Tuesday, December 29, 2009

Azam Tahun Baru 2010


Lagi 2 hari, masuklah kita ke tahun 1431/2010… Huhuhuhu.. Lagi 10 tahun ke arah Wawasan 2020….

Tercapaikah azam tahun lepas? Mari kita tengok:

1. Bangun awal setiap hari terutama hari kerja… Hmmmm…. 20% mungkin….
2. Datang kerja on time. Memang susah ni… Disebabkan perkara yang no.1 di atas tuh lah… Hmmmm…. 30%?
3. Jadi Muslimah yang lebih baik dari banyak aspek insya Allah…. On off telah tidak berlaku setakat ini alhamdulillah…. Banyak lagi yang perlu diperbaiki..
4. Jadi isteri yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya….Rasa macam ada perubahan.. Tapi, hanya hubby tersayang yang boleh memberi jawapan yang tepat… Ayah?
5. Mengandung dan lahirkan anak insya Allah (separuh jalan sudah... alhamdulillah :) )… Alhamdulillah tercapai 100%
6. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah).. Telah dipanggil, tapi terpaksa ditolak kerana sedang mengandung ketika itu (wanita mengandung tidka dibenarkan mengikuti). So, gagal!
7. Habiskan ganti puasa tahun 1429/2008 sebelum melahirkan insya Allah (expected deliver baby dekat2 puasa tu…) mesti bertungkus lumus ni lepas habis morning sickness. Chaiyok! Berjaya 100%!
8. Habiskan study untuk exam SHO sebelum pertengahan tahun… Chaiyok Amisah! Berjaya 100%
9. Siapkan WPA (work place assignment) SHO secepat yang mungkin… Aduiiii! Susahnya rasa… Berjaya 100%
10.. Telah lulus 2 daripada 4. Jadi 50%
11. Langsung tidak tercapai. Kenak bawak ke tahun hadapan la nampaknya…
12. Simpan duit banyak-banyak untuk baby dan persediaan pindah rumah tahun 2010 insya Allah… Hmmmm… Masuk keluar, masuk keluar… adalah…. Percentage? Susahnya….

Jadi.. daripada senarai yang 12 itu….

- 100% : 4
- 50% : 1
- 30% : 1
- 20% : 1
- Tiada peratus : 3
- Gagal : 2

Sendiri cari pasal letak azam begitu banyak kan? Padan muka!

Ok, mari kita lihat azam tahun depan… Kali ni mesti letak yang boleh diukur…

1. Lulus dengan jayanya induksi (sekiranya dipanggil lah)..
2. Habiskan ganti puasa tahun 1430/2009 sebelum masuk bulan puasa tahun 1431/2010 insya Allah (yang 29 hari tuh! Hambek!).
3. Lulus exam SHO yang lagi 2 paper dengan jayanya supaya ndak perlu repeat.
4. Buat projek manik yang asyik terbengkalai tu… Buat 5 helai katakan?
5. Hadkan pembelian tudung kepada 10 helai? (ni paling mencabar ni!) Izzy, ekin, tolong jangan ajakku lagi (hish! boleh tahankah?)

Cukuplah 5 azam untuk tahun depan... Awal bulan julai 2010 akan di review update...

Selamat Tahun Baru semua!

6 orang pot pet on "Azam Tahun Baru 2010"

Anonymous said...

azam termasuk tudung tue yg tahan tue

tp sy sokong jugak la..

sbb sy pon ade sindrom nie jugak...alalalala tak tahan

10 helai tue setahun ke sebulan?

mama glam on December 29, 2009 at 3:29 PM said...

huhuhuu... hrp2 10 setahun..

cuba bertahan!

doNGan on December 29, 2009 at 3:32 PM said...

hek hek...10 lai tudung? chaiyok aweng!!

p/s: kain pasang? hihi..

mama glam on December 29, 2009 at 4:06 PM said...

haippp! ko jangan ngan.... aku baru nak berazam ni...

Unknown on December 29, 2009 at 9:28 PM said...

slmt wati nih x terjebak sgt bab2 tudung tuh..but dah jatuh cinta tudung warna merah tuh...

but kena tahan nafsu..coz tahun dpn byk duit kena spend..

wang besar..wang besar..

mama glam on December 30, 2009 at 11:49 PM said...

marilah terjebak k. watie....
marilah terjebak.... ngeh ngeh ngeh....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery