Monday, November 8, 2010

Date dengan BFF


Weekend baru-baru ni memang sibuk yang amat bagi sia dengan En. Suami. Kami sibuk mencari kedai-kedai pembuat kitchen kabinet. Daripada Melati membawa ke Ampang, Jalan Ampang ke Taman Permata ke IKEA... Uwaaaaa!!!!!! Sangat mahal!!!!!! Nampak gayanya memang adalah yang kena dikurangkan di sana sini untuk mencukupkan bajet setakat yang kami ada sahaja. Kemudian bila ada bajet lebih barulah kami tambah di mana-mana yang perlu. Gabra rasanya menunggu quatation dari kedai kitchen cabinet... Huhuhuu....

Hari Sabtu hari tu pulak sudah berjaya mengempiskan dompet membeli sinki baru, tap baru, oven, hob dengan hood... Adeh lah... Mana lah mau cekau duit sebanyak-banyak alam ni hah? Duit... duit.... marilah datang padaku...... Grrrrrrrrrrr.....

Lepas ber tension tensionan memikirkan pasal kitchen cabinet dan pembelian barang-barang untuk dapur, kemarin sia dengan cik Suhai ke Shah Alam pula untuk berfoya-foya di sana. Heeeeee.... Ada kah berpoya-poya? Sudahlah sedang berjimat cermat untuk kumpul duit beli kitchen cabinet.... Urgh! Sebenarnya perjumpaan yang setelah sekian lama dengan BFF sia ni semata-mata sebab 1: Untuk membelanjai makan BFF sia ni sebab 02 Nov hari tu adalah birthdaynya (Selamat Hari Jadi cik Suhai sayang!), dan satu lagi sebab menemankan dia membeli barang-barang dan kain-kainan.... Lagipun, sudah terlalu lama kami tidak ketemu tau! Nasib baiklah En. Suami beri pelepasan dan sukarela menjagakan Aimee sementelah mamanya berjalan-jalan dengan Auntie Sue nya.. Thanks Abang!

Masa di SACC Mall, kami ke KK HOme Deco, Primavera dan Gulati's Silk House saja. Lain-lain tempat, tidak sompek! Lepas tu sempat jugak sia berkunjung ke salah satu kedai pembuat kitchen cabinet (sekali lagi?). Alah, setakat survey harga jak pun... LOL!

Serius rasa masa sangat mencemburui kami pada hari tu. Daripada jam 12.30 tengahari sampai 6.30 petang rasa macam setakat sejam jak... Tidak mengapa, lain kali kami akan rancang pertemuan yang lain. Kali ni sekali dengan Puan Czah dan Puan Ica kalau diorang free. Buat di rumah Puan Czah pun best jugak nih! Heeeeee....

Bawah ni antara gambar-gambar yang kami ambil masa di SACC Mall:

Masa ni cik Suhai sedang berunding harga dengan tokey kedai.

Sudah confirm harga, masa untuk bayar... Sia jadi pihak pemerhati jak lah... Hehehehhe...


Sebelum berambus, mari pose di depan kaunter =)


Dan kedai terakhir sebelum kami meninggalkan SACC Mall haruslah Gulati's Silk House.


Geram jak dalam hati sebab keluar dari kedai tu tanpa sepsang kain pun di tangan... Hanya cik Suhai saja yang membeli.... Simpan duit untuk kitchen cabinet lah katakan... PUan Ninie, sila percaya ok!




7 orang pot pet on "Date dengan BFF"

Anis on November 8, 2010 at 1:34 PM said...

cik suhai beli brg utk ehem2 ke...huhu

mama glam on November 8, 2010 at 2:58 PM said...

Ehem2? Apakah itu Anis?

Unknown on November 8, 2010 at 3:58 PM said...

ape kata kumpul duit dulu baru beli yang puas hati.. nak pakai lama tu..

Unknown on November 8, 2010 at 4:00 PM said...

ehem2.. aku pun tumpang.. kalau cik suhai ehem2 sila tampal gambar ok!! aku mau tengok!!

mama glam on November 8, 2010 at 4:07 PM said...

tuh la mas... aku tgh tunggu quatation dpd kedai tu dulu.. then baru decide... uwaaaaa!

wah! Nape korg lebih tahu daripada aku ni? Jika benarlah apa yang dikata, pasti akan kutampal gambarnya mas!

Anatel Ameen on November 8, 2010 at 6:16 PM said...

cuba tanya kat area kota damansara. Kebanyakan supplier dari kilang kat kota damansara. Aritu kat post box rumah mak ana ada fliers (banyak hoccay???) buat kitchen kabinet n built in wardrobe. Boleh tahan jugak murah harganya. Cuma kami je yg lom ada duhet hahaha. Nanti balik dr hotel ni mak ana cari semula quotation tu.

mama glam on November 8, 2010 at 10:57 PM said...

Oh ye ke? Ok jgk tu.. Bole compare harga kan?

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery