Tuesday, September 21, 2010

Malunyaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!


Pagi ini ada kejadian memalukan yang berlaku semasa menghadiri satu mesyuarat... Eeeeeee malunya kalau teringat! Padahal baru jak gelakkan dudu pasal entry malu-malu sendiri... Sekali sia pun terkena jugak daaaa.....

Begini kisahnya... Sia ni kalau menghadiri mesyuarat, selalunya yang akan sia cari, mestilah makanan dan minuman yang dihidangkan. Ternampak nasi lemak lauk ayam, terus terbatal niat untuk makan, sebab sebelum tu sudah melantak nasi lemak sambal sotong + paru goreng rangup (ala yang macam entry kemarin tu). Jadinya, tangan sia capai air jaklah... Lepas jak tuang, hirup separuh dan letak di depan sebelah kiri sia.

Tiba masa rehat sekejap, ada seorang mamat ni datang borak dengan sia di sebelah kanan. Mamat ni pun tuang air dan minum separuh. Habis-habis borak, dia pun blah tinggalkan air yang tinggal separuh tadi.

Dekat-dekat masa habis rehat, sia borak dengan bos sia yang berada di sebelah kiri. Sambil borak, sambil hirup air... Slrrrppppp, habiskan semua sekali! Habis jak minum, sia ternampak ada lagi satu cawan berisi air teh di depan sebelah kiri sia. Ait! (dalam hati rasa hairan pulak) Teruslah mulut ni laju macam kilat tanya pada bos yang berada di sebelah tadi ni:

Mama Glam: Ni air puan ke?
Bos: Bukan, air awaklah.

Gedebush! Gedebush! Dang! Dang!

Oh! Apakah yang telah aku lakukan????? Oh tidakkkkkkkkkk! Menyesal pun tiada gunanya.. Air telahpun sampai ke perot! Aduilah! Apalah! Ah! Abaikan, tiada siapa yang tahu pun.. Tapi, eeeeeeeee... jangan cakaplah! Lupakan!

Sekalinya sia nampak pulak mamat tu macam tercari2 cawannya tadi. Sia pun apa lagi, buat2lah tiada apa yang berlaku. Masaklah (Takkanlah) sia mau cakap yang sia sudah terminum airnya kan? Nanti apa pulak yang dia cakap... Eeeeeeeeeee.... malunya!!!!!!!!!!!!

Tu cerita dalam mesyuarat. cerita makan tengahari pulak, kebelakangan ni sia memang kurang bernasib baiklah... Tadi makan nasi goreng ikan masin... Makan punya makan, macam ada terbau sesuatu.. Bau ala-ala hanyir ayam yang sudah lama... Ish! Macam mana ya mau sia ceritakan.. Siapa yang biasa bau tu, taulah... Memandangkan sia tidak ada bawak duit lebih hari ini untuk beli makanan lain, sia cubalah jugak makan nasi goreng tu... Suap, ngomel, suap ngomel... Akhirnya lebih separuh jugaklah habis nasi tu.. Lama-lama, ah! tidak boleh jadi ni, tekak sudah rasa lain macam.. Rasa macam mau muntahkan balik jak... oh tidakkkkkkkkkk! Harus berhenti! Eeeeeeeeeeeee... Sudahlah aku laparrrrrrrrr! Gerammmmmmmmmmm! (Nota: hari tu di tawau pun terkena jugal makan murtabak jawa ada bau hanyir macam ni. Terus potong ok!)

Ok ok, cukup cerita memalukan dan cerita makanan bau hanyir ayam....

Layan gambar raya lah pulak...

Memandangkan keluarga sia di Tawau tidak ada budaya bergambar beramai-ramai, jadinya gambar pun bercerai-berai... Bolehlah ya! Janji entry ni tidak kosong daripada gambar kan?


Ni kunun mau ambil gambar anak beranak 3 orang la. Tapi ya ampun bukan main susah mau suruh minah kunari tu pandang kamera. Hah! ni lah hasilnya! Jadilah!


Gambar dengan mama dan ayahnya wajiblah ada kan?


Ni pulak gambar dengan Auntee Anna dan nenek hajinya.. Dengan atuk, lupa la pulak mau suruh si atuk berposing dengan cucunya...


Ni pulak gambar sebelum kami masuk balai berlepas masa mau balik KL sudah. Nenek haji tidak dapat ikut sebab kereta tidak muat (barang mama si Aimee bukan main punya banyakkkkk! Nanti sia bagitau apa tangkapan dari Tawau yang menyebabkan barang kami terlebih2.. hehehehhe)


Ni pulak gambar kami di rumah pakcik di Lahad Datu. Gambar macam ni memang wajib tiap2 kali kami balik beraya.. Hehehhe...


Itu saja untuk entry kali ini daaaaa.....

Eeeeee........ masih teringat2 lagi kes terminum air orang dengan bau nasi ayam hanyir tadi.... Eeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!

5 orang pot pet on "Malunyaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!"

none on September 21, 2010 at 3:32 PM said...

cantikknyaaa baju raya minah kumari tuuuu......nk gak amik gmbr ngan minah kumari yg makin cntik n ayu...hehehhe

mama glam on September 21, 2010 at 3:47 PM said...

cantik like mother like dotter kan? muahahahhahahahha.....

Dia dah pandai cakap diri dia cantik tau Ina. Biler kitorang cakap "Aimee can...? dia akan smbung "tikkk" Hahahhaha.. kelakar ok!

ninieZUERYANNIE on September 21, 2010 at 4:40 PM said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. sgt memalukan & ohhh tidak sanggup.. klakar sungguhlaaa.. mmg gedebus.. gedebush..

mama glam on September 21, 2010 at 5:14 PM said...

arghhhhhhhhh! memang sangat memalukannnnnnnnnn!!!!!!!! adeilah!

none on September 22, 2010 at 2:32 PM said...

ya Allah yer ke...sgt cerdik k minah kumari tu...tp mmg dia CANTIKKKKK pun like aunty na dia....wakakakaka!!!(nk menang gak tu)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery