Monday, September 15, 2008

Hujung Minggu


SABTU

Pagi lagi jiwa jadi kacau. Apa ndaknya, sia dengan hubby dikejutkan dengan bunyi Zrengg!!!!!!!!!!! Zrengggg!!!!!!!
Ish! Orang atas buat renovation lagi rupanya. Ingatkan weekend ndak ada buat.. Ada jugak.. Hai…… Sabar jaklah..

Ndak sedap hati, sia bangun dan terus ke beranda dapur. Huh! Sekali lagi kami dikejutkan… habis barang-barang di beranda dapur kami.. Besen, tong sampah, tudung periuk, tangga, penyapu dan macam-macam lagi, habis kenak simbah konkrit.. Orang atas tuang konkrit ndak bagitau pun… Sabar jaklah… Nasib baik belum kering.. Cepat-cepat hubby sia cuci semua barang-barang di beranda tu… daripada mau keluar, terus kami ndak jadik keluar. Tahan jaklah telinga kami dengar bunyi zrenggg tuh sampai jam 5 petang… Bayangkanlah… Memang penyakit pekerjaan betul la nih… Eh! Bukan, penyakit weekender… Memang kacau!

Sebenarnya, malam sebelum tuh sudah perasan ada berhabuk banyak di beranda tu. Tapi, sebab sudah lambat dan penat masa sampai di rumah, kami ndak cuci dulu. Tunggu pagi sabtu ni lah konon baru mau cuci. Ada hikmahnya jugak kami malas malam tu. Rupa-rupanya ada yang lebih hebat lagi mau kenak hari ini. Hmmmm…

Petang, kami berbuka di Bentong, di kampong sebelah bapak mertua sia. Memandangkan sia cakap dengan hubby mau masak sup meatball weekend ni, jadik sia pun masak lah sup tu dan bawak ke Bentong. Sebab ndak ada daun sup, hias dengan bawang goreng jaklah… Sangatlah plain nya. Ndak apa lah, yang penting meatball tuh sedap :-)



Malam tu, sebelum balik ke rumah, sia singgah rumah bos sia sekejap di Tasik Sri permasuri. Sebenarnya, sia janji mau jumpa dia tengahari tu, tapi disebabkan kecemasan mencuci beranda dapur kami tu, terus ndak sempat. Jadik, sebagai ganti, datanglah jugak malam tu, sebab ada kecemasan jugak pasal kerja.

Malam tuh jugak, sia dengan hubby ambil keputusan untuk tidur di rumah mertua sia, sebab takut besok pagi dikejutkan dengan bunyi bising lagi… Memang ndak pasal-pasal!

AHAD

Kami bangun memang lambat. Lepas tu, terus pigi survey barang-barang buat kuih raya di BAGUSS (kedai menjual barang-barang membuat kuih dan kek). Lepas tu, balik rumah dan mandi. Kemas rumah dan cuci baju.

Hari ini, tuan rumah yang buat renovation di atas rumah kami tu datang mintak maaf pasal kekacauan yang berlaku di rumah kami. Rupa-rupanya jiran depan rumah kami yang punya rumah tuh. Diorang ndak dapat bagitau kami sebab waktu diorang buat kerja tuh, sia dengan hubby memang ndak ada seminggu di rumah. Yang pasal tuang konkrit pagi kemarin tuh pulak, diorang pun ndak perasan yang kami sudah ada di rumah malam tuh. lagipun, diorang ndak sangka akan jadi sampai macam tuh sebab kontraktor tuh janji akan alas sebelum tuang konkrit. Tapi, Benda sudah jadik kan.. Tapi, ndak apalah sebab diorang datang jugak bagitau kan (Sebenarnya, malam tadi FIL sia sudah telefon salah seorang jiran untuk carik siapa owner rumah tuh, dan mintak sampaikan pesan pada owner) Iyalah, kita ni kan hidup berjiran, ada apa-apa, bagus bincang bagus-bagus kan… Manalah kita tahu kita akan hidup berjiran lama kan.. jadik baguslah jugak apa yang owner tuh buat datang dan jumpa berbincang dan bagitau kita macam tuh kan. Jadik, kita ni sebagai mangsa, ndak terasa sakit hati betul… Reda la sikit marah tuh kan…

Ok, tutup cerita pasal reno rumah tuh…

Petang tuh, sia mulakan aktiviti penyediaan barang-barang untuk membuat kuih. Sia mulakan dengan membuat jem nenas. Tahun ni kali pertama sia buat jem nenas sendiri. Selalunya, sia beli jak jem yang sudah siap. Tapi, tahun ni pulak tiba-tiba terasa macam mau cuba buat sendiri. Bukan senang jugak wooo…. Yang paling dasyat tuh, memasaknya. Bukan main punya lama. Ada mau 4 jam berangkali. Kah, lebih… Lepas tuh, daripada 1 biji nenas tuh, sia dapat dalam 1 bekas taufu fah tuh jak. Adui! Rasa macam ndak berbaloi jak tumit kaki sia ni sakit mengacau jem tuh atas api begitu lama. Tapi, ndak apalah, 1st timer kan… Nasib baik rasanya ok jugak…







Lagi 1 aktiviti sia ari ni, pigi beli barang-barang untuk buat kuih. Sia siap beli gadget baru lagi kali ini, penimbang, jem tart presser dengan pin roller.



Penimbang ni, sia beli semata-mata untuk buat choc chips. Bukan apa. Tahun lepas, sia ada buat choc chip. Tapi, main lempar-lempar jak. Main agak-agak jak sukatan nya. Ada yang jadi, ada yang ndak… Hahahhaha… Padan muka sia. Jadik, tahun ni, sia taubat. Sebab tu beli penimbang tuh, dengan harapan, tahun ni menjadi sungguh lah choc chips tuh :-)

jem tart presser dengan pin roller tuh khas untuk buat jem tart. Kan sia cakap malas sudah mau buat bentuk tradisional sebab leceh. Jadik, harap-harap jem presser tuh berkesan dan bolehlah sia buat jem tart bentuk lain tahun ni :-)

Sia beli semua barang-barang tu di Giant jak. Ok jugak harganya. Ingatkan mau beli di BAGUSS, sebab biasanya di sini dijual lebih murah. Mana tahu bila pigi survey petang tadi, boleh pulak harga mentega nya mahal terlebih. lebih RM1+++ tuh sebijik... kalau beli 4 bijik? Bukankah mahal banyak? Heh! Terus sia beli di Giant jak. Tapi, besok sia mau pigi beli minyak sapi QBB di BAGUSS. Murah sikit.... Keh keh keh... Kita mestilah menjadi pengguna yang bijak dan beli yang paling berbaloi untuk duit yang kita keluarkan. Kan? kan? kan? kan janet? :-)

Ok lah, sudah lambat ni, masa untuk tidur…. Besok mau bangun sahur pulak. Chow chin chow!

5 orang pot pet on "Hujung Minggu"

Jacq said...

Sedapnya..

aishah said...

nak sikit.. nak sikit.. :D

amisah said...

ehehehe...
mehlah sini... nak meatball ker, nak kuih raya ker...
sume boleh :-)

Nisa said...

wah..bestnya tat nenas..aku mmg favorite ni. hantar le kt aku skit weng..hihi

amisah said...

ngeh ngeh ngeh...
mehlah datang HQ... Lepas raya...
aku buat open office :-)

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery