Friday, October 30, 2009

Cukupkah?


Duit ataupun masa?

Memang menjadi lumrah manusia ndak pernah rasa puas/cukup dengan apa yang ada. Sia mengaku, sia jugak pernah berada di tempat itu suatu masa dulu.

Mula-mula, dulu lepas habis belajar, biasalah kan.. Apa lagi yang mau dikejar selain daripada duit.. duit… dan duit lagi…

Alhamdulillah 3 bulan selepas habis belajar, sia dapat kerja di syarikat A dengan gaji yang boleh dikatakan ok lah jugak bagi fresh graduate pada masa itu. Selepas hampir 2 tahun bekerja, sia ditawarkan pulak oleh syarikat B yang bagi gaji hampir 2 kali ganda dari gaji yang sia dapat di syarikat A. Siapa yang ndak mau kan? Duit beb! Jadi, dipendekkan cerita, sia terimalah tawaran tu tanpa berfikir panjang. Banyak mau pakai duit ni... Kawin, tolong mamak, bapak, nenek, atok dan adik-beradik yang masih belajar... Kira berbaloilah pindah kerja... Semua orang dapat faedah...

Tapi, lepas setahun bekerja di syarikat B, sia mula merasakan ada sesuatu yang lain yang lebih sia perlukan selain daripada gaji yang sia dapat, iaitu MASA. YA! MASA. Sepanjang sia bekerja si syarikat B tu, masa sia banyak dihabiskan di pejabat daripada di rumah. Hujung minggu pun kerja, kerja dan kerja… Sia mula memikirkan macam mana pulak bila sia sudah kawin, sudah ada anak? Tapi, ndak kan mau komplen pulak kan? Gaji besar, tanggungjawab pun mestilah besar, expectation daripada syarikat tempat kita bekerja pun besarlah…

Berbalik pada cerita sia tadi. Lepas merasa bekerja dengan gaji yang lebih banyak tetapi dengan kekangan waktu yang singkat, sia mula memikirkan untuk mencari kerja yang memenuhi kehendak sia…. Yang boleh bagi lebih banyak masa kepada sia... Walaupun dengan gaji yang kurang…

Alhamdulillah, selepas 2 tahun bekerja di syarikat B, akhirnya sia diterima masuk ke skim pekerjaan yang boleh memberikan sia apa yang sia hajati.. dan semestinya dengan gaji yang kurang daripada apa yang sia dapat di syarikat B. Tapi, sia amat-amat bersyukur sehinggalah sekarang… Kerana pada sia, masa bersama keluarga adalah lebih penting daripada segala-galanya.. Duit memang penting. Sebab itu, sia masih bekerja sampai sekarang walaupun dalam hati, kalau boleh rasa macam mau berhenti jak (kalau berhenti, siapa pula mau bayar hutang PTPTN, hutang kereta, hutang rumah tu, tolong keluarga sia?).

Walaupun kadang-kadang ada rasa cemburu di hati melihat kawan-kawan dengan gaji yang banyak, Alhamdulillah… sia dengan hubby ndak mau tamak lagi.. Kami sedar kami hanya boleh pilih satu jak antara masa dan duit... Kami sekarang gembira dengan apa yang kami ada. Kami perlukan duit dan dalam masa yang sama, perlukan masa untuk bersama keluarga. Inilah kehidupan kami yang kami rasa patut kami syukuri. Cukup untuk bayar hutang.. cukup untuk makan minum, pakai, simpan sikit-sikit dan cukup untuk berbakti pada ibu bapa yang telah membesarkan kami selama ini. Walaupun tanpa shopping sakan sesuka-suka hati atau melancong ke luar negara setiap tahun, kami syukur, alhamdulillah…. Cukuplah jugak untuk kami ke over the sea tiap-tiap tahun ke Tawau, kampong halamanku terchenta.. hehehhe…..

Anda? Duit atau masa? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri.... Sesuatu harus dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu yang satu lagi.... Sentiasalah muhasabah diri bila terasa down atau terasa orang lain lebih baik daripada diri kita... Bersyukurlah dengan apa yang ada. Walau apa pun kerja yang kita lakukan, ikhlaslah.... Mudah-mudahan rezeki kita sentiasa diberkati oleh-Nya.... Aminnnnn............

0 orang pot pet on "Cukupkah?"

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery