Wednesday, August 11, 2010

Mamak


Masuk bulan puasa tahun ni mengingatkan sia pada mamak.

Mamak di atas bukanlah mamak kedai mamak ya. Mamak ni adalah panggilan sia untuk ibu tersayang.

Pada yang belum pernah melihat wajah mamak sia, inilah rupa mamak.


Pada waktu ini pada tahun lepas, mamak dengan bapak berkampung di sini semata-mata untuk menjaga sia dan Aimee. Best betul masa tu.

Mamaklah yang banyak bersusah payah menjaga sia sepanjang pantang. Walaupun mamak nampak macam tidak larat, dia usahakan jugak untuk menjaga anak perempuannya ini. Menjaga Aimee pada waktu malam supaya anaknya dapat tidur nyenyak sepanjang pantang, tolong hal-hal kerja rumah. Serba-serbi lah. (Sedih pulak rasanya bila mengingatkan masa ni). Mamak terlalu menjaga hati sia yang cepat terguris ni.

Sia mengaku sia ni terlalu cepat berkecil hati pada mamak. Tapi, mamak selalu bersabar dengan sia walaupun sebenarnya dalam hati, hanya Tuhan yang tahu betapa dia berkecil hati. sampaikan ada satu masa, mamak menitiskan air mata masa sia luahkan betapa sia kecewa sebab sia rasa mamak kurang menyokong sia dalam cubaan untuk menyusu badankan Aimee. Mamak hanya mampu menangis dan cakap “Sebenarnya mamak bukan tidak menyokong, tapi mamak kesian tengok anak mamak susah hati sebab tension susu tidak cukup. Mamak kesian tengok anak mamak penat tertidur duduk semata-mata sebab terlalu ingin menyusu badankan Aimee” Masa tulah sia peluk mamak sambil mintak maaf. Mak mana tidak sayangkan anak kan? Banyak betul salah sia pada mamak sepanjang sia hidup.

Belum pernah sia bercerita pasal mamak kan?

Mamak adalah antara insan yang sia kagumi dalam hidup ini. Mamak bijak dalam menguruskan kewangan keluarga. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca tersayang, mamak ni bukanlah seorang yang berpelajaran. Dia tidak pernah bersekolah sebab dulu-dulu masa dia kecil, dia dijaga oleh neneknya. Nenek mamak ni kira tipikal orang dulu-dululah, kurang berkenan orang perempuan ke sekolah. Kalau kantoi pergi ke sekolah, siaplah bila balik, mesti kena hambat punya.

Jadi dipendekkan cerita, disebabkan mamak tidak ada pelajaran, mamak selalu cakap dia tidak pandai membaca dan menulis. Tapi, masa sia tingkatan 3, kantoi mamak pandai membaca dan menulis. Masa tu dia pergi menunaikan haji dengan nenek. Risau jugak mula-mula masa mamak mahu berangkat ke Mekah masa tu. Iyalah, macam mana dia mahu ke mana-mana kalau tidak boleh membaca kan. Tapi, alhamdulillah, dia selamat pulang. Yang paling menghairankan, siap barang-barang yang dia bawak balik ada tulis nama dengan alamat rumah lagi. Bila sia tanya siapa yang tulis, dia diam. Hmmmmm.. dialah tu yang tulis tapi tidak mahu mengaku. Ceh! Mamak ni merendah diri pulak.

Disebabkan tiada pelajaran jugak, dulunya mamak tidak tahu solat & mengaji. Tapi, berkat kesabarannya menuntut ilmu daripada ustaz dan ustazah di masjid di kampung kami, alhamdulillah, sekarang mamak sudah pandai solat dan mengaji dengan lancar. Sia sangat kagum dengan kesungguhan mamak untuk belajar!

Berbalik kepada kepintaran mamak menguruskan hal ehwal kewangan keluarga. Mamak ni dulunya kahwin dengan bapak atas pilihan keluarga. Muda lagi masa tu. Umur 21 tahun kalau tidak silap. Lepas mamak kahwin dengan bapak, selalunya bapak akan bagi mamak semua duit gajinya dan akan ambil yang perlu sahaja untuk perbelanjaan sendiri. Dan mamak pada setiap bulan, duit gaji bapak tu akan dibahagi-bahagikan untuk perbelanjaan keluarga dan dia tidak pernah lupa untuk simpanan dirinya, bapak dan anak-anaknya. Begitulah rutin mamak setiap bulan setiap kali dapat gaji yang bapak bagi.

Dulu-dulu masa sebelum kegawatan ekonomi pada tahun 90-an, sia tidak pernah rasa susah untuk dapat duit walaupun gaji bapak bukanlah banyak mana. Kami bukan orang kaya. Kami orang-orang biasa saja. Tapi, setiap kali apa yang sia minta daripada mamak, jarang sekali mamak tolak. Mungkin pada mulanya dia tidak bagi, tapi selalunya tidak lama selepas sia merajuk atau buat-buat merajuk, pasti mamak akan adakan untuk menggembirakan hati anaknya.

Selepas gawat tahun 90-an, nampak ketara lain cara mamak menguruskan kewangan keluarga. Setiap kali apa yang sia minta, pasti mamak akan jawab “Tengok dululah nak. Insya Allah kalau masagena (cukup/senang) duit, kita beli ok” Pada masa tu, sia selalu berkecil hati dengan mamak. Sia tidak paham kenapa terlalu susah untuk mamak benarkan sia beli apa yang sia mahu. Kemudian setelah begitu lama sia selalu merajuk dan marah pada mamak barulah mamak jelaskan pada sia kenapa pada masa itu dia terlalu berhati-hati untuk berbelanja. Rupa-rupanya pada masa tu, bapak sudah tiada kerja. Setiap duit yang mamak gunakan pada masa itu semuanya datang daripada duit simpanan. Pada masa tulah nampak siapa sebenarnya kawan dan saudara yang betul-betul kawan dan saudara. Tapi, mamak redha. Mamak kuat! Masa itulah sia selalu diceritakan oleh mamak pasal kesusahan mamak dengan bapak mencari duit, betapa susahnya mereka dulu untuk sampai ke tahap seperti sekarang, Betapa susahnya untuk ada keluarga dan kawan yang betul-betul terima kita seadanya. Semua itu telah mamak peringatkan sampai sia menanam hasrat untuk mesti melanjutkan pelajaran ke peringkat uni sebaik sahaja habis SPM supaya sia boleh menolong mamak dengan bapak supaya diorang tidak perlu risau lagi.

Dan alhamdulillah, sia bersyukur dengan berkat doa mamak dan bapak, akhirnya sekarang sia telah bekerja dan mampu mengirimkan mamak sedikit duit setiap bulan untuk membantu diorang dalam perbelanjaan sehari-hari.

Pasal hidup berumahtangga pulak, mamak selalu nasihatkan sia supaya banyak bersabar dan jangan banyak melenting. Ikutkan sahaja semua permintaan suami dan keluarga mertua, walaupun terasa hati tidak suka. Mamak terlalu takut sekiranya suami sia atau keluarga mertua sia berkecil hati. Sampaikan ada satu masa pada tahun ini, dia boleh cakap dengan sia “Kalau ndak penting untuk balik Tawau, ndak payahlah balik beraya di Tawau tahun ni. Berayalah di KL. Kesian dengan keluarga mertua sebab anak-anaknya ndak ada beraya dengan diorang”. Sedih betul hati sia mula-mula masa mamak cakap macam tu. Sia siap jawab dengan mamak “Mamak ni, ndak sayang anak mamak ka sampai boleh cakap macam tu? Tahun ni kan memang giliran k Ica untuk balik beraya di Tawau” Tapi, bila sia pikirkan balik, hati seorang mak kan. Pastinya dia terpikir kesedihan yang dilalui oleh birasnya yang terpaksa beraya tanpa anak-anak di sisi.

Mamak memang begitu orangnya. Selalu fikirkan pasal orang lain sampai kadang-kadang menyusahkan diri sendiri. Yang paling sia selalu leterkan adalah pasal perangai mamak yang suka pinjamkan orang duit sebab rasa kesian. Mamak memang suka menolong pinjamkan duit pada orang. Lepas tu, orang yang janji akan bayar tu pulak, mulalah berdalih-dalih untuk membayar. Masa pinjam, janji bayar sekian-sekian hb, tup tup makan bertahun pun belum tentu diorang bayar. Kesian mamak sebab sia tahu bukan senang untuk mamak mengumpulkan duit yang dia bagi pinjam kepada orang-orang ni. Kepada yang pinjam duit mamak tu, pulangkan la wei! Bukan senang mamak kumpul duit tu tahu!

Disebabkan mamak sudah biasa susah masa kecilnya, mamak selalu ingatkan sia dan adik-adik yang lain supaya beringat untuk menyimpan duit. Sia mengaku sia tidak sebijak mamak dalam menguruskan kewangan keluarga. Sia selalu leka dan mudah terpengaruh untuk berbelanja yang bukan-bukan. Kadang-kadang sia sendiri rasa malu dengan mamak sebab tidak mampu menyimpan duit sebanyak mamak, walhal sia ni seorang yang bekerja dan mempunyai gaji yang tetap setiap bulan. Sia memang selalu boros. Disebabkan itu, sia memerlukan mamak untuk menyimpankan buku akaun dan menolong sia menyimpankan wang ke adalam akaun sia setiap bulan. Nasib baik ada mamak yang selalu mengingatkan anaknya pasal kesusahan untuk mendapatkan wang. Kalau tidak, mungkin sia dengan suami tidak mampu untuk membeli apa yang kami ada sekarang. mungkin kami akan jadi seperti orang lain yang boros tidak tentu pasal dan mempunyai hutang kad kredit keliling pinggang. Sia bersyukur punya mamak untuk berleter kepada sia pasal kepentingan menyimpan duit.

Lihatlah mamak, anak mamak masih belajar daripada mamak ni. Kan best kalau mamak dengan bapak ada di sini duduk dengan kami. Kami beli rumah tu pun supaya mamak dengan bapak boleh duduk dengan kami dengan selesa. Terasa kosong betul rumah tu untuk kami bertiga saja yang duduk. Mamak dengan bapak pikir-pikirkan la ya. Boleh adik Darnah ikut sekali! K Ica bukanlah kaya mana. Tapi, k Ica teringin betul menjaga mamak dengan bapak… (sedihnya =( emo pulak… )

K Ica sayang mamak dengan bapak!


p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya... Aminnnn..



5 orang pot pet on "Mamak"

Anatel Ameen on August 11, 2010 at 8:42 AM said...

kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama dengan apa yg parents kita fikirkan utk kita. Kadang-kadang secara tak sengaja, kita kecilkan hatinya dengan keputusan yang kita rasa sangat hebat. Parents sebenarnya have their own way in viewing life and different people has different perspective. None are right, and none are wrong. Adopt and adapt from both worlds. InsyaAllah, life is a never ending learning. Kadang-kadang kita rasa kerana mereka kita buat begini, terasa bagus sedangkan pada mereka, ianya tidak wajar malah mengguris hatinya pula. Susah menjaga hati ibu bapa especially when they are getting older and more sensitive tapi ibubapa akan sentiasa memaafkan. Mak Ana yang tinggal bersama ni pun masih lagi belajar and Pah Andak is a super sensitive mom! perhaps of age and of being lonely.

You'll have your turn too when Aimee grows up.

mama glam on August 11, 2010 at 9:27 AM said...

agree... masih mencuba sedayanya that term "adopt & adapt".

Unknown on August 11, 2010 at 9:37 AM said...

aku suka mamak ko.. teringat layanan masa pi rumah ko kawen.. BEST!! kirim salam pada mamak ko ek

ninieZUERYANNIE on August 11, 2010 at 9:43 AM said...

huhuhu i'm speechless..

mama glam on August 11, 2010 at 11:50 AM said...

mast: tulah dia mak aku.....

ninie: x sabar nak balik kampung!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery