Wednesday, September 1, 2010

Majlis Buka Puasa Lagik



Sekali lagi entry ini adalah entry basi.

Seperti yang sia cakapkan dalam entry hari itu, pada hari sabtu lepas, keluarga sebelah mertua sia datang ke rumah kami berbuka. Kami masak apa?

Kami masak nasi, ayam goreng, sayur campur, sagu gula melaka dan pudding caramel lagi sekali! (ini atas permintaan hubby. Tu memang favourite dia!). Makanan-makanan lain pun banyak, sampai tidka termakan semua.. Ada gulai lemak ketam, ikan masak rebus, rendang ayam… Ya Allah! Memang banyak sampai tidak ingat! Tapi, yang paling sia ingat dan sangat suka, sudah semestinya lamb chop buatan mak su, ibu si shasha. Fuh! Memang marvelous wa cakap lu! Eeeeeeeeeeee… tiba-tiba teringat pulak! Sedapnya! Sha, mintaklah ibu kamu buat lagi hari Sabtu ni.. hehehhehhe…. Kuih pun banyak selain 2 jenis kuih yang kami buat di atas tu. Ada cempedak goreng, kuih cara manis dan banyak lagi (pun lupa la sebab serius banyakkkkk).

Cakap pasal sagu gula melaka, sia kali pertama masak tau… Pulak tu, masa masak malam tu, En. Hubby keluar main badminton. Jadi, dijadikan cerita, tinggallah sia berdua dengan si minah cilik tu. Memandangkan minah ni asyik mahu berkepit sebab ayahnya tidak ada pada masa itu, terpaksalah mamanya campak saja sagu dan air ke dalam periuk dan tinggalkan di atas api. Siapa-siapa yang pernah masak sagu, mesti tahu apa yang terjadi kepada sagu di atas api itu kan? Habissssss berketul-ketul sagu tu! Hadeilah! Mahu tidak mahu, terpaksalah sia tambahkan air dengan harapan ketulan-ketulan tersebut hilang.

Dalam-dalam pada mencuba mengilangkan ketula-ketulan tersebut, minah cilik tu asyik uweng! Uweng! Uweng! Adeilah! Apa yang si mama boleh cakap
“Sorry sayang… mama tengah sibuk nak tenyeh ketulan-ketulan sagu ni. Kejap ye sayang.” Kesian si minah cilik tu kalau mamanya buat kerja di dapur dan ayahnya tidak ada. Asyik merengek sajalah. Kalau nekma atau onyang atau atuknya dengar ni, mesti diorang tidak sampai hati dan terus angkat. (sebab itulah MIL sia volunteer bawakkan lauk dan suruh kami masak nasi dan buat air saja. Tapi, tidak sedaplah kan jemput orang datang makan tapi tidak masak apa-apa lauk langsung kan?)… Sorry sayang mama, Aimee kena belajar berdikari, jangan asyik nak berdukung je. Kalau tidak susahlah mama nak buat kerja kalau ayah takdak. Takpe, nanti Aimee besar, Aimee boleh duduk sekali kat dapur dengan mama, kita masak sama-sama. Mesti Aimee suka kan?

Berbalik kepada cerita sagu tadi, hasilnya, dapatlah sagu yang lembikkkk! Hadeilah….. Malam tu jugak sia masak pudding karamel…. Yang itu senang la kan sebab tinggal jak dalam periuk tunggu masak… Malam tu siaplah jugak kedua-dua dessert tu…

Dijadikan cerita kedua-dua dessert tu lakulah jugak… Fuh! Nasib baik! Terfikir jugak kalau tidak berusik sebab ada sangatttt banyak kuih yang lain kan…. Puding karamel habis, sagu gulam melaka tinggal separuh. Itu tidak menjadi hal, kerana sia memang suka kuih ni.. hehhehehhe….

Aimee seperti biasa sangat-sangat seronok sebab ramai orang datang rumah kami. Apa lagi, tunjuk macam-macam skill lah minah tu. Belum lagi bab keluarkan semua mainan yang dia ada (bukanlah banyak mana pung), tunjukkan KLCC pada nekmanya, atoknya, tok su nya, wan su nya, onyang nya, tok z nya, lola nya… Pada semua orang la… Minah tu sangat sangat happy ok! Yang menambahkan keseronokannya lagi, ayahnya bawak jalan-jalan tengok swimming pool, main-main di taman permainan budak di bawah tu… Mamanya tidaklah membontot sebab sudah sangat penat! Phew! Seronoklah dia dengan Auntee Shashanya, Tok Su, Uncle Azizulnya, Uncle Memerr nya dan Auntee Jo Anne…

Lepas semua orang balik, minah tuh pun dan dan mengantuk, terus tidurrrrrr……


p/s: Entry ini langsung tidak ada gambar makanan sebab si mama glam lupa daaa amik gambar… Dan sudah tentu-tentunya semua makanan-makanan tersebut sudah di ngap semasa entry ini dikarang.. hehehhe…. So sorry ya my dear reader... Lain kali kay!


Updated!

Gambar-gambar ini khas untuk si mama Qisya yang nakkan jugak entry ini bergambar.. Ni dia! Auntee tengok gambar budak muka masham yang ketiak pun masham ni:

Ni gambar untuk Auntee Ina... Jelas tak gambar dia pakai baju tu?


Ni pulak gambar minah yang bangun awal yang sangat-sangat mengantuk. Sementara tunggu mamanya bersiap (sebenarnya tunggu untuk mene.tek), ayahnya pasangkanlah CD Sesame Street kasi dia lalok-lalok. hehehhehe.... Layannnnn...


Tengok tu trade mark minah ni kalau menonton CD... Haih! Orang geget ibu jari, dia geget jari telunjuk! Aimeee... Aimee....


2 orang pot pet on "Majlis Buka Puasa Lagik"

ninieZUERYANNIE on September 2, 2010 at 9:04 AM said...

cam tau2 je org nak ckp psl xde gambo.. alaa, tepek gambo aimee pon dh cukup.. nak tgk gak adik manis nan sorg tuh di dapur..

mama glam on September 2, 2010 at 10:46 AM said...

gambar kat dapur xdak lah auntee ninie... gambar yang len lah mama dia tepek k... layannnn...

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery