15 PM said...

Ninie: thanks.. Mmg kena sbr... Demi opis terchenta... Ngeeee.....

Laki ai tu mmg nk kena tau!

Anatel Ameen on November 29, 2010 at 8:29 AM said...

In friendship, there is a saying, two is good but three is a crowd. memang kompom akan jadi cerita tak puas ati ke, membawak diri ke. bukan tak matang, cuma mungkin pada dia kita ni kawan rapat (the only kawan rapat) tapi pada kita, semua orang pun kawan rapat...so ada konflik di situ. i learned that masa kat kolej dulu and since then, i have no problems being a lone ranger.

I have lots of friends, but not a best friend. My best friend is my husband. The one that I could trust, the one i could share secrets that i know who will never use it to destroy my reputation.

Kat ofis ni, kadang-kadang apa yg kita kata, orang akan bercerita semula tapi dalam terjemahan yang berbeza. Tu yang terjadi salah faham. Dia tak kecik ati dengan kita, tapi dia kecik ati dengan cerita yang dia dengar tentang apa yang kita kata. SMS pun sama... macam yang Mak Ana sedang hadapi ni. (Tak boleh nak cerita kat blog, nanti org ofis baca dan mengeruhkan lagi keadaan). Even I did not disclose my blog, ada yang suka jadi silent reader dan buat kesimpulan dan bercerita pulak di luar. Hahaha gigih betul.

Panjang sikit sebab nak cerita, pastu leh jadikan teladan atau sempadan...which ever u think appropriate.

Alkisah...

I sent an SMS saying congratulations for a friend who got transferred to our organization. She was from my previous org. Jumpa balik under same roof but with different department. So dia unit jaga sistem n such. Kitorg ni tgh test satu sistem ni...which pada Mak Ana sistem yang lousy dan belum mantap. Knowing her good in system, even having Master Degree on System, mak Ana anta la sms berbunyik "Bagusla ko masuk situ, boleh tolong ABC System yang macam idup segan mati tak mau tu"

This friend pulak punya pandai, tunjuk kat kawan seunit dia my sms and asked "Teruk sangat ke Unit ni sampai kawan aku anta sms camni?"

See the conflict there? the misunderstanding kan? Benda kecik je, maksud Mak Ana suruh tolong mantapkan sistem tu, bukan kata unit tu teruk. So, ada la umat dalam unit tu pulak sekarang ni buat personal attack kat mak ana.

I could straighten up the issue, but my best friend (En. Hubby) kata, buat dek je sebab penyerang ingat Mak Ana tak tau apa kes sebenarnya bila dia menyerang and I layan dia macam biasa je as if nothing happen. I have the sms with me, I know I did nothing wrong... lantaklah. Life goes on than to think of this tiniest moron. Hehehe...

All the best dear... mak Ana dah tak boleh citer pasal ofis kat blog atau fb lagi dah. Minta maaf memenuhkan ruangan je.

mama glam on November 30, 2010 at 2:57 PM said...

Tuhlah dia mak ana.... Susah nak cakap dengan kawan-kawan kalau macam ni.... Yang tahu kita macam mana, oklah.. Yang tak tahu tu.. Macam-macam hal yang x sedap akan kedengaran... Apa-apa pun, persahabatan patutnya dijaga dengan sehabis baik, bukan diracun dengan benda-benda yang pada saya so minor dan so stupid untuk dirosakkan.. Tergigit lidah di mana-mana tu biasalah... Tidak perlulah diburukkan dengan cara yang tidak sesuai! Wallahualam....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery