Tuesday, August 25, 2009

Terima kasih!


1. Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan sia umur yang panjang, kesihatan, tenaga dan rezeki untuk membolehkan sia melakukan semua aktiviti-aktiviti yang tersenarai di bawah ini.

2. Terima kasih kepada hubby kerana sentiasa di sisi dan support kewangan yang tidak putus-putus. Keep it up baby! Muahhh!

3. Terima kasih kepada penganjur “Parenthood Exhibition 2009” yang berlangsung di Midvalley dari 21-23 Ogos 2009 yang lalu. Disebabkan exhibition ini, kami telah berjaya membelikan baby Aimee car seat dan beberapa lagi barang keperluannya dengan harga yang sangat-sangat bargain! Disebabkan harga yang sangat-sangat berpatutan, kami juga telah merembat sekali stroller pada hari tersebut. Mengapa sia cakap harga sangat bargain? Kami dapat jimat dekat RM1k berbanding harga di luar untuk semua barang-barang yang kami beli pada hari itu!! Ndak ka tuh namanya sangat jimat?! Fuh! Legaaaa…..

4. Terima kasih juga kepada puan Mastur yang meng’inform’ pasal exhibition di atas. Worth it beb! Dan terima kasih jugak sebab melayan karenah mama ni yang last minute cakap mau cuba PB. Hari ni kita jumpa eik! Kalau ok, aku amik terus! Tapi, kalau hasil tak memuaskan, boleh pulang balik tak Puan Mastur? Ngeeeee…. :lol:

5. Terima kasih kepada nurse-nurse di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Keramat AU2 kerana telah menjalankan tugas dengan tekun & ikhlas. 1st monthly check up baby Aimee berjalan dengan lancar kemarin (semalam). Alhamdulillah…. Semoga Allah merahmati kalian semua. Aminnnn…

6. Terima kasih kepada pemilik bangunan Jusco AU2 kerana menyediakan Baby Room di premis mereka. Sangat2 membantu bagi ibu-ibu yang breastfeed baby mereka macam sia ni. Ya! Baby Aimee telah menjejakkan diri ke Jusco AU2 kemarin sebab mamanya ni ada barang yang penting yang perlu dibeli di GNC. Nasib baik dekat-dekat mau setel baru baby Aimee meragam sebab mau menyusu. Apa lagi? Berlarilah mama cari port untuk menyusukan. Nasib baik ada Baby Room. Sangat selesa! Lupa pulak amik gambar. Apa pun, Good work Jusco!

7. Terima kasih kepada Medela sebab mengeluarkan produk PureLan 100. Sangat-sangat membantu untuk mengurangkan sore nipples! Boleh kasi turun harga sikit ndak? Hehehehhe… :lol:

purelan

8. Terima kasih kepada parents dan PIL sia… Kerana banyak menolong sia dengan hubby menguruskan macam-macam hal semenjak baby Aimee dilahirkan. Menjaga baby Aimee, menjaga mama baby Aimee, menolong kerja-kerja rumah, menolong menguruskan kenduri akikah Aimee, sokongan moral, kewangan dan sebagainya yang terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Terima kasih Mak, Bapak, Mama & Abah.

9. Last but not least, terima kasih kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain yang sudi datang menjenguk baby Aimee. Kami sekeluarga amat-amat berbesar hati dan menghargai setiap kunjungan kalian. Terima kasih jugak atas moral support yang sentiasa diberikan di kala Mama baru ini menghadapi masalah berkaitan keibubapaan. Terima kasih yang tidak terhingga! Harap tidak jemu melayan karenah mama yang sorang ni ye! (khas ditujukan kepada Puan Ninie & Puan Mastur ye! :mrgreen:)

4 orang pot pet on "Terima kasih!"

NGan on August 25, 2009 at 9:04 PM said...

PB tuh ape?

mamaQisya said...

uuuuuu terharunye di atas terima kasih itu.. sama2.. moral support yg xseberapa.. hanya kite yg tau kan? ekekeke..

mast said...

wah, blushing aku nih!!

ala, kengkawan, sapa lagi nak tolong ye tak? hehehe.. sharing is caring

ngan, PB tu premium beautiful maaaaa

amisah said...

ngan: mast dah tlg jawabkan.. ye! premium beautiful... aku dah x larat nk pakai bengkung tradisional mak aku... seksa wei nk gulung bengkung 10m kat badan aku pagi dan petaang... fuh! kang tunggu hasilnya..

ninie: ye ninie! tima kasih eik!

mast: btol btol btol (cam upin dan ipin :lol: )

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery