Sunday, September 7, 2008

2 hari pecah puasa


Termasuk hari ini, sudah 2 hari sia ndak puasa. Bukan sebab period, tapi sebab ndak berapa sihat..

Selepas Mc sebab cirit-birit pada hari rabu hari tu, hari Khamis sia pigi jugak kerja walaupun perut rasa lain macam yang amat, sebab malas sudah mau pigi klinik ambil Mc dan menambahkan bilangan ubat yang mau dimakan.

Sebab ndak berapa selera, masa berbuka tu, sia makan tembikai dengan kek coklat jak sikit. Lepas tu, pigi terawih. Waktu kerjakan terwaih tu, jangan cakaplah berapa kali sia sendawa. Sampai ndak tahu mana mau letak muka ni… Mesti orang sebelah menyebelah sia tu cakap apa lah yang sia ni makan sampai sendawa teruk macam tuh… Memang tebal jaklah mukak tu….Serba salah pun ada pigi terawih tu.. Mengganggu jemaah lain pulak…

Balik terawih tu, sia rasa makin ndak sedap… jadik, sia makan nasi dengan sup ayam sikit. Sekali ndak lama lepas tuh, sia terus berlari pigi tandas, dan muntah dengan banyaknya… Keluarlah semua nasi dengan tembikai yang sia makan tadi.



Sebagai seorang hubby yang baik, dia cepat-cepat ambilkan nasi dan sup ayam untuk dimakan lagi. Sekali lagi ndak berhasil. Sia muntah lagi… Lepas tuh, hubby buatkan air milo pulak… Pun sama jugak… Kali ini sia putus asa sudah dan cakap pada hubby yang sia ndak mau makan atau minum apa-apa sudah.. Nanti akan muntah lagi… jadi, hubby suruh sia berehat jak.. jadik, sia tidur sampailah waktu sahur.

Waktu sahur, sia makan sikit jak… Lepas tuh, berehat sampai tunggu masa pigi kerja…

Pagi tuh, lepas sia hantar bapak sia pigi klinik untuk temujanji, mulut sia mula keluarkan air liur dengan banyaknya. “Adui!” Dalam hati sia… “Mau muntah lagi ka nih?”… Sia memang nekad jak masa tu mau pigi kerja… Baru mau masuk gear kereta, terus sia rasa makin ndak sedap… cepat-cepat sia berlari masuk rumah dan telefon hubby mintak dia hantarkan pigi klinik. Hubby mesyuarat pulak.. Jadi, kenaklah tungggu. Belum sempat hubby sampai, sia sudah muntah… “Habis puasa sia hari ni” ngomel sia dalam hati… Ndak apalah… Sia pun tidur sambil tunggu hubby sampai..

Jam 11.45pagi macam tuh baru hubby sampai dan hantar pigi klinik… Doc cakap mungkin salah makan dan bagi lagi ubat untuk dimakan… lepas makan ubat dan bubur, sia tidur sampai petang…

Petang tu, masih ndak ok jugak… mulut asik berair liur lagi… Jadik, lepas maghrib, hubby antar sia pigi klinik lagi sekali. Kali ini, doc tuh bagi suntikan pulak.. Dia bagi suntik dadah la tuh mungkin… Sebab, ndak sampai setengah jam, sia lalok ndak hengat… hubby buatkan air milo pun sia hirup dalam keadaan sedar ndak sedar… Sia tidur memang ndak ingat.. Langsung ndak sedar…

Sekarang rasa macam sudah beransur ok… Tapi, gigi pulak asyik rasa mau ketap… Macam mau cari teether jak untuk digigit (macam baby yang baru mau tumbuh gigi tuh)…



Mungkin kesan suntik malam tadi ndak habis lagik… harap-harap sia sudah ok malam ni dan akan mampu puasa besok…

Lagipun, besok sia akan tinggal sendiri… Sebab, bapak sia sudah mau balik sabah, adik sia sudah mau balik unikl dan hubby sia pulak mau outstation ke PD 1 minggu…. Uhuhuhuhhuhuu.. sedih :-(

Harap-harap sia ndak ada masalah sudah lepas nih…

Ndak apalah.. mesti ada hikmah di sebaliknya… Ya Allah! aku redha....

2 orang pot pet on "2 hari pecah puasa"

Jacq on September 8, 2008 at 4:51 PM said...

Entah2 ada berita baik kot.

amisah said...

pandai jer jaq....
alangkah bagusnye kalau betoi apa yang dikatakan oleh jaq ku ini.....

Berapa hb?

Tik tok tik tok....

Page merujuk ke blog si mama glam

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Kawan2ku

 

Am I Glam Enough? :P Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | Sponsored by Blogger Template Gallery