Friday, February 6, 2009

Retailer Medela


Hari ini sia mau berkongsi mengenai retailer Medela di Malaysia.

Sebenarnya, seminggu dua yang lepas, sia sibuk mengunjungi pelbagai laman web dengan tujuan meng’survey’ breast pump. Termasuklah survey botol susu, maternity bra dsb. Kiranya, semua online lah. Iyalah, memandangkan hubby tiada di sisi untuk menemani ke shopping mall kan.

Daripada awal, sia memang berminat dengan jenama Medela ni. Ini semua pun berdasarkan pengalaman kawan-kawan la ni. Dan sia berminat dengan double electric pump. Fuh! Tamak pulak tuh.. Ehehehhe.. Pada pandangan sia dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan, Double electric pump adalah terbaik sekiranya sia merancang untuk menyusukan anak sepenuhnya. Pandang ke hadapan betul kan? Ehehehe....

Jadi, mau dijadikan cerita, selepas puas melayari pelbagai laman web (termasuklah lama web Medela sendiri), dan puas print out semua item yang sia berminat, sia pun berkunjunglah ke retailer Medela di Ampang ni. Nama retailer ni LACTAEQUIP MEDICAL (M) SDN BHD. Ini merupakan satu-satunya retailer Medela yang sah di Malaysia. Bermakna, semua urusan seperti warranty, pembaikan dan penggantian barangan-barangan Medela hanya dibuat di retailer ini sahaja.

Staf yang ditugaskan untuk melayan pelanggan yang berminat dengan jenama Medela ni sangatlah peramah orangnya. Sia sangat senang dengan layanan beliau. Macam-macamlah soalan yang sia lemparkan kepada beliau untuk dijawab. Iyalah, pertama kali akan menjadi ibu kan. Beliau pun dengan sabarlah menjawab segala persoalan yang sia kemukakan tanpa sedikit pun merasa bosan.

Terangkan punya terangkan, macam-macamlah yang staf ni cerita kepada sia. Antaranya yang ingin sia kongsikan iyalah berkenaan penjualan barangan jenama Medela di salah sebuah kedai menjual barangan baby di The Curve. Sia ndak ingat nama kedai ni sebab sia belum pernah berkesempatan ke kedai tersebut. Tapi, dari cara staf ni cakap, kedai ni boleh tahan glamour jugak. Dia berkali-kali mengingatkan sia bahawa barangan jenama Medela yang dijual di kedai ini bukanlah Medela yang original, bermakna bukan barangan yang dibuat oleh Medela yang berasal daripada Switzerland tu. Staf ni bagitau, kualiti barangannya pun memang berlainan. Bukan setakat Medela, barangan berjenama seperti Avent di kedai ni pun diragui kualitinya oleh retailer Avent sendiri. Memang mengejutkan kan?

Selepas habis melayan sia, staf ni melayan seorang pelanggan lain pulak. Kebetulan pulak, pelanggan ni bawak breast pump Medela yang dibeli di kedai yang diceritakan oleh staf tadi. Sia pun, apa lagi, sedang tengok-tengok bra berdekatan dengan mereka pun curi-curi dengarlah. Ehehehhe…

Pelanggan ni mengadu pasal motor breast pumpnya rosak. Sekali pandang pada breast pump ni, staf ni tahu yang pelanggan ni beli daripada kedai yang dimaksudkan di atas. Dengan rendah dirinya, staf ni cuba membantu pelanggan ni. Walaubagaimanapun, memandangkan barangan yang dibawak oleh pelanggan ini bukan barangan Medela yang sah, mereka tidak boleh menjual sebarang alat gantian Medela yang sah kepada pelanggan tersebut demi untuk menjaga nama baik mereka. Staf ini menasihatkan pelanggan tersebut untuk pergi semula ke kedai tersebut untuk urusan penggantian atau warranty. Kesian sia melihat pelanggan tu terpaksa pulang dengan perasaan hampa.

Jadi, selepas melihat kejadian ni di depan mata sendiri, sia bersyukur sebab hubby suruh sia pergi ke retailer Medela yang sah untuk membeli breast pump ni. Bukan apa, sia ada jugak pergi ke kedai yang menjual barangan Medela yang sah. Memanglah barangan tu sama, harga sama. Tapi, layanan stafnya, ya Ampun! Memang kurang menyenangkan. Seolah-olah kita ni ndak mampu untuk beli barangan tuh. Mentang-mentanglah sia ni datang dengan baju yang tidak begitu vogue the vogue. Elleh! Macam sia heran mau laburkan duit ke kedai yang macam tuh. Sudahlah ndak ajar cara mau gunakan pump yang betul. Tahunya, jual then, serahkan pada pelanggan semua warranty card yang perlu, habis cerita! Kemudian kali kita datang, mulalah dia suruh kita pergi ke retailer Medela untuk urusan seterusnya. Huh!

Lagi satu yang staf ni pesan, kalau beli online barangan Medela ni pun kena berhati-hati. Ada sesetengah barangan tuh fake jugak. Manalah kita tahu kan sebab ndak nampak (Nota: Sia pun sebelum ni ada merancang mau beli online. Murah la katakan. Banyak jimat woooo! Tapi, bila sudah dengar macam tuh, takut la pulak)

Bagi sia, memang keputusan yang bijak sia ikut nasihat hubby datang ke sini pada hari Isnin tu. Macam-macam info berkaitan breast pump yang sia boleh dapat secara face to face. Memang meyakinkan. Kemarin, sia sudah pigi bayar deposit untuk breast pump dan maternity bra (staf ni cakap, dalam bulan ni semua barangan Medela akan naik harga. Tu yang bayar deposit untuk lockkan harga lama). Ehehehe… lagi satu yang best, kalau beli di retailer ni, diorang boleh bagi sedikit diskaun berbanding kalau kita beli di luar. Tuh yang best tuh! Jimat duit den!

9 orang pot pet on "Retailer Medela"

nozie on February 11, 2009 at 10:51 PM said...

retailer nie di mana??

same2 la kite svey

mbr sy ade bg link ini

http://mybreastpumpshop.fotopages.com/

amisah said...

Nozie buat akak in dilemma la :(
macam byk review said FS better la pulak ek than PISA?
hmmmm... nk kena buat pertimbangan betul2 nih..

nozie on February 12, 2009 at 3:56 PM said...

heheh

kat retailer tue ade original FS

tp PISA ke FS ke beriban jgk yea

kat link smlm siap boleh kutu2

nk jadik mak kutu?..

amisah said...

retailer tu baru nak ada FS.. Tapi, rega memang banyak mahal daripada org yang jual kat blog tu...RM2k++ rasenyer...
tuh yang macam in dilemma tuh..

beriban? memang iya nozie.. tapi, thru ofismate nyer experience, kita dah bleh pulang modal dalam 6 bulan.. rega susu formula mahal wei zaman ni!
lagipun, susu ibu kan yang terbaik?

mak kutu? hihihihii... xmo lah nozie...

ju said...

salam amisah..
bole tanya x.. yg PISA tu, harga kat retailer tu berapa ye..

amisah said...

Salam Ju,

PISA tu harga RM1699. Kalau g bincang dengan staf Medela tu, boleh dapat sket disc.

ezura on August 2, 2009 at 1:24 AM said...

congrats sbb choose to breastfeed ur child...i bought my medela pump in style version lama in 2005 masa anak sulung...guna hari2 selama lebih 6 bulan, mmg lasak penggunaannya...skarang anak kedua masih guna pump yg sama...mmg tahan lasak!...beli dgn kak kamariah susuibu.com...ada warranty card...tak kisah habis duit utk barang yg tahan lasak begini...berbaloi!all the best to u..!...

amisah said...

tq ezura... saya dengan hubby pun bersyukur sangat sebab beli pump ni before deliver... memang sangat membantu! sangat berbaloi dengan harganya!

Phillip on December 17, 2009 at 8:26 AM said...

The blog was definitely fantastic! Lots of great information and enthusiasm, both of which we all need!

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery